Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Selamat petang tuan. Hari ini saya ingin bertanya mengenai gugus konsonan. Adakah gugus konsonan bermaksud dua atau lebih konsonan yang hadir berturut-turut atau bersama-sama dalam binaan KK(Konsonan+Konsonan)? Contohnya, binaan perkataan "stor" ialah KKVK (adakah binaan "stor" memang KKVK? Tolong semak adakah saya salah atau tidak. Jadi, huruf s dan t dalam kata stor" ialah gugus konsonan? Harap tuan berikan penjelasan yang selanjutnya. Jasa tuan amat dihargai. Terima kasih! | Gugus konsonan ialah gabungan dua konsonan atau lebih yang berurutan dalam satu suku kata, misalnya kl dalam klasik dan pr dalam protes. Penjelasan yang diberikan oleh puan adalah betul. | Tatabahasa | 27.06.2014 |
Apakah penjodoh bilangan untuk anggur? Adakah sejambak anggur betul? | Penjodoh bilangan untuk anggur ialah gugus. Contoh: Ayah membeli dua gugus anggur. | Tatabahasa | 16.04.2024 |
Apakah yang dimaksudkan dengan "perkataan pinjaman" dengan "gugus konsonan"? | Perkataan pinjaman ialah kata yg telah digunakan (terserap) di dlm sesuatu bahasa tetapi berasal drpd bahasa lain; Manakala gugus konsonan ialah gabungan dua konsonan atau lebih yang berurutan dalam satu suku kata, misalnya kl dalam klasik dan pr dalam protes. | Tatabahasa | 07.05.2014 |
Nombor matriks mahasiswa atau nombor matrik mahasiswa. | Frasa yang betul ialah 'kad matriks mahasiswa'. Ini kerana penulisan huruf gugus konsonan di akhir kata (atau akhir suku kata)bagi kata yang diterima gugus konsonan -x akan menjadi -ks, maka matrix akan menjadi matriks. Contoh lain seperti complex menjadi kompleks, reflex menjadi refleks dan duplex menjadi dupleks. | Istilah | 23.09.2014 |
apakah penjodoh bilangan bagi rumpai laut? | Penjodoh bilangan yang digunakan ialah gugus atau jambak bergantung pada keadaan atau bentuk rumpai laut. | Lain-lain | 09.03.2010 |
Salam, saya ingin bertanyakan penjodoh bilangan yang betul untuk bintang (jika banyak disebut gugus, namun bagaimana pula jika cuma satu bintang?) Saya sedang menulis cerita rakyat: Matahari dan Bulan merupakan pasangan suami isteri. Mereka dikurniai banyak cahaya mata, iaitu bintang-bintang ......... Namun apabila pulang, Bulan mendapati Matahari telah mengingkari perintahnya. Akibatnya, beberapa __________ anaknya telah mati dijilat api. Terima kasih. | Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dll. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106. Sungguhpun begitu, bukan semua perkataan boleh diberikan penjodoh bilangan. Akan tetapi, lazimnya untuk merujuk satu bintang digunakan penjodoh bilang sebutir, iaitu sebutir bintang. | Tatabahasa | 29.12.2015 |
Ayah bawa beberapa----rambutan dan beberapa----kelapa di dalam ruang bagasi keretanya. A ikat.....tandan B gugus.....biji | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 05.07.2015 |
salam, 1-Adakah ejaan setor salah? Adakah salah dari segi tatabahasa atau bahasa ? 2-Adakah penggunaan naiktaraf betul? 3-Adakah betul Ketua Bahagian Pembendaharaan?Jika salah apakah bentuk kesalahan tersebut? 4-Ayat 'lintasan jalan kaki' ,adakah betul ayat ini? Terima Kasih | 1. Ejaan yang betul ialah stor; Sistem ejaan baru mengekalkan ejaan gugus konsonan untuk kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. 2. Penggunaan "naik taraf" betul. 3. Ketua Bahagian Perbendaharaan. 4. Istilah yang betul ialah "lintasan pejalan kaki". | Tatabahasa | 19.03.2013 |
Apakah perbezaan antara kata serapan dan kata pinjaman? Apakah contoh perkataan bahasa nusantara yang diserap ke dalam bahasa Melayu? Apakah konsonan rangkap? | Saudara, Kata pinjaman dirujuk juga sebagai kata serapan. Antara contoh kata serapan daripada Nusantara yang diserapkan calon, perabot, awet dsb. Konsonan rangkap dirujuk juga sebagai gugus konsonan. iaitu st(stor), pr(proses), dr (draf). | Tatabahasa | 16.09.2010 |
Rhotic (bahasa) patut dieja "rhotik" atau "rotik"? | Selamat sejahtera HAZIQ FARUQI, Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (1992) terbitan DBP telah menggariskan 70 kaedah penulisan kata serapan asing, termasuk bagi kata-kata Inggeris. Kaedah yang ke-48 ialah kaedah menulis gugus konsonan Inggeris [rh] yang menjadi [r] untuk ejaan bahasa Melayu, iaitu seperti perkataan rhetoric dan rhythm. Penyesuaian ejaan bahasa Melayu kedua-kedua kata Inggeris ini adalah: rhetoric - retorik rhythm - ritma Ejaan rhotic seharusnya diselaraskan menjadi rotik dalam bahasa Melayu. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya yang menjalankan amanah, MARDHIAH OTHMAN. | Ejaan | 16.03.2025 |