1.Bagaimanakah membetulkan ayat berikut: a. Sementara menunggu umpannya (diragut) ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak (menyelewengkan) fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu. 2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulnya di dalam hutan. Adakah dikumpul salah dan digantikan dengan dikumpulkan ? 3. semangat patriolisme Adakah perkataan semangat leweh dalam frasa di atas? 4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. Adakah ayat di atas salah? Terima kasih ! | Ayat yang telah diperbetul 1- a. Sementara menunggu umpannya dimakan ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak memainkan fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu. 2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulkannya di dalam hutan. 3. lewah - patriotisme sahaja telah memadai 4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. - betul | Tatabahasa | 26.09.2009 |
Selamat Pagi.. Saya ingin bertanyakan pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. MENYEDIAKAN. me/nye/di/a/kan ATAU men/ye/dia/kan? 2. PAKAIAN. pa/ka/i/an ATAU pa/ka/i/an? 3. JANGAN. jan/gan ATAU ja/ngan? 4. MENDENGAR. men/den/gar ATAU men/de/ngar? 5. TENGAH. te/ngah ATAU ten/gah? 6. MENYEPAK. me/nye/pak ATAU men/ye/pak? 7. DENGAR. den/gar ATAU de/ngar? 8. MENGAMBIL. men/gam/bil ATAU me/ngam/bil? 9. MENYIMPAN. men/yim/pan ATAU me/nyim/pan? 10. PERMAINAN. per/ma/i/nan ATAU per/ma/in/an? 11. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 12. MEMPUNYAI. mem/pun/ya/i ATAU mem/pun/yai? 13. MENYENTUH. men/yen/tuh ATAU me/nyen/tuh? 14.MENANGIS. me/nan/gis ATAU me/na/ngis? Sekian, terima kasih. | Suku kata yang betul bagi perkataan-perkataan berikut ialah: 1. me/nye/dia/kan 2.pa/kaian 3.ja/ngan 4. men/de/ngar 5. te/ngah 6. me/nye/pak 7. de/ngar 8. me/ngam/bil 9. me/nyim/pan 10. per/mai/nan 11.de/ngan 12. mem/pu/nya/i 13. me/nyen/tuh 14. me/na/ngis
Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rum-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk mendapat keterangan lanjut. | Tatabahasa | 28.04.2010 |
Tuan/Puan yang dihormati, Syarikat kami telah memiliki sebuah kapal FPSO yg terbesar di rantau Asia yang bernama "ARMADA PERKASA". Pihak syarikat kami bercadang membina sebuah lagi kapal FPSO atas permintaan yang baik di rantau Asia untuk perkhidmatan itu. Pihak syarikat ingin menamakan kapal yang memiliki ciri-ciri berikut: 1) Di dahulukan dengan Armada 2) Nama dalam Bahasa Melayu 3) Sejajar dengan nama Perkasa, bermula dengan huruf P 4) Perkasa bermaksud gagah berani dan nama baru hendaklah bercirikan sepertimana nama tersebut supaya senang diingat, dikenali dan bakal mencipta nama di arena/persada marin baik di rantau Asia mahupun bakal gah di dunia. Jasa baik tuan/puan teramat kami hargai. Sekian. Terima kasih | Cadangan : 'Armada Buana'. Buana bermaksud dunia, jagat, bumi. Atau 'Armada Betara Kala'. Nama pahlawan agung mitos Sannskrit. | Lain-lain | 26.02.2008 |