Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan, hari bulan atau haribulan? Dia tidak berani bersuara, silap-silap haribulan dia yang terkena nanti. | Ejaan yang betul ialah hari bulan.
| Ejaan | 12.07.2012 |
Apakah maksud bahan almanak dan direktori? | Sekiranya sdr merujuk Kamus Dewan, kata almanak ialah 1. kalendar tahunan yg mengandungi senarai hari bulan dgn maklumat lain (spt terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan, dll); ~ nautika buku tahunan yg memberikan maklumat tentang bulan, air pasang surut, matahari dsb; 2. buku yg berisi penanggalan (daftar hari bulan) dan karangan yg perlu diketahui umum. 2. Kata direktori ialah fail yang mengandungi maklumat spt nama, sifat, dan kedudukan fail yang terkandung di dalam cakera. | Makna | 19.06.2009 |
CARA MENULIS TARIKH. CONTOH 1 - 3 DISEMBER 2011 ATAU 1HB-3HB DISEMBER 2011. YANG MANA SATU BETUL? | Kedua-dua bentuk penulisan adalah betul, tetapi gaya penulisan terkini ialah 1 - 3 Disember 2011. Jika hendak menulis kependekan hari bulan ejaan yang betul ialah 1 hb. - 3 hb. Disember 2011. | Ejaan | 11.10.2011 |
"Perkataan hari bila perlu ditulis dengan huruf besar?" | Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama tahun, bulan, hari, hari perayaan dan kebesaran, serta peristiwa bersejarah. Contohnya, Hari Raya Aidilfitri, Hari Kebangsaan, Hari Pekerja dan Hari Wesak. | Tatabahasa | 28.08.2013 |
Salam. Saya ingin bertanya apakah ejaan sebenar kalimah dalam ejaan jawi untuk menunjukkan huruf-huruf al-quran. Contoh ayat: Bulatkan huruf diakhir kalimah yang berubah bentuk. | Ejaan kalimah ialah kaf.lam.mim.ha. Untuk mendapatkan panduan lengkap tentang ejaan Jawi termasuklah ejaan bagi kata serapan bahasa Arab, ejaan nama hari, bulan, planet, bintang, hari perayaan dalam Islam, kaum di Malaysia, kaum dan bangsa, mazhab, negeri dan kata nama am/khas yang lain sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi), 2009, terbitan DBP, berharga RM80.00. | Lain-lain | 29.12.2009 |
Assalamualaikum. 1. Hari ini hari (ke-3) dalam bulan November.. @ ketiga... 2. Hari ini hari jadi gadis kecil saya yang (kesembilan)... @ ke-9.. Mohon pihak DBP dapat membantu, penggunaan mana yang lebih sesuai. Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah: 1. Hari ini hari ketiga dalam bulan November 2. Hari ini hari jadi gadis kecil saya yang kesembilan | Tatabahasa | 08.04.2011 |
kata nama khas dibahagikan kepada berapa golongan. Hari, dan bulan ditulis dengan huruf besar. Jika begitu, bulan dan hari di bawah golongan apa. terima kasih | Hari dan bulan seperti Isnin, Selasa, Mac dan April tergolong dalam kata nama khas tak hidup. | Tatabahasa | 05.04.2011 |
Salam tuan di talian, Ayat manakah yang betul untuk ayat laras Matematik di bawah? 1. Terdapat berapakah hari dalam bulan Mei? Atau 2. Terdapat berapa harikah dalam bulan Mei? Sekian, terima kasih. | jawapan yang betul ialah Terdapat berapakah hari dalam bulan Mei? | Tatabahasa | 25.04.2012 |
Assalamualaikum. Di sini terdapat beberapa soalan yang ingin saya tanyakan mengenai salah atau betul penggunaannya. Diharap pihak DBP dapat membantu. 1. hari ini hari (ke-40) ... @ keempat puluh... 2. pada usia (sepuluh) tahun... @ 10 tahun... 3. setiap (10, 15) hari... @ sepuluh, lima belas hari... 4. dia beri Amir (RM 20)... @ dua puluh ringgit... 5. harga sekeping kuih, (40 sen)... @ empat puluh sen... 6. hari (ke-29 April)... @ hari kedua puluh sembilan April.. 7. umurnya (1200) tahun @... seribu dua ratus.. 8. 20 sungai... @ dua puluh 9. siang kelabu dalam gerimis (Enam Mei)..@ 6 Mei... 10. hari ini hari ke dua puluh tiga Jun, musim 1895 @ hari ini 23 Jun, musim 1895. Terima kasih atas perhatian dan bantuan pihak DBP. | Nombor yang kurang daripada sepuluh hendaklah dieja sepenuhnya (kecuali dalam ayat matematik atau teknik), manakala nombor 10 ke atas boleh dicetak dengan angka. Cara penulisan yang betul ialah: 1. hari ini hari ke-40; 2. pada usia 10 tahun; 3. setiap 10, 15 hari; 4. dia beri Amir RM20; 5. harga sekeping kuih, 40 sen; 6. hari ke-29 dalam bulan April/29 April; 7. umurnya 1200 tahun; 9. siang kelabu dalam gerimis 6 Mei (tarikh); 10. hari ini hari ke-23 dalam bulan Jun, tahun 1895/hari ini 23 Jun, tahun 1895. | Tatabahasa | 07.04.2011 |
Tuan, bulan hanya satu, kenapa dia bukan kata nama khas ? sekian, terima kasih! Lim | Bulan mempunyai banyak makna yang menyebabkan ia bukan dalam golongan kata nama khas. Bulan bukan sahaja satelit semula jadi bumi yg bergerak mengelilingi bumi sekali dlm 28 hari, dan bersinar pada waktu malam oleh cahaya yang dibalikkan dari matahari tetapi mempunyai banyak makna yang lain. Sila rujuk bulan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bulan untuk makna bulan yang lain. | Tatabahasa | 13.01.2013 |
|
Puisi |
---|
|
Cendawan tumbuh di batang, Diambil orang setiap hari; pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang, Pengantin duduk suami isteri.
Lihat selanjutnya... |
|