Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah kesalahan dalam ayat di bawah? 1. Perasaannya menjadi hiba pada hari berpisah dengan rakan-rakan sejawatannya. 2.Walaupun deman, Mak Ina masih juga menggagah diri untuk membuat kuih. 3.Pengakap adalah sebuah pertubuhan kokurikulum yang diwujudkan di sekolah-sekolah. 4.Kita mestilah menghormat kedua-dua ibu bapa kerana mereka telah menjaga kita sejak kecil hingga dewasa. | 1. Perasaannya menjadi hiba pada hari perpisahan dengan rakan-rakan sejawatannya. 2. Walaupun demam, Mak Ina masih juga menggagah diri untuk membuat kuih. 3. Pengakap ialah sebuah pertubuhan kokurikulum yang diwujudkan di sekolah-sekolah. 4. Kita mestilah menghormati kedua-dua ibu bapa kerana mereka telah menjaga kita sejak kecil hingga dewasa. | Tatabahasa | 20.04.2013 |
1. adakah menjadi kesalahan apabila sesuatu kata dasar tidak diimbukan? contohnya "...hiba hati apabila dia dengar ucapan saya...? perlukah perkataan dengar dimbuhkan menjadi mendengar? contoh kedua, "saya nak ucap terima kasih...". perlukan ucap diimbuhkan? wujudkah peraturan untuk pengimbuhan 2. mana satu yang benar Tun Dr.Mahathir ataupun Tun Dr Mahathir? perlu kah diletakkan tanda (.) bagi gelaran seperti di atas? | 1. Untuk makluman, kata dasar tidak semestinya diimbuhkan dan berdasarkan konteks ayat. Kata dasar mempunyai makna boleh berdiri sendiri tanpa proses pengimbuhan. 2.Tun Dr. Mahathir | Tatabahasa | 29.03.2013 |
bagaimana pula dengan "terharu dengan kejayaan kawan saya." adakah penggunaannya betul? | terharu-berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana melihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
bolehkah perkataan terharu digunakan untuk perkara yang sedih? contohnya, terharu dengan pembunuhan itu. kerana kebiasaannya ia digunakan untuk perkara yang menyentuh hati tapi menggembirakan berbanding perkataan terkilan. | Terharu bermaksud berasa hiba (kasihan, rawan hati, dan sebagainya) seperti ia memandang ayahnya yang sedang terbaring itu dengan hati yang amat terharu dan terharu tidak menggambarkan perasaan gembira. | Tatabahasa | 11.06.2012 |
Apakah perbezaan antara "duka" dan sedih? 1. Perasaan Mei Ying masih lagi ______ walaupun neneknya telah dua tahun meninggal dunia. A. sedih B. duka | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, duka ialah (perasaan hati) yang susah atau sedih, dukacita: jangan dibiarkan hati tersadung ~, jangan fikiran dipersusah; ~ lara = ~ nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat. Kamus Dewan mentakrifkan sedih hati sebagai berasa pilu (susah, hiba) dalam hati: Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih; Berdasarkan definisi tersebut, perkataan yang paling tepat digunakan dalam ayat ialah duka. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
Apa perbezaan antara ayat berikut: "baik hati" dan "murah hati", "belas kasihan" dan "bertimbang rasa", "Berhemah Tinggi" dan "Kesopanan", "Kejujuran" dan "Amanah", "Kecekalan" dan "Kerajinan", "Persaudaraan" dan "Kemasyarakatan"?. Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dinyatakan takrifan perkataan yang berikut: "baik hati" = suka menolong, mudah simpati dan pengasih, "murah hati" = a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang, "belas kasihan" = perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang, "bertimbang rasa" =menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. "Berhemah Tinggi" = mempunyai budi pekerti yg mulia, "Kesopanan" = 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban. "Kejujuran" = perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. "Amanah" =1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta. "Kecekalan" = ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati. "Kerajinan" = 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin). "Persaudaraan" = perihal bersaudara, perhubungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum. "Kemasyarakatan" =keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi. | Istilah | 07.11.2010 |
bolehkah pihak Khidmat Nasihat DBP jelaskan dengan lebih terperinci maksud terzina dan quatrain (kesusateraan)? | Saudara, "Terzina" dan "Quatrain" merupakan istilah kesusasteraan yang merujuk kepada bentuk sajak. Bentuk sajak merujuk kepada binaan luar sajak seperti jumlah suku kata, perkataan, ayat, baris dalam rangkap, dan skema rangkap visual dan skema rima. Daripada binaan sajak ini dapat ditentukan 2 bentuk sajak, iaitu sajak terikat dan sajak bebas. Sajak terikat ditentukan oleh jumlah kata, baris, rangkap, bait dan bunyi pada hujung baris. Jika binaan sajak itu mempunyai keseimbangan, ia disebut sajak terikat. Berdasarkan aspek itu bentuk sajak ditentukan mengikut pola berikut: - distikhon - terzina - quatrain - quantain - sextet - septet - oktaf Daripada pembahagian bentuk ini maka "Terzina" bermaksud sajak yang rangkapnya terdiri daripada 3 baris: contoh sajak "Dunia Sejahtera" oleh SN Usman Awang Sisa hudup ini akan kita pelihara dengan tanah bersama pohon menghijau indah di atas tulang yang kurus, daging dan darah dan "Quantrain" sajak yang terdiri daripada empat baris. contohnya sajak "Keindahan Yang Hilang" oleh Shamsudin Jaafar: Malam hiba dadanya unggu luka pungguk tersedu pilu di atas batu Bulan tiada lagi mendandan wajah bintang malam pudar sinarnya sekian, terima kasih. | Sastera | 22.03.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| hiba | | Rujuk :sedih |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan menanam betik, Siram dengan air sejuk; Jangan hiba bunga yang cantik, Nanti tuan turut telunjuk.
Lihat selanjutnya... |
|