Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
maksud kudeta | Maknanya ialah rampasan (perampasan) kuasa utk memerintah secara ganas atau tidak sah | Makna | 04.01.2010 |
virtuous cycle vicious cycle | Padanan istilah dalam bidang perubatan bagi vicious cycle ialah kitaran kejam, manakala dalam bidang sosiologi pula ialah lingkaran ganas. | Makna | 04.08.2010 |
Apakah yang di maksudkan dengan fundamentalisme,terrorisme | Fundamentalisme ialah keakuran yg kuat terhadap sesuatu ajaran. Terrorisme merujuk Kamus Ingeris-Melayu bermaksud keganasan, ganas | Makna | 30.10.2008 |
Apakah yang dimaksudkan denagan fundamentalisme,Ekstrimisme dan Terrorisme. | Fundamentalisme bermakna keakuran yg kuat terhadap sesuatu ajaran. Ekstrémisme faham (sikap, perlakuan, dsb) yg ekstrem. Terrorisme ialah keganasan, ganas. Untuk keterangan lanjut atau mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 21.10.2008 |
apakah maksud "sukan lasak"? | Sdr. Mohamad Shukri terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Sukan lasak ialah sukan yang melibatkan aktiviti yang kasar dan kadang kala melibatkan aksi ganas. Antara jenis sukan ini ialah lumba motorcross, memanjat gunung, berakit atau bersampan dijeram sungai dan sebagainya. | Makna | 11.07.2009 |
Salam sejahtera, 1) Apakah kelas kata untuk perkataan 'minoriti'? Adjektif atau kata nama, atau boleh kedua-duanya? 2) Apakah kelas kata untuk 'minoriti' dalam frasa berikut: a) sekumpulan kecil minoriti yang ganas; b) pemegang saham minoriti di India dan China; dan c) mereka merupakan golongan minoriti di negara tersebut. Terima kasih. | 1. Minoriti ialah kata nama 2. Jawapan untuk soalan a, b, c ialah minoriti merupakan kata nama. | Tatabahasa | 12.05.2010 |
Salam Satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "tough talking"? Sumber : http://idioms.thefreedictionary.com/talk+tough Terima kasih. | Salam Satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "tough talking"? Sumber : http://idioms.thefreedictionary.com/talk+tough Terima kasih. Mohon puan memberikan konteks penggunaan frasa 'tough talking' seperti yang dikehendaki. Ini kerana tidak ada terjemahan langsung bagi frasa tersebut, di samping 'perkataan 'tough' membawa 5 maksud lateral mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan. Maksud 1: kuat, keras, tahan lasak; maksud 2: tahan lasak; maksud 3:ganas (manusia); maksud 4: tegas (manusia); dan maksud 5: susah, sukar.
| Makna | 27.09.2013 |