| Soalan | 
    Jawapan | 
    Jenis Soalan | 
    Tarikh Soalan | 
   
  | 1.imbangan 2.bersepadu 3.kesinambungan 4.turutan 5.litupan 6.orientasi kurikulum 7.humanisme 8.konstruksionisme 9.kognitif | Tiada soalan yang dikemukakan, namun jika saudara memerlukan makna bagi setiap perkataan tersebut sila rujuk kamus atau menggunakan carian di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. | Lain-lain | 30.11.2011 |  
  | Apakah terjemahan yang sesuai untuk "check and balances"? Bolehkah guna "semakan dan imbangan"? | Padanan istilah bahasa Melayu untuk check and balance dalam bidang Sains Politik ialah semak dan imbang.  Namun, semakan dan imbangan boleh juga diterima.   | Istilah | 17.02.2017 |  
  | maksud tolok? | Menurut kamus dewan, tolak membawa maksud bandingan, imbangan (yg sama), tara. Tolok juga membawa maksud sj tumbuhan (pokok kecil yg buahnya boleh dimakan), gayam (Sunda), Indocarpus edulis. | Makna | 12.12.2012 |  
  | PERGERTIAN JENAYAH BERAT DIKALANGAN PELAJAR SEKOLAH | Sila rujuk bahan ini : Imbangan antara melindungi masyarakat dengan kepentingan penjenayah A. M. Nizam Dewan Masyarakat 01/10/1996 Jenayah tidak lagi bersifat tempatan" [Diwawancara oleh A. Zaidel A. Jamil] Musa Datuk Haji Hassan, Tan Sri, Dewan Masyarakat Jangan biarkan jenayah terus meningkat Hasan Baseri Budiman Dewan Masyarakat 01/08/1998 Jenayah di kalangan pelajar Dewan Siswa 01/07/1987 . Jenayah pelajar meningkat Aidilnur Ahmad Wahiduddin Dewan Siswa 01/06/1993 . Jenayah remaja meningkat? Noha Abdullah Dewan Siswa 01/04/1990 Terperinci Jenayah remaja, siapa bersalah? Zuraida Jaafar Dewan Siswa 01/08/1983 Punca peningkatan kes jenayah Dewan Masyarakat 01/01/2005 Terperinci Remaja dan jenayah Amiruddin Md. Akhir Dewan Siswa 01/07/1995 | Lain-lain | 08.09.2007 |  
  | Kepatuhannya kepada ketua tidak boleh dibuat perbandingan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQ | Perbandingan bermaksud 1. imbangan, perimbangan, persamaan; dan 2. ibarat. Penggunaan perkataan perbandingan tidak gramatis. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |  
  | Hakimi mengarahkan permainan itu dipercepat bagi mengelakkan keputusan padan dalam pertandingan itu munsyi, apakah perkataan sesuai menggantikan padan? TK | Perkataan padan kurang sesuai dalam konteks ayat. Kamus Dewan mentakrifkan padan sebagai banding, imbangan, lawan, tanding, tara: lawan itu bukan ~nya; sama ~ seimbang; 2. cocok, sesuai, patut, sama: pakaian baru yang ~ dgn bentuk badannya; banyak lagi orang muda yang ~ menjadi suaminya; ~lah engkau dipilih menjadi ketua; 3. dapat dipakai (berkenaan pakaian seperti baju, seluar, dsb), muat: baju yang baru dibelinya itu kecil, tidak ~ dengannya;     Kami mencadangkan perkataan seri. Saudara boleh layari laman web prpm.dbp.gov.my untuk carian kata dan makna untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 24.04.2013 |  
  | Tuan, apakah perbezaan antara bandingan dan tandingan di dalam ayat di bawah: 1) piza itu sedap tiada bandingan 2) piza itu sedap tiada tandingan terima kasih atas bantuan | Bandingan dan tandingan sama maknanya, iaitu imbangan atau tara. Oleh itu, kedua-dua ayat ... tiada bandingan dan ... tiada tandingan sama maknanya. | Tatabahasa | 21.06.2012 |  
  | Pohon terjemahan yang sesuai bagi perkataan "offset". Berdasarkan carian, "offset" diterjemah sebagai "mengimbangi" dalam prpm. Walau bagaimanapun, penggunaan "offset" yang diingini adalah berkaitan pelepasan gas rumah kaca dan perkataan "mengimbangi" adalah tidak sesuai. "Offset" adalah bertujuan untuk mengurangkan pelelasan gas rumah kaca dengan beberapa cara termasuklah "reduction emission, mitigation". Mohon panduan perkataan yang bersesuaian untuk digunapakai. Apabila perkataan "ofset" ditaip untuk mendapatkan cadangan perkataan, terjemahan yang diberi mempunyai maksud yang berbeza dalam konteks yang diingini. | Padanan bagi istilah offset dalam bahasa Melayu ialah imbangan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). | Istilah | 08.10.2025 |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    
     
   
      
                 |