Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ingin tahu penggunaan kata "MEMBERI" dan MEMBERIKAN" 1. Ibu memberikan wang kepada adik. ATAU Ibu memberi wang kepada adik 2. Peristiwa itu memberi pengajaran. ATAU Peristiwa itu memberi pengajaran. 3. Guru memberi galakan. ATAU Guru memberikan galakan. 4. Guru Besar memberi ucapan. ATAU Guru Besar memberikan ucapan. | Kata 'memberi' diikuti dengan kata nama objek bernyawa, seperti : Ali memberi adiknya sebatang pen. Manakala 'memberikan' diikuti kata nama objek tidak bernyawa, seperti : Ibu memberikan nasihat kepada anaknya. Dalam contoh ayat yang dikemukakan, yang betul ialah (1), (3b) Guru memberikan galakan, (4b) Guru Besar memberikan ucapan. | Tatabahasa | 15.07.2010 |
Apakah pandangan dan cadangan DBP terhadap penggunaan Bahasa Melayu di dalam Filem?Apakah yang DBP boleh lakukan? | DBP memberi pengiktirafan kepada penerbit filem tanah air menerusi Hadiah Galakan Filem Melayu, Anugerah Citra Wangsa Malaysia yang telah dianjurkan sejak 15 tahun yang lalu. Hadiah galakan ini antara lain bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dalam filem. | Lain-lain | 05.03.2007 |
1. Incentive Award Certificates 2. threats and vulnerabilities 3. stops cargo theft in its tracks | i. Anugerah hadiah galakan. ii. Ancaman dan mudah diserang. iii. Menghalang kecurian kargo semasa penghantaran | Ejaan | 09.08.2006 |
Mohon pengesahan ejaan dan penggunaan istilah Bacathon adalah silap dan perlu menggunakan ejaan : BACATON yang merujuk kepada acara dan aktiviti galakan membaca dan mempromosi karya ( persuratan ) Istilah ini tiada dalam Kamus Dewan maka saya mencadangkan pihak DBP membantu saya mengesahkan istilah tersebut dan mempromosi penggunaannya sempena Program Jelajah Buku Aspirasi Pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 | Untuk makluman tuan, perkataan bacathon atau bacaton tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun merujuk sumber yang ada kita telah menerima perkataan walkaton yang disesuaikan ejaannya daripada perkataan walkathon, maka perkataan bacathon pun sepatutnya dieja sebagai bacaton dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 02.04.2013 |
maksud perkataan INSENTIF dan GANJARAN | Insentif bermaksud sesuatu (yang berupa kebendaan atau tidak) yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan, manakala ganjaran bermaksud hadiah untuk perbuatan baik dan balasan bagi perbuatan jahat. | Makna | 26.09.2012 |
apakah sumbangan yang dihulurkan oleh dbp untuk perkembangan BM sejak ditubuhkan? | Pelbagai kegiatan dilaksanakan oleh DBP melalui program pembinaan dan pengembangan bahasa . Antaranya Pertandingan Forum, Peraduan Esei, Anugerah dan Hadiah Galakan untuk sektor swasta, Pertandingan pidato, Baca Puisi, Pertandingan Pantun dsb. Dalam bidang penerbitan pula buku dalam pelbagai bidang,kamus, kamus istilah, daftar dan glosari istilah dsb. diterbitkan.Selain itu, DBP menganggotai pelbagai jawatankuasa di peringkat kebangsaan,negeri, kementerian dan agensi awam dan swasta untuk memberikan khidmat nasihat dan kepakaran dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. | Lain-lain | 18.04.2009 |
Saya masih lagi keliru, perkataan galakkan tidak disenaraikan di dalam Kamus Dewan Edisi Empat.Adakah Kamus Dewan itu tidak lengkap dan boleh dipertikaikan penggunaannya.Terdapat juga pandangan yang mengatakan " galakkan" hanya boleh digunakan dalam cakap ajuk sahaja.Tolong beri penerangan lanjut saya keliru. | Ejaan yang betul ialah galakan, kata terbitan galakkan tidak ada kecuali menggalakkan. Tidak ada panduan yang mengatakan kata galakkan boleh digunakan dalam cakap ajuk. | Ejaan | 22.09.2008 |
apakah tugas DBP dalam perkembangan bahasa Melayu dan bagaimana langkah-langkah yang diambil agar ia diterioma sebagai bahasa peeantaraan(national language/official language)? | Antara tugas DBP adalah untuk membina dan memperkembang bahasa Melayu. Dalam hal ini DBP telah banyak melaksanakan pelbagai kegiatan seperti seminar,forum,diskusi, pertandingan dan hadiah galakan untuk memupuk rasa cinta kepada bahasa Melayu dan memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang penggunaan bahasa yang betul dan bermutu tinggi. | Lain-lain | 29.03.2008 |
soalan 1) pengejaan dan penulisan kata-kata yang berakhir dengan 'i', 'an' dan '-kan', serta kesalahan yang dilakukan. soalan2) apakah perbezaan antara ayat yang menggunakan tanda seru berikut: i- tolong!tolong!tolong! ii- amboi, garangnya! adakah tanda seru hanya diletakkan di hujung ayat? | 1. Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-i : menduduki; menjejaki. Pengejaan perkataan yang menerima akhiran -an: galakan; patukan;(membentuk kata nama). Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-kan: mengalakkan; mendudukkan ; meletakkan. 2. Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! Oleh itu ayat (i) tidak betul kerana tanda seru hanya diletakkan di akhir ayat. | Ejaan | 18.06.2008 |
Salam sejahtera, tuan, Merujuk kepada buku teks Bahasa Melayu Tahun 3 (SJK) (terbitan DBP tahun 2004) halaman 33 yang mengandungi aktiviti menyusun semula ayat-ayat yang berikut mengikut susunan yang betul, 1. Jurulatih banyak memberikan tunjuk ajar kepada Ying Xi. 2. Ying Xi amat meminati acara sukan gimnastik. 3. Ibu bapa Ying Xi yakin bahawa suatu hari kelak anak mereka akan mewakili negara. 4. Dia belajar gimnastik sejak tahun satu. 5. Mereka sentiasa memberikan galakan kepada Ying Xi supaya rajin berlatih. 6. Jurulatihnya itu seorang bekas gimnas negara. 7. Bakat Ying Xi semakin menyerlah dan meningkat maju. Guru BM memberikan jawapan - 2, 4, 3, 5, 6, 1, 7. manakala guru BM lain memberikan jawapan - 2, 4, 6, 1, 7, 3, 5. Jadi, apakah jawapan yang tepat, tuan? Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Pihak puan/tuan perlu merujuk guru yang berkenaan bagi memperoleh jawapan yang tepat. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.03.2012 |