Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mereka akan mengadakan himpunan pada 7 Mac 2009. Ayat seperti ini saya temukan (temui?) dalam blog. Persoalannya, kata yang lazim digunakan ialah perhimpunan dan bukan himpunan. Benarkah penggunaan kata himpunan dalam ayat ini tepat? | Sdr. Miarmgu, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Dalam penggunaan perhimpunan adalah lebih tepat kerana mengikut pengertian yang diberikan berikut makna himpunan,ialah timbunan, tompokan: lalat banyak hinggap di ~ sampah itu; | Kamus Dewan Edisi Empat |
| Makna | 23.02.2009 |
Apakah kata bilangan himpunan bagi sebelas orang? Contohnya, kata bilangan himpunan bagi lima orang ialah kelima-lima orang. Adakah kata bilangan himpunan bagi sebelas orang ialah kesebelas-belas orang? Hal ini kerana apabila saya merujuk Kamus Dewan edisi keempat, kesebelas-belas itu tidak terdapat dalam masukan Kamus Dewan. Yang ada ialah kesebelasan. Namun demikian, maksud kesebelasan yang diberikan ialah pasukan bola sepak dan lain-lain (yang terdiri daripada 11orang). Contoh ayat yang diberikan dalam Kamus Dewan bagi masukan tersebut ialah Pertandingan antara pasukan polis dengan kesebelasan Pulau Pinang. Saya menghadapi kekeliruan dan tidak tahu apakah perkataan yang harus digunakan untuk merujuk kata bilangan himpunan bagi sebelas orang. Contohnya dalam ayat, Jeneral tentera sedang mengamat-amati (kata bilangan himpunan bagi sebelas orang) orang askar itu. Apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk jumlah sebelas orang askar dalam ayat tersebut, yakni kata bilangan himpunan bagi sebelas orang askar dalam ayat tersebut? Mohon tunjuk ajar. Terima kasih. | Encik Boh, Penggunaan yang betul bagi kata bilangan ini ialah 'kesebelas-sebelas' atau kesebelasan. | Tatabahasa | 07.06.2010 |
Apalkah kesalahan dalam ayat di bawah? 1)Himpunan buku-buku luar negara itu telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. | Ayat yang betul ialah Himpunan buku luar negara itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau Buku-buku luar negara itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Himpunan buku-buku... penggunaan perkataan yang lewah kerana himpunan menunjukkan banyak buku sama seperti buku-buku. | Tatabahasa | 10.04.2013 |
Assalamualaikum wbt, Terus kepada pertanyaan. Saya ingin menulis buku mengenai himpunan pantun-pantun yang diucapkan di dalam Dewan Negara/Dewan Rakyat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Oleh itu saya ingin tahu, berapa banyakkah jumlah (himpunan) pantun yang perlu ada sebagai salah satu syarat umum untuk dapat diterbitkan sebagai "Buku Himpunan Pantun" tersebut. Untuk makluman tuan/puan, saya tiada bidang kelayakan segi bahasa secara khusus. Saya bekerja sebagai Pegawai Penerbitan Kanan di Parlimen Malaysia dan bertanggungjawab atas penerbitan Laporan Penyata Rasmi Parlimen. Saya sudah bekerja hampir 15 tahun. Oleh itu saya mempunyai akses sahih atas ucapan-ucapan pantun tersebut. Mohon penerangan. Terima kasih | Syabas kami ucapkan kepada puan kerana berhasrat menghimpunkan pantun daripada para pemimpin negara kita. Kami yakin, pantun-pantun mereka amat bermakna dan penting untuk didokumentasikan dalam bentuk buku. DBP amat mengalu-alukan usaha puan dan bersedia menimbangkan penerbitan buku tersebut. Tebal manuskrip pantun tersebut adalah dalam 200 hingga 300 halaman kertas A4, yang mengandungi kira-kira 800 - 1200 rangkap pantun. | Lain-lain | 23.02.2011 |
saya memiliki himpunan sajak-sajak yang saya tulis. ada yang pernah dihantar dan diterbitkan di majalah. bagaimanakah jika saya ingin menerbitkan himpunan sajak saya itu dalam bentuk buku untuk diterbitkan agar dapat dikongsi. | saudara bolehlah menghubungi Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 26.05.2009 |
