Salam sejahtera, Adakah "Red Flag" sesuai diterjemahkan kepada "Bendera Merah"? "Red Flag" bermaksud tanda masa tertentu yang memerlukan perhatian(atau perlu dibaiki). Sila berikan pendapat dan cadangan anda. Terima kasih DBP. | Ya,"Red Flag" sesuai diterjemahkan kepada "Bendera Merah". Kami bersetuju dengan maksudnya iaitu tanda masa tertentu yang memerlukan perhatian atau dibaiki. Sebagai contohnya dalam bidang Meteorologi/Hidrometeorologi menggunakan bendera merah sebagai tanda amaran kedatangan taufan/hurikan. Begitu juga dalam bidang sukan bendera merah digunakan sebagai tanda amaran tertentu kepada pemain. | Istilah | 22.11.2018 |