Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
ejaan yang betul bagi sebutan guru-guru besar atau guru besar-guru besar | Ejaan yang betul ialah guru-guru besar, bagi kata majmuk apabila dijamakkan hanya perkataan pertama digandakan. | Ejaan | 15.08.2012 |
mana satu betul. sama ada guru - guru besar atau guru besar- guru besar? | Frasa yang betul ialah guru-guru besar. | Tatabahasa | 06.07.2012 |
ingin mencari ketepatan antara "guru-guru besar" ATAU "guru besar-guru besar" dalam konteks jawatan panggilan jamak | Hanya kata pertama diulang. Oleh itu kata yang tepat ialah guru-guru besar. | Tatabahasa | 03.04.2008 |
Penggandaan kata majmuk bagi guru besar ialah guru-guru besar.Nyatakan mengapa penggandaannya bukan guru besar-guru besar. | Bagi pengejaan kata majmuk yang dijamakkan seperti menteri besar dan guru besar, perkataan yang pertama sahaja digandakan menjadi menteri-menteri besar dan guru-guru besar. contoh lain seperti pakar runding - pakar-pakar runding dan ketua menteri - ketua-ketua menteri. | Tatabahasa | 31.03.2010 |
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya kepada saudara@saudari. Antara berikut, yang manakah betul? 1)guru-guru dan rakan-rakan sekalian 2) guru-guru dan rakan sekalian 3) guru dan rakan sekalian Pendapat saya, yang betul ialah no 3. Hal ini adalah kerana sekalian telah membawa masuk jamak dan tidak memerlukan kata ganda di depannya. Walau bagaimanapun, pendapat daripada pihak saudara@saudari amatlah saya hargai. Terima kasih. | Ayat no. 2 betul, no. 3 juga betul. Pendapat saudari benar, perkataan sekalian bermaksud semua, oleh itu memadai dengan rakan sekalian. Ayat no. 2 betul kerana perkataan "sekalian" digandingkan dengan perkataan rakan, bukan guru-guru. Ayat no. 3 juga betul sekiranya dalam konteks majlis tersebut hanya seorang guru sahaja yang ada. | Tatabahasa | 21.03.2013 |
"Antara guru yang hadir dalam bengkel itu termasuklah guru sejarah, guru kesusasteraan Melayu dan guru bahasa Melayu." Adakah "guru sejarah", "guru kesusasteraan Melayu" dan "guru bahasa Melayu" nama khas dan huruf pertama setiap perkataan perlu menggunakan huruf besar? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah guru Sejarah, guru Bahasa Melayu dan guru Kesusasteraan Melayu. | Ejaan | 15.08.2011 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan: yang mana satu betul di bawah: 1. Guru besar-guru besar atau guru-guru besar? (Harapkan berikan contoh lain) 2. bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris? 3. adakah kata penguat hadapan ,belakang atau bebas dapat digunakan bersama untuk kata adjektif yang sama contohnya: sungguh cantik nian 4. proJapan atau pro-Japan ? | Salam sejahtera, 1. Jawapan yang betul bagi perkataan tersebut ialah guru-guru besar. Contoh lain ialah guru-guru pelawat, beberapa orang peminat, para petugas dan sebagainya. 2. Jawapan yang betul ialah bahasa Inggeris. 3. Amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas yang boleh diikuti oleh sekali. Paling, ter- dan sekali ialah penanda darjah tertinggi. Oleh itu, sungguh cantik nian adalah betul kerana sungguh ialah kata penguat bebas dan nian ialah kata penguat belakang. Paling cantik sekali adalah salah kerana bentuk lewah iaitu kedua-dua paling dan sekali ialah penanda darjah tertinggi. Contoh lain yang betul penggunaannya ialah "amat indah nian". 4. Jawapan yang betul ialah pro-Japan. | Tatabahasa | 10.03.2013 |
Asalamualaikum, Saya ingin kepastian beza diantara maksud perkataan guru kelas, guru tingkatan dengan guru bilik darjah. | Penggunaan istilah guru kelas, guru tingkatan dan guru bilik darjah bergantung pada konteks sekolah. Istilah guru kelas boleh digunakan untuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Bagi guru tingkatan pula, digunakan untuk sekolah menengah. Jika sekolah rendah, digunakan guru bilik darjah. | Istilah | 26.02.2010 |
1. Seorang daripada guru atau seorang daripada guru-guru. | 1. Seorang guru. | Tatabahasa | 10.03.2010 |
Salam tuan, Apakah perbezaan antara : 1. Ya Allah, ampunkan dosa kedua-dua ibu bapaku. 2. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kedua-dua ibu bapaku. 3. Ya Allah, ampunkan dosa guru-guru kami. 4. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa guru kami. 5. Ya Alllah, ampunkan dosa-dosa guru-guru kami. | Kedua-dua digunakan dalam konteks 'both' - kedua-dua ibu bapa, kedua-dua pegawai dan sebagainya, manakala dosa-dosa pula menunjukkan jamak (banyak dosa), sama sperti perkataan guru-guru menunjukkan ramai guru. | Tatabahasa | 23.03.2010 |