Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam sejahtera, * Semakan Istilah: Apakah istilah yang tepat untuk merujuk kepada tempat pegang, iaitu tempat untuk bergayut dalam kereta? * Apakah: galang tangan / sangkut tangan? * Contoh: Tangannya memegang kuat pada galang tangan sewaktu kereta itu membelok laju. Terima kasih. | Yang sesuai digunakan ialah galang tangan. | Lain-lain | 21.04.2009 |
Apakah perbezaan rasuk, alang dan galang (untuk rumah)? Apakah istilah 'support beam' dalam bahasa? | Menurut Kamus Seni Bina terbitan DBP tahun 2016, huraian yang berikut diberikan untuk rasuk, alang dan galang: i. Rasuk = Struktur bangunan yang lazimnya berkedudukan mengufuk yang merentangi di antara tiang, berperanan untuk menanggung beban khususnya daripada lantai. Rasuk juga boleh dipasang pada bahagian lain seperti dinding dan bumbung. ii. Alang = Elemen struktur bangunan yang lazimnya berkedudukan mengufuk yang merentangi di antara tiang, berfungsi untuk menanggung beban khususnya daripada bumbung. iii. Galang = Struktur melintang di antara tiang yang berfungsi untuk menyokong beban yang berat bagi sesuatu binaan yang mempunyai rentangan panjang. Galang terletak di bawah rasuk dan turut berfungsi untuk mengukuhkan struktur tiang. Untuk makluman, berdasarkan rekod kami, belum ada Istilah dalam bahasa Melayu untuk support beam. Namun kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk support beam ialah rasuk sokongan. | Istilah | 01.05.2017 |
1.Apakah maksud perkataan menggalang ? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menggalang bermaksud diberi galang (landasan, ganjal, dll), menyokong, menunjang: Contoh ayat, menggalang kepala dgn bantal; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): Contoh ayat, menyumbangkan tenaga dan fikiran utk menggalang parti sendiri; 3. menghalang: Contoh ayat, barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 04.03.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata galang |
|
|