selamat sejahtera, saya ingin tahu 1) maksud perkataan MENGGANDINGI.. ianya sempena Hari Kastam Sedunia,, saya nampak perkataan ini digunakan.. 2) adakah penggunaan perkataan ini betul? | Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP, 2005) dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), tidak merakamkan kata "menggandingi" dan maknanya. Kata yang terakam ialah kata ganding1, berganding, bergandingan, mengganding, menggandingkan, mempergandingkan, gandingan, pengganding, dan seganding. Turut dirakamkan kata ganding2 (tumbuhan) dan ganding3 (berlabel Minangkabau). Untuk maklumat berkenaan makna dan contoh penggunaan kata tersebut, sila rujuk kamus terkini terbitan DBP (halaman 622-623). | Makna | 24.01.2024 |