Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah 'hujung' dalam frasa 'pada hujung minggu' boleh dikelaskan sebagai kata arah ? | Tidak. Hujung dalam frasa "Hujung Minggu" bermaksud hari akhir setiap minggu. | Lain-lain | 22.02.2018 |
Sebelum berpisah, dia memohon maaf atas kesalahannya dari hujung rambut hingga hujung kuku. munsyi, bagaimanakah betulkan ayat ini? TK | Sebelum berpisah, dia memohon maaf atas kesalahannya dari hujung rambut hingga hujung kuku. | Tatabahasa | 04.07.2012 |
Sebelum berpisah, dia memohon maaf atas kesalahannya dari hujung rambut hingga hujung kuku. Munyi, memohon maaf atau meminta maaf sesuai digunakan? TK | Sebelum berpisah, dia memohon maaf atas kesalahannya daripada hujung rambut hingga hujung kaki. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
Salam sejahtera tuan, saya ada pertanyaan tentang kata sendi nama. 1. Tali itu ditarik dari hujung sini hingga hujung sana. Adakah hingga betul? Ataupun kata sendi nama ke lebih sesuai untuk ayat ini? 2. Mesyuarat itu ditunda ke pukul 9.00 pagi. Adakah ke betul? 3. Para perajurit bertugas di sempadan tanah air demi menjaga keamanan negara. Adakah demi/untuk sesuai bagi ayat ini? Terima kasih. | 1. Tali itu ditarik dari hujung sini hingga hujung sana. 2. Mesyuarat itu ditunda ke pukul 9.00 pagi. 3. Para perajurit bertugas di sempadan tanah air demi/untuk menjaga keamanan negara. | Tatabahasa | 06.03.2021 |
Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang sejadi untuk perkataan 'endcap'? Perkataan ini merujuk kepada satu unit rak pameran barang jualan yang terletak di permulaan atau hujung rak utama (memanjang). Untuk tujuan pemasaran, barang jualan diletakkan di rak ini kerana lebih mudah dilihat pelanggan. Adakah sesuai untuk saya gunakan perkataan tukup hujung ( banyak digunakan dalam bidang kejuruteraan)? Pilihan terjemahan yang dapat saya fikirkan: -rak hujung -unit hujung rak - rak apit hujung atau terjemahan lain yang lebih sesuai; mohon bantuan. Terima kasih. | Setakat ini istilah yang ada bagai terjemahkan "end cap" ialah tukup hujung. Boleh juga menggunakan istilah ini. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.06.2014 |
Untuk bahagian badan, seperti kepala, kaki, mulut, jantung dsb, kata sendi yang betul ialah 'dari' atau 'daripada'? Contohnya: 1. Air liur mengalir keluar dari/daripada mulutnya. 2. Saya memohon maaf dari/daripada hujung kepala ke hujung kaki. 3. Darah dipam keluar dari/daripada jantung ke seluruh badan. | 1. Air liur mengalir keluar daripada mulutnya. 2. Saya memohon maaf dari hujung kepala ke hujung kaki. 3. Darah dipam keluar daripada jantung ke seluruh badan. Kata sendi nama "dari" digunakan bagi menunjukkan arah, tempat dan masa. Kata sendi nama "daripada" digunakan bagi menunjukkan sumber atau perbandingan. | Tatabahasa | 19.06.2015 |
Boleh saya tanya 2 soalan? iaitu:- 1) Adakah "Hujung Minggu" ialah "Hari Minggu"? 2)Setahu saya, "Hujung Minggu" ialah Hari Ahad, adakah ia termasuk SABTU? sekian, terima kasih | Pandangan kami, hujung minggu ialah hari Sabtu dan Ahad. | Lain-lain | 27.10.2009 |
Minta penjelasan terhadap ayat berikut: 1. Bau masakan Siti boleh dihidu hingga ke rumah saya ATAU hingga rumah saya 2. Kami mengekori pencuri itu hingga ke hujung lorong ATAU hingga hujung lorong. 3. Saya mencintai dia hingga ke akhir hayat ATAU hingga akhir hayat Terima kasih | Jawapan yang betul ialah: 1. Bau masakan Siti boleh dihidu hingga rumah saya 2. Kami mengekori pencuri itu hingga hujung lorong. 3. Saya mencintai dia hingga akhir hayat. Bagi kata sendi nama hingga dan ke, kedua-duanya tidak digunakan secara berturutan. Bagi contoh ayat di atas kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. | Tatabahasa | 26.04.2012 |
Salam sejahtera, Hanif bermain boling pada hujung minggu dengan gembiranya. Adakah struktur ayat ini betul? Sekian terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Hanif bermain boling pada hujung minggu dengan gembira.” atau “Hanif bermain boling pada hujung minggu dengan gembiranya.” | Tatabahasa | 14.07.2024 |
"Kawasan pergunungan ini menjadi tarikan para pelancong pada setiap hujung minggu." atau "Kawasan pergunungan ini menjadi tumpuan para pelancong pada setiap hujung minggu." Perkataan manakah yang lebih sesuai, tumpuan atau tarikan? Mengapakah perkataan tersebut salah? | Ayat yang betul ialah "Kawasan pergunungan ini menjadi tumpuan para pelancong pada setiap hujung minggu." - tumpuan bermaksud pusat atau tempat bertumpu, manakala tarikan bermaksud daya (kekuatan untuk) menarik. | Tatabahasa | 26.03.2011 |