Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam, saya ingin tahu padanan bahasa Melayu untuk perkataan "customize" dan "wood-cloth." Apaka ayat ini gramatis, "Harap-harap, anda kemudian akan ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mengembangkan sendiri rekaan dan cara-cara anda bekerja." Terima kasih. | 1. Customize diterjemahkan kepada mengikut tempahan atau mengikut pesanan. Wood-cloth tidak ada dalam sumber rujukan kami. Merujuk sumber istilah yang ada seperti wood product dan wood vinegar diterjemahkan kepada keluaran kayu dan cuka kayu, kami cadangkan wood cloth diterjemahkan kepada kain kayu. 2. Ayat yang sesuai, "Harapan kami, anda akan mengetahui dengan lebih lanjut serta mengembangkan sendiri rekaan dan cara-cara anda bekerja". | Istilah | 23.07.2012 |
Yang manakah jawapan betul bagi soalan di bawah: 1. Bintang............ di angkasa. a. berkerlipan b. berkerdipan 2. ..............beri laluan, air panas. a. Tolong b. Harap | 1. Ungkapan yang betul ialah "Bintang berkerdipan". 2. Jawapan yang betul ialah harap. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu. | Tatabahasa | 17.07.2013 |
Salam. tolong selesaikan masalah ini. 1. Bintang yang ( berkerlipan / berkerdipan ) di angkasa itu indah dipandang. 2. ( Harap / Tolong ) beri laluan . Makanan ini panas. Ini adalah soalan percubaan UPSR. Saya tidak tahu untuk menerangkan kepada murid saya tentang jawapan yang betul. Terima kasih. | 1. Bagi DBP, Kedua-dua perkataan boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. Mohon rujuk KPM atau Lembaga Peperiksaan supaya mendapat jawapan yang betul. 2. Jawapan yang betul ialah harap. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Ayat manakah lebih betul Harap jangan merokok atau Jangan merokok Adakah sila jangan..., tolong jangan.., minta jangan..., harap jangan.. betul? | Ayat perintah boleh menggunakan perkataan harap, jangan dan sila, tetapi tidak secara berturutan seperti sila jangan atau harap jangan. Untuk lebih tegas, perkataan harap dan jangan lazimnya digunakan seperti "Jangan Merokok" dan "Harap Bersabar". | Tatabahasa | 28.07.2016 |
Harap dapat kerjasama dari Pihak Tuan untuk meluluskan. Terima kasih. | Sila buat permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam papan iklan melalui dbpsahbahasa.my | Lain-lain | 10.06.2020 |
Harap dimaklum bahawa saya telah mengunakan perkhidmatan DBP sah bahasa untuk dua papan iklan saya.Oleh kerana saya hanya dapat gambar untuk salah satu papan ikaln tersebut maka saya pun membuat permohonan untuk iklan tersebut dahulu dan telah diluluskan 2 hari kemudian (No.Permohonan:20149/2018).Pada minggu ini saya membuat permohonan untuk papan iklan yang kedua(No.Permohonan:24011/2018).Walaupun kedua-dua iklan mempunyai perkataan yang sama tetapi iklan yang kedua tidak lulus.Oleh itu saya berasa keliru bahawa mengapa pegawai yang berlainan memberi keputusan yang berlainan.Saya berharap pihak DBP dapat memberi perhatian atas perkara ini agar kami dapat memberi gambar yang tepat.Sekian.Terima Kasih | Salam Sejahtera tuan/puan. Iklan kedua tidak lulus kerana visual yang dibekalkan tidak lengkap untuk papan iklan premis perniagaan. Komen kami berdasarkan visual yang diberikan seperti yang berikut: 1. Betulkan kepada DIMILIKI OLEH: xxx (rapatkan titik bertindih dengan perkataan) 2. Tukarkan kepada No. Pendaftaran: xxx (rapatkan titik bertindih dengan perkataan) 3. Mohon bekalkan keseluruhan visual iklan papan premis untuk pengesahan iklan. Mohon buat pembetulan seperti yang dikehendaki dan hantar semula melalui akaun yang sama dengan memuat naik fail visual yang telah dibetulkan dan tekan butang “KEMAS KINI”. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 25.05.2018 |
Harap Tuan dapat menyemak ejaan dan perkataan Bahasa Malaysia yang digunakan di iklan Radio saya. Terima Kasih | Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 27.05.2016 |
Harap Tuan dapat menyemak Ejaan dan perkataan Bahasa Malaysia yang akan digunakan pada iklan saya. Terima Kasih | Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 27.05.2016 |
harap dapat bantu saya. terima kasih | 1. Terjemahan Save the info on your hard drive ialah Simpan maklumat itu dalam pemacu keras anda 2. Terjemahan Save your data to Google Drive ialah Simpan data anda dalam Google Drive. 3. Padanan renewable energy ialah tenaga boleh diperbaharui. | Tatabahasa | 23.06.2015 |
Harap dapat penjelasan berkaitan maksud 'online instruction'.tk | Berdasarkan maklumat yang ada kami mencadangkan online instruction diterjemahkan kepada arahan secara dalam talian. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.02.2015 |