Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam sejahtera. Minta tanya terdapat beberapa jenis ayat majmuk gabungan dalam tatabahasa dewan? Adakah pembahagian bersifat subjek , objek atau predikat? ataupun melihat kepada sifat elemen gabungan dalam ayat? | Ayat majmuk dibahagikan mengikut sifat atau ciri-ciri ayat itu. Ayat majmuk gabungan terdiri daripada dua ayat atau lebih yang bersifat sama taraf, manakala ayat majmuk pancangan terdiri daripada satu ayat utama/ayat induk dan satu atau lebih ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 498 - 522. | Tatabahasa | 08.04.2013 |
Bagaimanakah perkataan gabungan seperti berikut ditulis? 1) menyalah gambarkan 2) menyalah sampaikan 3) menyalah gunakan Sebagai 2 perkataan atau dengan sengkang atau digabungkan? | Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Oleh itu, ejaan yang betul ialah menyalahgambarkan, menyalahsampaikan dan menyalahgunakan. | Ejaan | 29.07.2011 |
1.Tahap 3 memperkenal huruf-huruf dan bunyi suku kata melalui gabungan konsonan dan vokal. 2.Tahap 3 memperkenalkan huruf-huruf dan bunyi suku kata melalui gabungan konsonan dan vokal. Soalan saya; Yang mana satukah penggunaan yang betul? :memperkenal/memperkenalkan | Ayat yang betul ialah Tahap 3 memperkenalkan huruf-huruf dan bunyi suku kata melalui gabungan konsonan dan vokal. | Lain-lain | 24.05.2010 |
Ibu belum ke kedai lagi. ayat tersebut ialah gabungan frasa nama dan frasa sendi nama atau frasa kerja? terima kasih. | Ibu belum ke kedai lagi. Ayat ini ialah gabungan frasa nama dan frasa sendi nama. | Tatabahasa | 11.11.2013 |
Adakah syarikat gabungan terjemahan yang betul untuk Affiliated Company? Rakan sekerja saya berpendapat bahawa syarikat tergabung adalah terjemahan yang betul. Salam Sejahtera. | Saudara, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah syarikat gabungan. | Istilah | 17.12.2010 |
Soalan saya, mengapa akronim FELDA, FELCRA dan MADA diterima sebagai akronim bahasa Melayu sedangkan perkataan tersebut merupakan gabungan perkataan bahasa Inggeris? soalan kedua, MADA merupakan akronim bagi Muda Agricultural Development Authority (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda). Bagaimana gabungan perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ini boleh diterima sebagai satu nama perbadanan dan sebagai akronim oleh DBP? | Akronim wujud dalam banyak bahasa termasuklah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Untuk makluman saudara, tidak ada badan yang berwenang dalam negara ini boleh memberikan pengiktirafan dalam penjenamaan sesebuah jabatan/agensi kerajaan. Namun dalam disiplin ilmu bahasa buku Tatabahasa Dewan menetapkan kaedah pembentukan akronim yang betul dalam bahasa Melayu. Jika saudara hendak mengambil contoh pembentukan akronim yang betul ambillah contoh ADUN, Perhilitan dan Bernama. | Tatabahasa | 06.03.2013 |
apa itu konsonan rangkap | Konsonan rangkap ialah gabungan huruf konsonan yang masing-masing melambangkan satu bunyi konsonan. Terdapat lima jenis huruf gabungan, iaitu gh,kh,ng dan sy. | Tatabahasa | 01.06.2011 |
Salam, saya ingin tahu..sebenarnya, perkataan 'kemudian' berperanan sebagai kata hubung ataupun sebagai penanda wacana?Hal ini adalah kerana perkataan 'kemudian' tersenarai dalam kata hubung gabungan dalam tatabahasa dewan sedangkan setelah sekian lama penulis (kebanyakannya guru sekolah) mengelaskan perkataan tersebut dalam penanda wacana. Sekian, terima kasih. | Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. "Kemudian" antara contoh kata hubung gabungan. Penanda wacana digunakan untuk meweujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran. 'Kemudian' antara contoh penanda wacana penghubung jenis tempoh iaitu penanda penghubung yang menunjukkan murutan masa atau siri berlakunya sesuatu. | Tatabahasa | 16.01.2013 |
Definasi tatabahasa? Definasi ayat? Apakah binaan ayat? Apakah ayat majmuk? Ertinya -gabungan? pancangan? keterangan? | 1. Definasi tatabahasa - Tatabahasa merupakan peraturan atau sistem sesuatu bahasa, iaitu cara sesuatu bahasa itu digunakan sama ada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. 2. Definasi ayat? - Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 432. 3. Apakah binaan ayat tunggal? - Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan, dan predikat ialah ayat yang menerangkan subjek. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 463. 4. Apakah ayat majmuk? - Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497. 5. Ayat majmuk gabungan? - Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 498. 6. Ayat majmuk pancangan? - Ada ayat majmuk terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat itu tidak sama. Dalam ayat majmuk gabungan terdapat dua ayat atau lebih yang bersifat sama taraf, yakni masing-masing dapat berdiri sendiri. Sebaliknya, dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk.Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 504. 7. Ayat majmuk keterangan? - Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 514. | Tatabahasa | 28.05.2008 |
Kumpulan perkataan manakah yang terbina daripada gabungan morfem bebas dan morfem terikat? A tempurung, kayu, kampung B cantik, gelanggang, maharaja C jurutera, berdampingan, contohi D juruterbang, kelupas, dijaringkan Pohon beri alasan untuk setiap pilihan jawapan. Terima kasih. | Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan -an dalam lautan ialah morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar. Berdasarkan takrifan tersebut, A dan B merupakan morfem bebas manakala C dan D gabungan morfem bebas dan morfem terikat. | Tatabahasa | 17.10.2013 |