Selamat petang. Tuan,tolong bantu saya. Setelah saya baca beberapa soalan yang ada di Bahagian Khidmat Nasihat, saya ada pertanyaan yang memang mengelirukan saya tentang kata bilangan himpunan seperti kedua-dua,ketiga-tiga dan selain itu. Dinyatakan bahawa perlunya ada penjodoh bilangan selepas kata bilangan himpunan, contohnya kedua-dua orang budak, ketiga-tiga orang budak dan sebagainya. Namun, sila perjelaskan, mengapakah kedua-dua ibu bapa tidak perlu ada penjodoh bilangan jika hukum ini terpakai? Yang manakah betul, kedua-dua mempelai atau kedua-dua pasang mempelai dan kedua-dua orang budak atau kedua-dua budak?terima kasih | Tidak semua kata bilangan perlu diikuti dengan penjodoh bilangan, contohnya berbagai-bagai projek, setiap warganegara dan kedua-dua ibu bapa. Yang lebih tepat ialah kedua-dua orang budak. | Lain-lain | 23.07.2010 |
Saya berminat untuk menghantar manuskrip buku himpunan cerpen pendek untuk diterbitkan oleh DBP. Boleh emailkan kepada saya kaedah,syarat2 serta peraturan sekiranya saya ingin berbuat demikian? | Terima kasih kerana tuan berminat untuk menghantar manuskrip kepada DBP. Bahagian Penerbitan Sastera, DBP diberi tanggungjawab untuk menguruskan penerbitan buku sastera pelbagai genre termasuk kumpulan cerpen untuk khalayak pembaca dewasa. Sekiranya tuan telah pun menghasilkan karya cerpen, bolehlah tuan menghantar kepada kami untuk penilaian. Bagi kumpulan cerpen, jumlah minimum cerpen ialah 20 buah (dengan ketebalan manuskrip antara 300 - 350 halaman). Cerpen-cerpen tersebut seharusnya belum pernah diterbitkan dalam mana-mana kumpulan cerpen terbitan penerbit lain. Sekiranya ia pernah tersiar dalam akhbar atau majalah tempatan, sebaik-baiknya mohon keizinan/memaklumkan kepada penerbit akhbar/majalah berkenaan terlebih dahulu. Tuan boleh menghantar manuskrip tuan kepada Ketua Editor Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 27.04.2010 |
Adakah kita perlu menggunakan penjodoh bilangan selepas kata bilangan himpunan? Contoh : Kedua-dua buah kereta itu milik ayah saya. : Ketiga-tiga orang pelajar itu berasal dari Perak. | Kedua-dua ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 24.03.2010 |
1. bilakah kita seharusnya menggunakan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan, contohnya; a) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan. b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 2. Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipan | a) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan. b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya beratus-ratus orang penonton dan kelima-lima ekor kambing. Lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya. penggunaan penjodoh bilangan adalah tidak diwajibkan dalam konteks ini dan kedua-dua contoh yang dikemukakan adalah betul. Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipan. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Begitu juga dengan perkataan kewajipan. Dari segi pembentukan kata apabila perkataan "wajib" menerima imbuhan ke-...-an menjadi kewajiban, tetapi apabila dikira dari segi sosiolinguistik dan penggunaan yang lazim, menjadi kewajipan. | Tatabahasa | 24.09.2012 |
Apakah yang dimaksudkan dengan 'korpus bahasa Melayu'? | Korpus bahasa Melayu ialah himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan utk kajian dalam bahasa Melayu (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll).K orpus bahasa Melayu merupakan antara bahan utama yang digunakan dalam proses penyusunan pedoman,k amus dan juga tatabahasa bahasa Melayu. Buku-buku tentang tatabahasa dan ilmu linguistik terbitan pihak luar juga dijadikan bahan rujukan sebelum sesuatu rumusan dibuat. Saudara boleh melayari laman web DBP dan klik pada menu konkordans untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Makna | 05.03.2009 |