Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan, pohon semak adakah betul penggunaan bahasa berikut: genggam visi,pacu transformasi | Penggunaan yang betul ialah menggenggam visi dan memacu transformasi. | Makna | 07.06.2012 |
1. Apakah bezanya perkataan ganggam dan cekak? 2. Apakah makna perkataan 'karih'? 3. Soalan ..Nasi yang telah masak _____ oleh ibu sebelum menghidangkannya. ( Pilihan jawapan: dikarih, dikacau , mana yang lebih tepat) Terima kasih. | 1. Tidak wujud istilah ganggam. Mungkin yang saudara maksudkan ialah genggam. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, genggam bermaksud kepalan tangan, cengkaman tangan untuk memegang. Cekak pula bermaksud ukuran yang besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yang dibuat dengan mempertemukan ibu jari dengan ibu jari lain. 2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, karih bermaksud mengacau, mengarau, mengaduk. 3. Berdasarkan konteks ayat, jawapan yang tepat ialah dikarih. | Tatabahasa | 12.04.2010 |
Jawapan manakah yang betul ? Nenek membentangkan _______tikar mengkuang di halaman lalu menaburkan beberapa _________ padi untuk dijemur. A Sekajang.......genggam B Segelung.......gemal C segulung.......cekak D sehelai......cupak | Jawapan yang betul ialah D. sehelai .... secupak... | Tatabahasa | 21.05.2013 |
apakah maksud ditala? | Kata terbitan 'ditala' ialah daripada kata akar tala, bermaksud: 1. menentukan bunyi (alat muzik dan sebagainya) dengan nada yang bersesuaian; dan 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dan sebagainya) supaya berjalan dengan lancar. Tala juga membawa maksud: tala II : Pr ibu kunci, mangga, gepuh-gepuh, pedal ayam. tala III: menala memukul dgn tangan tergenggam. tala IV: hala, arah. | Makna | 12.12.2012 |
Salam saya menghadapi masalah dalam menterjemahkan istilah-istilah Inggeris berikut ke dalam bahasa Melayu. Saya memohon bantuan pihak tuan. 1) the racket, held in a forehand grip, is taken back with a cocked wrist, 2) Forehand Clear Smash Drop Shot, 3) Backhand Drive Net Shot, 3) Underarm Lift Net Shot, 4) Forehand Overhead Clear, 5) The Backhand Net Lunge, 6) The Net Kill, 7) The Drop Shots. Untuk makluman pihak tuan, istilah-istilah tersebut digunapakai dalam sukan Badminton. | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk frasa yang diberikan. Walau bagaimanapun, berikut saya senaraikan istilah yang terdapat dalam Glosari Sukan Badminton terbitan DBP. 1. racket - raket 2. forehand grip - genggam depan 3. forehand smash - smesy depan 4. drop shot - syot junam 5. drive - pukul kencang 6. backhand - kilas 7. net shot - syot jaring 8. underarm - aras siku 9. forehand - depan 10. overhead backhand clear - pukul tedas kepala 11. overhead backhand - pukul kilas kepala 12. net - jaring 13. lunge - gerak maju 14. kill service (to) - mematikan servis | Istilah | 09.10.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata genggam |
|
|