Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
betulkah ayat berikut? Para ilmuan sedang bersidang di dewan itu pada masa sekarang | Ayat yang betul; para ilmuwan sedang bersidang di dewan itu. | Tatabahasa | 10.01.2010 |
Mana lebih tepat ilmuwan atau ilmuan untuk membawa maksud ahli ilmu atau ilmiahwan. | Kata dan ejaan yang tepat ialah ilmuwan, sama seperti negarawan dan sasterawan. | Ejaan | 15.08.2011 |
Apakah definisi kesalahan penggunaan golongan kata menurut ilmuan bahasa melayu ? | Kesalahan penggunaan kata lazimnya dikaitkan dengan pemilihan kata yang kurang tepat dalam konteks ayat tersebut. Contohnya, Aini mencencang bawang. Dalam konteks ayat tersebut penggunaan kata yang tepat ialah menghiris kerana perbuatan mencencang menggunakan bawang sedangkan bawang dihiris menggunakan pisau. | Tatabahasa | 16.06.2013 |
Assalamualaikum Wbrt. Tuan Harap dapat penjelasan terperinci kenapa ayat di bawah salah: 1) Kejadian gempa bumi itu telah mengorbankan banyak nyawa. 2) Tokoh ilmuan itu menceritakan tentang kenangan beliau ketika menuntut di universiti. 3) Kerja-kerja menghias bilik itu telah disiapkan oleh kami sebentar tadi. 4) Rancangan untuk memperindahkan tamannya terpaksa ditangguhkan kerana menghadapi masalah kewangan. Atas penjelasan tuan itu, didahului dengan ucapan terima kasih. Izani b. Hj. Daud. | 1) Kejadian gempa bumi itu telah mengorbankan banyak nyawa. - subjek ayat tidak perlu didahului kata kejadian. 2) Tokoh ilmuan itu menceritakan tentang kenangan beliau ketika menuntut di universiti. - kata menceritakan tidak tepat dari segi makna ayat, sebaliknya ganti dengan perkataan lain seperti ... mengimbau kenangan ketika beliau ... 3) Kerja-kerja menghias bilik itu telah disiapkan oleh kami sebentar tadi. - Ayat pasif diri pertama tidak menerima bentuk pasif di-... + oleh seperti kata ganti nama diri ketiga. 4) Rancangan untuk memperindahkan tamannya terpaksa ditangguhkan kerana menghadapi masalah kewangan. - memperindah, bukan memperindahkan | Tatabahasa | 08.03.2012 |
Ejaan yang betul : Ilmuwan keilmuan keilmuwan | Ejaan yang tepat ialah ilmuan dan keilmuan. | Ejaan | 24.07.2010 |
Salam.saya inginkan kepastian ttg istilah yg dgunakan ini.Yg manakah lebih tepat sama ada penggunaan Kolokium Ilmuan @Kolokium Ilmuwan?dan apakah yg membezakannya?mohon penjelasan dr pihak tuan dengan sejelasnya.Teima kasih. | Frasa dan ejaan yang betul ialah Kolokium Ilmuwan. Di bawah tajuk Pembentukan Kata Baharu (Tatabahasa Dewan, halaman 307), ... akhiran -wan akan menerbitkan kata nama yang membawa pengertian pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan atau tugas .... Contohnya: ilmu + wan menjadi ilmuwan dan budaya + wan menjadi budayawan. | Tatabahasa | 07.09.2011 |