| Soalan | 
    Jawapan | 
    Jenis Soalan | 
    Tarikh Soalan | 
   
  | Kegagalan murid merangka isi-isi penting dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. | Dalam sesuatu penulisan, aspek yang penting ialah isi. Kekuatan isi akan mencerminkan pemikiran dan keseluruhan penulisan yang dihasilkan. Murid-murid perlu didedahkan untuk mengenal pasti antara isi dengan huraian.      Murid-murid perlu banyak membaca dan membuat rujukan untuk mencari isi bagi karangan. Dengan pembacaan, murid-murid akan mudah merangka isi dan mendapai idea untuk menghasilkan penulisan. | Tatabahasa | 31.03.2013 |  
  | perbezaan di antara karangan dan penulisan | 1. "Karangan" mempunyai struktur iaitu pengenalan, isi dan penutup.Pengenalan perlu ringkas, dan mengandungi ayat tesis utama. Satu isi dalam satu perenggan. Penutup pula menggulung isi-isi yang telah dibincangkan.  2. "Penulisan" ialah perihal atau kegiatan berkaitan menulis, mengarang dan sebagainya. | Istilah | 18.10.2014 |  
  | Sebagai urusetia, saya perlu memulakan ucapan rasmi kata-kata aluan kepada peserta kursus kewangan dan pegawai jemputan untuk rasmikan pembukaannya. Bagaimana harus saya mulakan dan apakah isi-isi yang perlu ada serta akhir kata sebelum menjemput pegawai atasan untuk merasmi hari pembukaannya.(Ringkas) Pada hari penutup sebelum penyampaian sijil, ucapan cara menjemput orang atasan dan peserta, contoh isi kandungan bahasa dan cara mengakhirinya. | Ciri-ciri  sebuah teks ucapan: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin ); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan, provokasi, dll. iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada tetamu kehormat/penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005). | Lain-lain | 12.04.2010 |  
  | Saya ingin memohon semakan dan pandangan daripada pihak tuan/puan berkenaan beberapa frasa berasaskan kata kerja "isi" yang dirancang untuk digunakan dalam komunikasi kempen kami. Kempen ini diinspirasikan oleh idea bahawa rutin harian menjadi lebih menyenangkan apabila segalanya berjalan lancar, memberikan rasa puas hati apabila pengguna menemui kemudahan yang tidak dijangka. PETRONAS menyediakan pelbagai kemudahan di stesen minyak yang bukan sahaja terhad kepada isi minyak, tetapi juga merangkumi makanan, ganjaran dan rehat. Sehubungan itu, kami merancang untuk menggunakan permainan kata berasaskan isi dalam gaya bahasa yang mudah difahami dan dekat di hati pengguna. Oleh itu, kami berharap pihak DBP dapat menyemak kesesuaian frasa ini agar selari dengan tatabahasa. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: Isi Minyak, Isi Perut, Isi Masa, Isi Kuasa, Isi Ganjaran, Isi Bakul, Isi Pikap, Isi Tenaga, Isi Angin, Ini Baru Mesra, Isi Semua Sekali | Frasa yang diberikan sesuai dan boleh digunakan, kecuali Isi Pikap ditukarkan kepada Isi Tangki dan Isi Semua Sekali, Ini Baru Mesra ditukarkan kepada Isi Semua Sekali, Barulah Mesra! | Tatabahasa | 24.10.2025 |  
  | Assalmualaikum saya nak bertanya macam mana nak menghasilkan bentuk karangan yang baik | Karangan yang baik mestilah menjelaskan tajuk. Ada struktur iaitu pengenalan, isi dan penutup. Pengenalan hendaklah ringkas dan mengandungi ayat tesis utama. Manakala satu isi disusun dalam satu perenggan. Penutup karangan hendaklah menggulung isi-isi yang telah dibincangkan. Maklumat lanjut boleh didapati daripada buku-buku rujukan berkaitan karangan. | Makna | 11.05.2007 |  
