Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
garis panduan-garis panduan atau garis-garis panduan | garis-garis panduan | Ejaan | 09.09.2011 |
kata gandaan yang betul bagi kapal terbang dan garis panduan; adakah kapal-kapal terbang atau kapal terbang-kapal terbang; dan garis-garis panduan atau garis panduan-garis panduan? | kapal-kapal terbang dan garis-garis panduan. | Tatabahasa | 23.07.2007 |
Ingin meminta salinan Garis Panduan Papan Iklan terbitan DBP, terima kasih. | DBP tidak menerbitkan Garis Panduan Papan Iklan. Saudara boleh merujuk dan meminta Pihak Berkuasa Tempatan, misalnya Dewan Bandaraya salinan garis panduan yang ditetapkan oleh mereka. DBP hanya diberi kuasa untuk meneliti dan mengesahkan bahasa Melayu yang digunakan dalam iklan tersebut. | Lain-lain | 13.05.2011 |
Di bahagian manakah untuk saya mendapatkan garis panduan bahasa melayu untuk papan tanda iklan perniagaan | DBP tidak menerbitkan Garis Panduan Papan Iklan. Saudara boleh merujuk dan meminta Pihak Berkuasa Tempatan, misalnya Dewan Bandaraya / Majlis Perbandaran salinan garis panduan yang ditetapkan oleh mereka. DBP hanya diberi kuasa untuk meneliti dan mengesahkan bahasa Melayu yang digunakan dalam iklan tersebut. | Tatabahasa | 26.09.2013 |
mohon penjelasan samada perkataan " garis panduan " dan "berhubung kait" di renggankan atau dirapatkan. | Perkataan "garis panduan" dan "berhubung kait" perlu dijarakkan. | Ejaan | 01.04.2013 |
Ejaan 'Garispanduan' yang betul. Adakah 'Garis Panduan' atau 'Garispanduan'? Bahasa inggeris adalah 'guidelines' | Ejaan yang betul ialah "garis panduan". | Tatabahasa | 07.10.2009 |
Dimana boleh saya dapat garis panduan untuk buat rujukan bila membuat iklan papan tanda. Spesifikasi kegunaan tulisan bahasa dan tulisan Inggeris dalam papan tanda iklan? Seperti size tulisan, gambar yang boleh digunakan etc. | Garis panduan atau Undang-undang Kecil Iklan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang boleh diperoleh di Jabatan Pelesenan, DBKL. Untuk makluman awal dalam mana-mana undang-undang kecil iklan mensyaratkan iklan mestilah dalam bbahasa kebangsaan dan jika ada bahasa-bahasa lain, bahasa kebangsaan hendaklah diutamakan. | Lain-lain | 20.09.2013 |
Tepat atau tidak ayat di bawah: Jawatankuasa ini bertanggungjawab mengenalpasti beberapa garis panduan untuk diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan adjudikasi kes-kes pertikaian. | Ayat yang betul : Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengenal pasti beberapa garis panduan bagi diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepat adjudikasi kes-kes pertikaian. | Tatabahasa | 12.05.2008 |
apakah garis panduan hak cipta DBP? | Assalamualaikum, Kami kurang jelas dengan soalan yang dikemukakan. Mohon sedikit penjelasan. Selepas ini saudara boleh e-mel terus soalan saudara ke hashimah@dbp.gov.my atau noraida2@dbp.gov.. Terima kasih. | Lain-lain | 25.11.2008 |
Adakah DBP mempunyai garis panduan atau format bagi menyediakan novel, cerpen, puisi atau skrip drama? Sekiranya ada, bagaimana dapat saya mengakses maklumat tersebut? | Penulisan kreatif seperti cerpen, novel dan drama adalah satu bentuk penulisan yang subjektif. Justeru itu tidak ada suatu format atau garis panduan yang tegar. Namun, sebagai asas penulisan, konsep berikut biasa menjadi panduan umum, iaitu 1) tema/persoalan, 2) watak/perwatakan, 3) plot, 4) sudut pandangan, 5) latar waktu, tempat dan budaya, dan 6) gaya bahasa. Untuk makluman saudari, DBP tidak ada mengeluarkan garis panduan atau format dalam menulis karya kreatif cerpen, novel dan drama tetapi DBP telah banyak menerbitkan buku panduan penulisan kreatif seperti Persedian Menulis Cerpen oleh Othman Puteh, Penulisan Cereka Cerpen oleh Jais Sahok, Panduan Menulis Novel Remaja oleh Othman Puteh dan lain-lain. Insya-Allah, buku-buku tersebut boleh menjadi panduan dalam penulisan yang saudari maksudkan. | Lain-lain | 25.05.2010 |