Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
garis panduan-garis panduan atau garis-garis panduan | garis-garis panduan | Ejaan | 09.09.2011 |
kata gandaan yang betul bagi kapal terbang dan garis panduan; adakah kapal-kapal terbang atau kapal terbang-kapal terbang; dan garis-garis panduan atau garis panduan-garis panduan? | kapal-kapal terbang dan garis-garis panduan. | Tatabahasa | 23.07.2007 |
Apakah maksud pertanyaan hasyur? | Menurut Kamus Dewan, "hasyur" bermaksud garis-garis pd peta bagi menunjukkan lereng gunung (merujuk bidang Geografi) | Makna | 10.06.2007 |
terjemahan bagi frasa "The Central Line of the Scripture" ialah "Garisan pusat Kitab" atau "Garis pusat Kitab" atau Garisan pusat dalam Kitab"? Dalam keterangan saudara, sila nyatakan perbezaan antara garisan dan garis dari sudut BM, dan juga penggunaan kata sendi "dalam" dari sudut BM dalam penterjamahan. | Terjemahan frasa ini ialah Bahagian Tengah Kitab/ Kitab Suci. Dalam Kamus Dewan, perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan. Walaupun maknanya sama tetapi penggunaannya perlulah bersesuaian. Imbuhan an membawa maksud perluasan kawasan misalnya; darat - daratan, garis - garisan. Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan, garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat. | Makna | 11.05.2011 |
apakah maksud garis kasar? adakah bermaksud garisan yang tidak halus atau? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, garis kasar bermaksud 1. garis yang dilukis secara kasar 2. rangka, catatan ringkas, maklumat utama (yang dikemukakan tidak secara terperinci) | Makna | 10.02.2011 |
GARIS PANDUAN KEPALA SURAT JABATAN KERAJAAN YANG TEPAT | Untuk makluman, DBP tidak menyediakan panduan kepala surat. Puan boleh merujuk Pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan mengenai format tersebut.
| Lain-lain | 04.09.2013 |
Ingin meminta salinan Garis Panduan Papan Iklan terbitan DBP, terima kasih. | DBP tidak menerbitkan Garis Panduan Papan Iklan. Saudara boleh merujuk dan meminta Pihak Berkuasa Tempatan, misalnya Dewan Bandaraya salinan garis panduan yang ditetapkan oleh mereka. DBP hanya diberi kuasa untuk meneliti dan mengesahkan bahasa Melayu yang digunakan dalam iklan tersebut. | Lain-lain | 13.05.2011 |
Di bahagian manakah untuk saya mendapatkan garis panduan bahasa melayu untuk papan tanda iklan perniagaan | DBP tidak menerbitkan Garis Panduan Papan Iklan. Saudara boleh merujuk dan meminta Pihak Berkuasa Tempatan, misalnya Dewan Bandaraya / Majlis Perbandaran salinan garis panduan yang ditetapkan oleh mereka. DBP hanya diberi kuasa untuk meneliti dan mengesahkan bahasa Melayu yang digunakan dalam iklan tersebut. | Tatabahasa | 26.09.2013 |
apakah garis panduan hak cipta DBP? | Assalamualaikum, Kami kurang jelas dengan soalan yang dikemukakan. Mohon sedikit penjelasan. Selepas ini saudara boleh e-mel terus soalan saudara ke hashimah@dbp.gov.my atau noraida2@dbp.gov.. Terima kasih. | Lain-lain | 25.11.2008 |
Salam sejahtera, Tuan / Puan Bolehkah Tuan/Puan menyatakan ayat manakah yang betul? 1a) Lukis satu graf garis suhu melawan masa pada kertas graf yang disediakan. 1b) Lukis satu graf garis suhu lawan masa pada kertas graf yang disediakan. Sekian, terima kasih. | 1b) Lukis satu graf garis suhu lawan masa pada kertas graf yang disediakan. | Tatabahasa | 30.11.2011 |