Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
"Kumpulan perkataan ' tempurung, gelanggang, maharaja, jurutera, juruterbang' ini tergolong daripada gabungan morfem bebas atau morfem terikat?" | Perkataan tempurung, gelanggang, jurutera, juruterbang ialah morfem bebas, iaitu morfem yang dapat wujud bersendirian. | Tatabahasa | 18.10.2013 |
Hasbullah mula menceburi___politik sejak beliau bertugas di Sarawak tiga tahun lalu. A arena B gelanggang C medan D kancah jawaban A yang diberi oleh penerbit agak kekeliruan kerana medan=arena=kancah untuk politik, munsyi, apakah pandangan munsyi untuk ~ politik? TK | Berdasarkan maksud yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, keempat-empat perkataan, iaitu medan, gelanggang, medan dan kancah boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan. Oleh itu, kami berpendapat soalan tersebut sepatutnya memberikan pilihan jawapan yang lain. | Makna | 10.04.2012 |
Adakah permainan pingpong diadakan di " gelanggang "? | Permainan pingpong diadakan di meja pingpong. | Tatabahasa | 21.07.2011 |
Salam sejahtera..... Di sini saya ada beberapa keraguan tentang penggunaan bahasa yang memerlukan penjelasan dan tujuk ajar pihak tuan. 1) Yang manakah ayat berikut benar penggunaan bahasanya? i) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu sama luas dengan gelanggang bola jaring ini. ii) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu seluas dengan gelanggang bola jaring ini. 2) Saya sering menghadapi masalah ketika menerangkan penggunaan imbuhan me...kan dengan me...i dan me.... pada situasi ayat yang berlainan. Namun muri-murid saya tetap keliru dan kurang memahami. Berikut, saya memetik beberapa ayat contoh yang menimbulkan keraguan. i) Emak sedang menghiaskan ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajar mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemui sebentuk cincin di halaman rumah. Sedangkan jawapan yang saya peroleh ialah : i) Emak sedang menghiasi ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajarkan mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemukan sebentuk cincin di halaman rumah. Justeru, saya amat memerlukan tunjuk ajar pihak tuan agar dapat membantu saya merungkai masalah saya. Penjelasan ini amat penting bagi saya memantapkan pengajaran saya dalam bahasa Melayu serta keberkesanan tahap kefahaman murid saya...... Sekian, terima kasih daun keladi dan salam sejahtera........ | 1. Dari segi tatabahasa, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. Untuk imbuhan me-kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Untuk pengetahuan Puan, buku-buku rujukan yang diterbitkan oleh penerbit luar (bukan DBP), kebanyakan mereka tidak sangat mementingkan penggunaan tatabahasa yang betul. | Tatabahasa | 15.05.2010 |
Kumpulan perkataan manakah yang terbina daripada gabungan morfem bebas dan morfem terikat? A tempurung, kayu, kampung B cantik, gelanggang, maharaja C jurutera, berdampingan, contohi D juruterbang, kelupas, dijaringkan Pohon beri alasan untuk setiap pilihan jawapan. Terima kasih. | Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan -an dalam lautan ialah morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar. Berdasarkan takrifan tersebut, A dan B merupakan morfem bebas manakala C dan D gabungan morfem bebas dan morfem terikat. | Tatabahasa | 17.10.2013 |
definisi sepak raga?? | Sepak raa sama dengan sepak takraw iaitu sejenis permainan dengan bola raga yang memakai jaring di tengah gelanggang. | Makna | 11.09.2009 |
saya perlukan contoh ayat untuk kata hubung berpasangan bukan sahaja, tetapi juga, tq | Contoh yang ada dalam pangkalan data kami, antaranya: Agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yang sebenar, tetapi juga merupakan pendinding daripada godaan hawa nafsu dan Beliau bukan sahaja penyeri, tetapi juga penggegar gelanggang. | Tatabahasa | 19.06.2012 |
adakah penggunaan kata hubung berpasangan bukan sahaja... bahkan juga sama dengan bukan sahaja ... tetapi juga? boleh beri ayat sebagai contoh? adakah terdapat perbezaan antara kedua2 kata hubung berpasangan ini? | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami.Diingatkan bahawa Tatabahasa Dewan tidak menerima kata hubung berpasangan sebagai jenis kata hubung tetapi dianggap sebagai pasangan yang gramatis. Contoh ayat Agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yang sebenar, tetapi juga merupakan pendinding daripada godaan hawa nafsu dan Beliau bukan sahaja penyeri, tetapi juga penggegar gelanggang. | Tatabahasa | 21.03.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelanggang |
|
Puisi |
---|
|
Main sengat pantang dipegang, Main senduk bawa berlaga; Main semangat berjuang gelanggang, Main meredah hujan tenaga.
Lihat selanjutnya... |
|