  | Saya ingin memohon pandangan serta semakan daripada pihak tuan berkenaan beberapa frasa berasaskan kata kerja "isi" yang ingin kami gunakan dalam komunikasi kempen kami. Kempen ini berinsipirasikan idea bahawa rutin harian boleh menjadi lebih menyenangkan apabila segalanya mengalir dengan lancar- memberi rasa puas hari apabila pengguna menemui kemudahan. PETRONAS menawarkan pelbagai bentuk kemudahan di stesen minyak yang bukan sahaja terbatas kepada isi minyak, tetapi juga memenuhi keperluan harian seperti makanan, ganjaran dan rehat. Sehubungan dengan itu, kami bercadang menggunakan permainan kata berasaskan "isi" dalam kempen ini, dalan gaya bahasa yang mudah difahami dan dekat di hari pengguna. Justeru kami ingin mendapatkan semakan serta pandangan daripada pihak DBP agar frasa yang digunakan tetap selari dengan tatabahasa dan pemahaman yang betul. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: - Isi Penuh - Isi Hati - Isi Tenaga - Isi Semula - Isi dan Kuku - Isi Poket - isi Semua Sekali | Pihak kami telah menyemak frasa yang diberikan dan mendapati bahawa frasa tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 04.07.2025 |  
  | Mana yang lebih tepat, isi lembayung atau lembayung isi? | Saudara/saudari, Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lembayung bermaksud sejenis tumbuhan (herba), bunga jamban, keladi bunting, Eichhornia crassipes. Lembayung juga bermaksud merah, lembayung warna ungu (merah ungu). Dalam konteks ayat di atas isi lembayung adalah lebih sesuai. | Makna | 25.07.2012 |  
  | Saya mohon pembetulan dibuat pada PRPM jika ada kesilapan dalam takrif atau contoh. isi rumah = Definisi : seluruh penghuni rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat) - https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=isi+rumah Dan bezakan antara rumah / isi rumah. Contoh" household appliance sepatutnya alatan rumah dan bukan alatan isi rumah. Di sini: household appliance = alatan rumah (https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=household+appliance&d=226112LIHATSINI) Kebanyakan carian merekodkan household = rumah (sebagai bukan manusia (bukan isi rumah). https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=perkakas+rumah&d=102572LIHATSINI Walaupun boleh dijustifikasi bahawa alatan isi rumah itu betul, tetapi "isi" tidak diperlukan kerana kita faham barang2 itu di dalam rumah, maka memang untuk isi rumah gunakan. Harap mendapat perhatian segera. Terima kasih. Harap pembetulan ini disegerakan kerana saya lihat pengunaan isi rumah dalam konteks yang salah sudah meluas contohnya dalam katalog dalam talian | Terima kasih, kami  ambil  maklum saranan puan. Pihak kami akan memanjangkan isu ini kepada bahagian  yang  bertanggungjawab untuk penambahbaikan.  | Lain-lain | 18.10.2021 |  
  | Salam. Yang manakah pernyataan yang betul? adalah/ ialah? 1. Isi padu air di dalam bekas R adalah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S. 2. Isi padu air di dalam bekas R ialah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S. | Jawapan yang betul ialah Isi padu air di dalam bekas R ialah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S  | Tatabahasa | 28.09.2021 |  
  | makna isi tersirat dan tersurat dalam teks sastera. | tersurat 1. telah ditulis, tertulis, tercatat:   tersirat 2. ki terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu): Berdasarkan makna di atas, dalam sesebuah karya sastera sama ada puisi, cerpen, novel dan drama terdapat isi tersurat dan isi tersirat. Isi tersurat ialah makna yang secara umum dapat difahami oleh semua orang atau pembaca sesebuah karya sastera. Isi tersirat pula makna lain yang mungkin ingin disampaikan oleh pengarang sesebuah karya sastera. Makna tersirat ini perlu dikaji dan diteliti berdasarkan pemikiran yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Contoh karya yang padat dengan isi tersirat ialah puisi kerana sesebuah puisi yang ditulis oleh seseorang penyair biasanya mempunyai makna lain selain makna yang tersurat.    | Lain-lain | 21.10.2009 |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
  |  | Tiada maklumat tesaurus untuk kata isi; |  
  |  
  
   | Puisi | 
|---|
  |   
  Nangka dikata cempedak,      Cempedak di dalam kuali,  Masak beri berkuad;      Kurasa khilaf tidak Bersalah jauh sekali,  Mengapa maka dimarah.
 
 
 
  Lihat selanjutnya... |  
  
    |