Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam sejahtera. Ketupat ialah hidangan istimewa semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri atau ketupat adalah hidangan istimewa semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. Mohon penerangan jawapannya. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Ketupat merupakan hidangan istimewa semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. | Tatabahasa | 21.12.2022 |
Apakah cadangan nama utk hidangan berasaskan sosej berikut? Sy berminat utk menggunakan terjemahan seperti yg sy sertakan. 1) sausage roll - sosej gulung, rol sosej. 2) pigs in a blanket (hidangan Amerika) - sosej gulung balut. 3) pig in blankets (hidangan British) - sosej balut, sosej gulung dendeng/bakon. 4) sausage bread - roti sosej. | Padanan nama hidangan dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. sausage roll - rol sosej 2. pigs in a blanket - sosej gulung 3. pig in blankets - sosej gulung 4. sausage bread - roti sosej Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my. | Makna | 28.08.2024 |
saya ingin membuat Pengesahan penggunaan bahasa iklan iaitu " Hidangan Supreme untuk Kepuasan Maksimum" untuk diiklankan kepada umum. | Kami cadangkan: Hidangan Utama untuk Kepuasan Maksimum atau Hidangan Istimewa untuk Kepuasan Maksimum. | Lain-lain | 30.04.2012 |
Manakah frasa yang mengikuti hukum D-M yang betul? Sambal Ayam atau Ayam Sambal? Atau adakah kedua - duanya merujuk kepada dua hidangan berbeza? Yakni sambal ayam adalah hidangan sambal yang dicampur ayam dan ayam sambal adalah hidangan ayam yang dibubuh sambal. | Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan merupakan unsur inti, manakala menerangkan merupakan unsur penerang. Bagi sambal ayam, sambal ialah unsur inti manakala ayam pula ialah penerang. Lebih mudah difahami dengan contoh sambal belacan, iaitu sambal yang dibuat daripada belacan. Bagi ayam sambal, unsur inti ialah ayam (benda yang dimasak), manakala sambal ialah unsur penerang (cara masakan). | Tatabahasa | 20.10.2018 |
penggunaan manakah yang betul,"Chef Adu menyediakan saian hidangan diraja mengikut tatacara/tatatertib yang betul" | Perkataan dan ayat yang betul ialah “Cef Adu menyediakan hidangan diraja mengikut tatacara yang betul” atau “Cef Adu menyediakan sajian diraja mengikut tatacara yang betul”. | Tatabahasa | 03.08.2018 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, adakah nama makanan/hidangan seperti nasi ayam perlu ditulis dengan huruf besar di awal setiap perkataan. Cth: Nasi Ayam, Ikan Tiga Rasa, Sawi bersama Udang dan Sotong? Atau hanya bila nama hidangan itu Nasi Ayam Nyonya? | Perkataan nasi ayam., sawi bersama sawi dan lain-lain ditulis dengn huruf kecil dalam ayat. | Tatabahasa | 10.09.2014 |
salam tuan soalan. Beberapa _________ timun diletakkan di atas hidangan nasi lemak. jawapan A. hirisan B. potongan B atau B yang mana tepat tuan | Jawapan yang tepat ialah Beberapa hirisan timun diletakkan di atas hidangan nasi lemak. | Tatabahasa | 29.10.2017 |
Aku memilih hidangan yang tersedia di situ. Aku segera membayarNYA lalu pergi. Sekiranya perkataan "nya" hanya boleh digunakan untuk manusia sahaja, adakah wujud perkataan lain yang boleh digunakan untuk ayat di atas? | Untuk menggantikan perkataan NYA dalam ayat tersebut, tuan boleh membina ayat seperti berikut: Aku segera membayar harga hidangan tersebut lalu pergi. | Tatabahasa | 12.10.2021 |
Apakah maksud "casual dining" dan "fine dining" dalam bahasa melayu? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah casual dining ialah hidangan kasual dan fine dining ialah hidangan pesona. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 21.09.2023 |
Tuan, Adakah ayat ayat di bawah betul?Jika tidak,sila betulkan. 1.Ibu sibuk menyediakan hidangan goreng cempedak buat birasnya yang baru sampai. 2.Ratus ratusan ayam kampung berjaya diternak oleh belia-belia kampung melalui program tersebut. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan. | Ayat yang betul ialah: 1.Ibu sibuk menyediakan hidangan cempedak goreng untuk birasnya yang baru sampai. 2.Belia di kampung tersebut berjaya menternak ratusan ayam kampung melalui program yang dianjurkan. | Tatabahasa | 01.08.2018 |