Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam Sejahtera. Mohon pengesahan, yang mana betul : "Perlindungan Hak Harta Intelek" atau "Pelindungan Hak Harta Intelek". Terima kasih. | Salam Sejahtera. Yang betul ialah Perlindungan Hak Harta Intelek. Sekian. Terima kasih. | Tatabahasa | 10.08.2017 |
Mana ayat yang betul untuk digunakan 1) Hak milik harta Intelek ATAU 2 Hak milik harta intelektual Mohon bantuan dan alasanya. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Hak milik harta intelek". Intelek bermaksud kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dan sebagainya). Inteléktual pula bermaksud orang (golongan, kaum) terpelajar; golongan cerdik pandai; cendekiawan.
| Lain-lain | 26.05.2023 |
Untuk melindungi harta intelek, kerajaan sanggup mengambil pelbagai langkah termasuk penubuhan Mahkamah Harta Intelek. Munsyi, apakah perkataan yang sesuai digantikan penubuhan kerana mengikut buku, jawaban yang salah ialah penubuhan. TK | Perkataan menubuhkan sesuai dalam konteks ayat tersebut. Sila rujuk kamus untuk mengenal pasti perkataan yang tepat dalam konteks sesuatu ayat.
| Tatabahasa | 04.07.2012 |
apakah yang dimaksudkan dengan intelek? | Sdr. Harnizam, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.intelek bermakna - (intelék) kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dsb), akal budi; golongan (kaum) ~ golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar; | Makna | 30.04.2009 |
Apakah maksud Harta Intelek? | Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan hal tersebut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh melalui talian 03-21479523 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my | Lain-lain | 18.05.2017 |
Apakah terjemahan bahasa melayu bagi Outright Sale dalam bidang hartanah dan harta intelek? | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk "Outright Sale" ialah Jualan Hak Harta Intelek. | Istilah | 07.11.2019 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah definisi harta intelek? | Untuk makluman puan, kami hanya dapat membantu puan memberikan maksud setiap perkataan sahaja, contohnya: Harta membawa maksud barang-barang berharga (spt rumah, tanah, barang-barang kemas, dsb) yang dipunyai oleh seseorang (syarikat, pertubuhan, dll). Intelek pula bermaksud kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dan sebagainya), akal budi. Namun begitu, sekiranya pihak puan memerlukan jawapan yang lebih lengkap, pihak puan bolehlah menghubungi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM), Unit 1-7, Aras Bawah, Tower B, Menara UOA Bangsar, No. 5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur. Sekian. Terima kasih. | Makna | 18.05.2017 |
kah saya boleh dapatkan dasar plagiarism yang dibuat oleh pihak DBP? | Hal ini berkaitan dengan harta intelek sesuatu produk. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, DBP, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my. | Lain-lain | 20.10.2015 |
Asslmwbkth Saya hendak menerbitkan semula sebuah puisi saya yg tersiar dlm Dewan Sastera ke dalam bentuk Antologi Puisi Peribadi...saya difahamkan perlu mendapat keizinan dpd bahagian Harta Intelek...boleh saya dapatkan no talipon dan siapa yang boleh saya hunungi? | Sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my. | Lain-lain | 12.05.2015 |
Saya perlu buat satu video pendidikan mengenai "Intellectual Disability" dalam bahasa Melayu. Menurut pencarian di PRPM, ia diterjemahkan sebagai "Ketidakbolehan Intelek" Adakah ada terjemah istilah yang lebih asli pada bahasa dan budaya Melayu itu sendiri? Bagaimana dengan kurang akal/ kurang akal fikir/ ketidakbolehan daya fikir/ Ketakupayaan akal fikir | Cadangan padanan bagi istilah intellectual disability dalam bahasa Melayu ialah ketidakbolehan daya fikir atau ketidakbolehan intelek. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu. | Istilah | 24.06.2024 |