Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Hana sangat suka mengumpul pelbagai jenis poskad. (Adakah penggunaan pelbagai jenis itu betul?) | Menurut Kamus Dewan, pelbagai bermaksud beberapa jenis. Oleh itu, perkataan 'jenis' tidak perlu kerana 'pelbagai' telah membawa maksud tersebut. | Makna | 15.04.2011 |
Salam sejahtera. Ayat1: Hana menyusun buku di rak dengan kemas. Ayat 2: Hana menyusun buku di atas rak dengan kemas. Ayat 1 dan 2 mana betul? | Penggunaan di dalam rak atau di atas rak bergantung pada bentuk visual rak tersebut. Jika rak buku seperti almari yang terbuka, maka penggunaan yang betul ialah Hana menyusun buku di dalam rak dengan kemas dan jika bentuk rak tersebut seperti para-para, penggunaan yang betul ialah Hana menyusun buku di atas rak dengan kemas. | Tatabahasa | 08.04.2013 |
Saya Hana Salaeh, sedang belajar Pusat bahasa melayu dasar, di Universiti Islam Yala. Saya ingin bertanya, Apakah maksud berbalas pantun itu serta contohnya, terima kasih. | Kamus Dewan Edisi Empat, mendefinisikan berbalas pantun sebagai mengucapkan pantun bersambut-sambutan. Puan boleh menghubungi atau mengunjungi Pusat Dokumentasi DBP untuk mendapatkan rujukan buku yang berkaitan dengan pantun. | Sastera | 06.11.2013 |
Puan, tolong semak betulkan ayat-ayat berikut (jika terdapat sebarang kesalahan): 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu meningkatkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. Terima kasih. | 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai diberikan terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu menaikkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. - Ayat ini salah, sila pilih penggunaan kata yang tepat dalam konteks ayat tersebut | Tatabahasa | 20.02.2013 |