Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya keliru dengan ayat ini : "Bagaimanakah anda menjana gelagat staf anda untuk mencapai kemerlangan organisasi?" Adakah "menjana gelagat" dalam ayat / soalan ini maksudnya sama dengan "to empower" dalam B. Inggeris ? Harap pihak tuan dapat membantu menjelaskan. | 1. "empower” membawa maksud : =vt memberikan kuasa kpd, memberi [sso] kuasa: he ~ed his lawyer to sell his house, dia memberikan kuasa kpd peguamnya utk menjual rumahnya; he is ~ed to act on behalf of the organization, dia diberi kuasa utk bertindak bagi pihak organisasi itu. 2. "menjanakan" pula memberi makna = menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; 3. Kamus Dewan pula mendefinikan perkataan “gelagat” sebagai :a) tanda (akan terjadinya sesuatu): melihat ~nya, perang dunia mungkin akan meletus juga; b) tingkah laku, gerak-geri: ~nya membayangkan bahawa ia tetap akan mempertahankan maruah keluarganya. Jadi di sini dapatlah disimpulkan bahawa menjana gelagat tidak membawa makna "to empower" dalam bahasa Inggeris. Sekian, terima kasih. | Makna | 25.06.2008 |
Saya dalam proses menulis sebuah novel yang berkisar tentang gelagat pekerja-pekerja di sebuah pejabat. Cadangannya, saya ingin memberi novel tersebut dengan judul "Ofis" atau "Opis". Adakah wajar saya memilih judul sedemikian. Sekian, dan terima kasih atas maklumbalas. | Perkataan ofis merupakan bahasa percakapan. Bahasa yang baku ialah pejabat. Oleh yang demikian adalah tidak wajar perkataan ofis digunakan sebagai judul novel tersebut. | Ejaan | 12.05.2008 |
Selamat petang, tuan/puan. Saya mempunyai istilah "organizational citizenship behavior" dan diterjemah kepada "kelakuan kewargaan organisasi". Adakah perterjemahan ini tepat? Istilah BM ini pernah digunakan oleh penyelidik Malaysia yang lepas. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk "organizational citizenship behaviour" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "organizational behaviour" yang padanan bahasa Melayunya ialah gelagat organisasi. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "organizational citizenship behaviour" ialah gelagat kewarganegaraan organisasi. Walau bagaimanapun, terjemahan ini hendaklah disesuaikan dengan konteks dan penggunaannya. | Istilah | 30.08.2013 |
'Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan). ' Petikan ini memberikan penjelasan terhadap makna perkataan gejala. Masalah berlaku apabila wujudnya frasa 'gejala rasuah'. Soalan saya, apakah itu gejala rasuah? Tanda-tanda akan berlakunya aktiviti rasuah? Gelagat seseorang yang mahu melakukan perbuatan rasuah? Adakah gejala rasuah ada dibuat kajian? Bolehkah kita menggunakan frasa 'gejala rasuah'? Harap dapat penjelasan | Merujuk kepada makna gejala, iaitu tanda-tanda akan terjadinya sesuatu, maka frasa "gejala rasuah" boleh difahami maksudnya sebagai tanda-tanda akan berlakunya rasuah. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang gejala rasuah sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan, contohnya makalah Usah biarkan gejala rasuah, Berita Harian 21.05.1998 dan Gejala rasuah adalah ibu segala penyakit, Milenia Muslim Julai 2006. | Makna | 22.04.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelagat |
|
|