Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
salam sejahtera... bolehkah pihak tuan memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana untuk membuat penulisan dengan berpandukan format yang betul bagi penulisan sebuah laporan teknikal. disini, dilamprkan 2 helaian utama yang menjadi isu dari segi: bagi muka surat pertama, susunatur dan saiz tulisan yang digunakan dan bagi helaian kedua persoalannya adalah, di bahagian manakah sepatutnya diletakkan gambar berkenaan. atas kanan atau atas tengah ataupun atas kiri...terima kasih atas perhatian dan bantuan yang diberikan. | Pada kelazimannya gambar diletakkan di bahagian atas sebelah sebelah kiri (bukan seperti dalam contoh yang diberikan - sebelah kanan). | Lain-lain | 15.02.2012 |
1) sebutan baku kata pinjaman dari bahasa arab dalam istilah agama 2) transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokal | 1. Untuk makluman puan tidak ada satu keluaran khusus tentang sebutan baku kata pinjaman daripada bahasa Arab dalam istilah agama dalam pangkalan data kami. Untuk maklumat lanjut, puan boleh menyemak Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi dan menyemak helaian demi helaian buku tersebut bagi mencari kata pinjaman daripada bahasa Arab. 2. Tidak ada maklumat tentang transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokal dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 23.01.2013 |
Salam. Mohon kiranya pihak tuan/puan dapat menjawab persoalan saya. 1. Apakah kriteria bagi pelantikan pewasit bagi jurnal? 2. Bagaimana dengan tempoh lantikan bagi pewasit? 3. Adakah formula tertentu digunakan bagi pembayaran kepada pewasit? (dibayar mengikut helaian artikel atau berdasarkan judul) 4. Apakah yang dimaksudkan dengan high impact factor bagi jurnal? | 1. Pewasit memiliki ilmu atau kelayakan yang lebih tinggi daripada penulis makalah 2. Tempoh lantikan pewasit mengikut kerja penilaian; sekali lantik untuk satu penilaian 3. Kadar bayaran RM200 untuk setiap makalah yang dinilai | Lain-lain | 11.03.2009 |
Saudara, Apakah 'laminating sheet' di dalam bahasa Melayu? Saya tidak dapat mencari perkataan Melayu bagi item ini sedangkan laminating sheet ini kerap digunakan di sekolah-sekolah. Terima Kasih. Yang Fakir, Sodiqin | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "laminating sheet". Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk "laminating", iaitu perlaminaan dan istilah untuk "sheet" ialah helaian, kepingan dan lapisan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah lapisan perlaminaan atau helaian perlaminaan. | Istilah | 16.07.2013 |
Assalamualaikum, Saya ingin memohon bantuan DBP untuk membina frasa yang sesuai dan tepat bagi tugas PENYELARAS MARK SHEET.Penyelaras "Mark Sheet" berperanan menyalaraskan markah peperiksaan pelajar sama ada ujian bulanan mahupun peperiksaan.Saya berpendapat PENYALARAS MARK SHEET boleh ditukar ke bahasa Melayu terutama maksud "mark sheet" itu sendiri.Sesuai tak kalau disebut Penyelaras Helaian Pemarkahan atau Penyalaras Pemarkahan? Terima kasih. | Frasa yang tepat ialah Penyelaras Pemarkahan. | Istilah | 28.07.2009 |
Salam tuan di talian, Saya ingin mengetahui apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan Loose Sheet untuk buku yang diterbitkan dalam bentuk lembaran? Bolehkah diterjemahkan sebagai Lembaran Kerja. Semoga mendapat jawapan dengan kadar segera daripada tuan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk loose sheet dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah loose document (dokumen curai), loose-leaf binding (jilidan cerai), loose leaf edition (edisi helai cerai) dan loose-leaf catalogue (katalog helai cerai). Istilah untuk sheet pula ialah lapisan, helaian, kepingan dan lembaran. Padanan istilah yang dicadangkan ialah lembaran curai. | Istilah | 08.09.2011 |