Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
maksud jangka hayat | jangka hayat: (1) Ukuran purata tentang berapa lama seorang itu dijangka akan terus hidup, selalunya diukur dalam tahun. (2) Hayat perkhidmatan yang berfaedah yang dijangkakan bagi sesuatu peralatan. | Makna | 20.03.2009 |
Minta penjelasan terhadap ayat berikut: 1. Bau masakan Siti boleh dihidu hingga ke rumah saya ATAU hingga rumah saya 2. Kami mengekori pencuri itu hingga ke hujung lorong ATAU hingga hujung lorong. 3. Saya mencintai dia hingga ke akhir hayat ATAU hingga akhir hayat Terima kasih | Jawapan yang betul ialah: 1. Bau masakan Siti boleh dihidu hingga rumah saya 2. Kami mengekori pencuri itu hingga hujung lorong. 3. Saya mencintai dia hingga akhir hayat. Bagi kata sendi nama hingga dan ke, kedua-duanya tidak digunakan secara berturutan. Bagi contoh ayat di atas kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. | Tatabahasa | 26.04.2012 |
Saudara / Saudari: 1. Para pekerja syarikat itu tidak mendapat kata putus daripada majikan mereka tentang gaji mereka yang tertunggak (hingga ke hari ini / hingga hari ini)? 2. Puan Ramlah mendoakan perkahwinan antara Rashid dengan Balkis akan berkekalan (hingga ke akhir hayat / hingga akhir hayat)? 3. Dia tidak lupakan peristiwa pahit itu (hingga ke hari ini / hingga hari ini)? Saya kurang pasti sama ada (hingga ke) boleh digunakan bersama? Ada sebarang pengecualian? Ribuan terima kasih atas bantuan Saudara/Saudari. Sekian. Yang benar, Juian | 1. hingga hari in 2. hingga akhir hayat. 3. hingga hari ini. | Tatabahasa | 04.03.2008 |
life cycle | kitaran hayat | Istilah | 04.04.2007 |
archive life more than 200 years | hayat arkib lebih 200 years | Lain-lain | 03.06.2008 |
PERANAN GURU SEBAGAI PELAJAR. GURU SEBAGAI PELAJAR SEPANJANG HAYAT. NYATAKAN 5 RASIONALNYA DALAM KONTEKS DAN ALAM PENDIDIKAN | untuk makluman, saudara boleh melayari Laman Web DBP di bawah kategori Katalog Awam Dalam Talian ( KAWAT ) ( OPAC - Online Public Access Catalog ). Sehingga kini, hasil carian kami sebanyak 526 judul hasil tulisan penulis tentang "Guru". Oleh itu, sdr. dinasihatkan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk mendapatkan makalah yang berkaitan dengan "guru". | Lain-lain | 30.11.2007 |
Dia terus menabur bakti kepada masyarakat sehingga ke akhir hayatnya. Ungkapan sehingga ke akhir hayat betul atau salah? Jika salah, mohon cadangkan ungkapan yang betul. Terima kasih. | Saudara, Ungkapan yang betul adalah ' Dia terus menabur bakti kepada masyarakat sehingga akhir hayatnya'. | Tatabahasa | 27.11.2009 |
Kata pinjaman: Daripada bahasa apa perkataan berikut dipinjam ?: kota, warisan, daulat, syahdu, mahligai, perkasa, hayat. | Sila layar pada Laman sesawang (web) DBP untuk menggunakan SBMB dalam talian. Pusat Rujukan Persuratan Melayu merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, atau kata pinjaman, peribahasa, ensiklopedia, dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" . Contoh: Kata "Warisan" berasal daripada bahasa Arab iaitu "Waris" Daulat berasal daripada kata Arab, ‘daulatun’, syahdu berasal daripada bahasa Arab, "Syahda" | Istilah | 26.02.2009 |
Sekiranya "melalui" digunakan sebagai kata sendi dalam tajuk esei, adakah ia harus dimulakan dengan huruf besar? "Penelitian Pengalaman Percintaan Sepanjang Hayat Li Qingzhao Melalui/melalui Karya-karyanya" Terima kasih. | Perkataan "melalui" sebagai kata sendi hendaklah ditulis dengan awalan huruf kecil. Ini bermakna bagi contoh ayat di atas awalan melalui ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 05.03.2007 |
cindai | Sdr. Ibnu Salam, CINDAI membawa maksud - 1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll). | Makna | 04.10.2010 |