Saya membaca penulisan para pelajar yang gemar megggunakan di dalam buku ini, di dalam tesis ini, di dalam bab ini akan dibincangkan. Saya berpendapat dalam buku ini sudah mencukupi dan tidak perlu lagi ditambah dengan di dalam buku ini. Akan digunakan untuk sesuatu yang akan dilakukan sedangkan tesis telah ditulis dan diserahkan untuk pemeriksaan oleh pemerikasa dalam dan luar. Adakah tesis ini akan memnicangkan betul dalam menggunakan perkataan akan? | Kami bersetuju dengan pendapat Dr. frasa "dalam bab ini" dan "dalam tesis ini" adalah yang gramatis. Frasa "di dalam" membawa pengertian lingkungan yang mempunyai ruang atau jarak yang boleh dilihat secara fizikal, manakala frasa "dalam" membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Begitu juga dengan penggunaan kata akan yang lazimnya digunakan bagi perkara yang belum berlaku atau perkara yang dijangkakan. | Tatabahasa | 07.11.2012 |
Salam sejatera. Saya medapati ramai guru sering menegaskan bahawa perkataan yang indah dan klasik tidak patut digunakan dalam PMR atau SPM tetapi saya berpendapat bahawa pelajar perlu dipupuk untuk mempelajari dan mencintai bahasa melayu demi memartabatkan bahasa kebangsaan kita bukan merisaukan tanggapan pemeriksa semata-mata . Jika pelajar tidak dapat meggunakan perkataan bahasa melayu yang berkualiti dalam peperiksaan, mereka tidak dapat menggunakannya lagi selepas alam persekolahan. Rentetan daripada itu, banyak perkataan bahasa melayu tidak akan dikenali oleh rakyat kita sendiri dalam dunia yang semakin meminggirkan tradisi. Pelajar sering dimomokkan dengan tanggapan pemeriksa yang tidak gemar melihat perkataan indah atau klasik justeru menyebabkan mereka tidak ingin mempelajari perkataan baru dan berpuas hati dengan ilmu yang dimiliki. Jika setiap pelajar perlu menjadikan kamus dbp sebagai rujukan utama, apa salanya jika menggunakan perkataan yang terdapat dalam kamus yang menjadi akar tunjang kepada bahasa melayu? Jika benar perkataan sedemikian tidak wajar digunakan, mengapakah perkataan ini wujud dalam kamus? Jika perkataan bombastik tidak sesuai dalam karangan peperiksaan, bilakah perkataan-perkataan ini sesuai digunakan? Tujuan saya bukan untuk berperang pena tetapi sebagai anak malaysia yang bertanggungjawab saya agak risau akan situasi ini. Saya berharap pihak dbp dapat memberi penjelasan. Sekian. Bahasa Jiwa Bangsa | Penulisan yang baik lazimnya terletak pada kekuatan wacana yang dikupas dan diolah dengan baik, disokong dengan pembentukan ayat yang berkesan melalui kosa kata yang tepat dan indah. Kekuatan kosa kata yang baru atau melankolik tidak menjamin penulisan yang baik. | Istilah | 17.08.2010 |
(1)Masalah remaja yang berlaku pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa.(2) Ibu bapa sekarang tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup. (3)Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan. (4)Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan anak-anak tersebut tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk. (5) Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan membandingkan antara halal dengan haram. (6) Oleh sebab itu, anak-anak tersebut membabitkan diri dalam kegiatan yang tidak berfaedah.(7) Misalnya, anak yang tidak memupunyai didiak agama akan berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah. (8) Sepatutnya, masa ini digunakan untuk menunaikan solat dan membaca buku-buku agama. (9)Pendek kata, kecetekan didikan agama dalam kalangan anak-anak merupakan salah satu faktor masalah remaja. AYAT 4,5- saya tidak dapat pasti sama ada ayat itu betul atau salah. DBP, SAYA MENGGUNAKAN SEMINGGU UNTUK MELATIH KARANGAN INI. Tolong semak peranggan ini. | 1. Masalah dalam kalangan remaja pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa. 2. Ibu bapa kini tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup. 3. Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan daripada mendidik anak-anak. 4. Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk. 5. Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan antara halal dengan haram. 6. Oleh sebab itu, anak-anak mudah terdorong melakukan kegiatan yang tidak berfaedah. 7. Anak yang mempunyai kurang didikan agama lebih gemar berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah. 8. Sepatutnya, kesempatan ini digunakan untuk menunaikan solat dan melakukan kegiatan berfaedah seperti membaca buku. 9. Pendek kata, kecetekan didikan agama merupakan salah satu faktor masalah dalam kalangan remaja. | Tatabahasa | 14.04.2011 |