Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
BINA AYAT 1)bersenam-Murid-murid bersenam dengan berhati-hati. ( Mohan dan murid-murid)bersenam di padang. Adakah kedua-dua ayat ini tidak bermasalah? 2)mengayuh-Aiman mengayuh basikal di halaman.(halaman atau halaman rumah??) TERIMA KASIH. | Berikut merupakan ayat yang telah diperbaik: 1. a. Murid-murid bersenam/ bermain dengan berhati-hati. b. Cikgu Mohan dan murid-murid bersenam di padang. 2. Penggunaan perkataan halaman sudah gramatis dalam ayat "Aiman mengayuh basikal di halaman."
| Tatabahasa | 09.05.2014 |
penggunaan 'di' atau 'pada' : - lampiran - talian - alamat emel - halaman (buku) - halaman (rumah) | Untuk makluman, kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Manakala, kata sendi nama "pada" menunjukkan keterangan waktu atau tempat seperti pada pukul dan pada dinding. - lampiran = di lampiran - talian = melalui talian - alamat e-mel = di alamat e-mel - halaman (buku) = pada halaman - halaman (rumah) = di halaman | Tatabahasa | 29.10.2015 |
Adakah ayat di bawah betul penggunaan perkataan 'halaman"? 1. Alia menyapu halaman sekolah. | Ayat yang tepat ialah Alia menyapu di halaman sekolah. | Tatabahasa | 21.03.2013 |
yang manakah paling tepat, 'Halaman buku teks' atau 'Buku teks Halaman'. terima kasih | Frasa yang betul ialah 'halaman buku teks', merujuk halaman dalam buku teks. | Tatabahasa | 04.05.2011 |
Salam Sejahtera. Apakah pembezaan 'Laman' dan 'Halaman'? ( Kedua-dua perkataan adalah berkaitan dengan istilah komputer. Terima kasih. | Dalam bentuk kata umum laman dan halaman sama maknanya, dan pemakaian dalam bidang istilah perlu melihat kepada istilah yang telah dibentuk. Dalam bidang komputer kebanyakan istilah page ialah halaman seperti page break - pemisah halaman, page addressing - pengalamatan halaman, page printer - pencetak halaman dan sebagainya, serta amat sedikit yang menggunakan laman seperti homepage - laman web. | Makna | 25.06.2010 |
Salam sejahtera ! Soalan :(A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya. (i) Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi. (ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah. Adakah ayat (i) dan (ii) sama maksud dengan ayat (A) Terima kasih | (A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya. (i) Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi. (ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah. Ketiga-tiga ayat tersebut sama maksudnya, ayat (i) dan (ii) ialah bentuk pasif ayat (A). | Tatabahasa | 28.10.2014 |
Satu pertanyaan. Bagi makalah bagi ruangan TUMPUAN, dan LUAHAN MINDA, berapakah jumlah minima dan maksima format halaman ditentukan? | Sdr Khay Barbara bagi ruangan Tumpuan 8 halaman, Luahan Minda satu halaman. | Lain-lain | 22.06.2012 |
MENUKAR AYAT AKTIF KEPADA PASIF-TEPAT ATAU TIDAK JAWAPAN DI BAWAH. ? AA-SITI MENYAPU HALAMAN RUMAHNYA JWP AYAT PASIF-HALAMAN RUMAH SITI DISAPUNYA.. | Ayat aktif: Siti menyapu halaman rumahnya. Ayat pasif: Halaman rumahnya disapu oleh Siti. | Tatabahasa | 17.10.2014 |
Apakah perbezaan halaman dengan muka surat | Halaman dan muka surat kedua-duanya membawa maksud yang sama,iaitu halaman (buku)/muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak. | Lain-lain | 08.10.2010 |
Saya memohon garis panduan untuk mencetak halaman maklumat pengesahan bahasa. Saya hendak mencetak halaman tersebut tetapi tiada icon mencetak disediakan dan 'right click' di halaman tidak dibenarkan. Harap maklum. | Kami tidak dapat mengesan makumat tuan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sehubungan dengan itu, sila hubungi pegawai Sistem Maklumat DBP melalui talian 03-21479389/21479373 untuk mendapatkan bantuan yang berkaitan. | Lain-lain | 06.06.2016 |