Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam. Saya memerlukan penerangan mengenai bahasa dan format teks taklimat yang dibuat untuk majlis formal dan kombinasi atau tidak formal. Apa yang saya paham, penyediaan teks taklimat bergantung kepada taraf para khalayak yang hadir untuk sesebuah majlis. Tetapi tidak banyak rujukan yang menerangkan perbezaan format dan bahasa yang digunakan untuk teks taklimat sesuatu majlis formal dan tidak formal. Sekian . Terima kasih. | Bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Panduan Pengucapan Awam karya Dr. Zamri @ Muati, Pidato Berpidato, karya Rahmat Ismail atau buku-buku panduan pengucapan awam yang lain atau melayari laman sesawang DBP, klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan boleh mendapatkan tajuk-tajuk buku berkaitan perkara ini melalui carian pada Katalog Awam tersebut. | Lain-lain | 26.07.2007 |
Salam sejahtera masitah, Soalan : Berkenaan penggunaan partikel "-lah", adakah penggunaannya wujud untuk penulisan formal? Atau penggunaannya lebih hanya untuk penulisan tidak formal. Terima kasih. Jawapan : Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya.Penggunaan partikel lah wujud dalam penulisan formal. Contoh; Makanlah kuih itu. Janganlah kamu berasa segan. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam jawapan di atas, contoh yang diberikan merujuk kepada perbualan. Contoh lain yang dapat saya fikirkan ialah seperti berikut: -Tidurlah wahai anakku -Belilah perisian yang original -Sayulah hatinya mengenangkan nasib yang menimpa keluarganya. -Marilah pergi mengundi -Terimalah hadiah ini Adakah perbualan dan penulisan kreatif dianggap penulisan formal. Pada pemahaman saya, penulisan formal seperti menulis surat rasmi atau laporan. Harap dapat maklum balas dengan kadar segera. | Penulisan formal seperti surat rasmi dan laporan juga terdapat penggunaan partikel lah. Misalnya perkataan "hendaklah" yang lazim digunakan dalam surat rasmi mahupun pekeliling rasmi. | Tatabahasa | 15.01.2013 |
Berkenaan penggunaan partikel "-lah", adakah penggunaannya wujud untuk penulisan formal? Atau penggunaannya lebih hanya untuk penulisan tidak formal. Terima kasih. | Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya.Penggunaan partikel lah wujud dalam penulisan formal. Contoh; Makanlah kuih itu. Janganlah kamu berasa segan. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
apakah yang dimaksudkan dengan keseragaman bahasa? dan adakah keseragaman bahasa membawa maksud yang sama dengan ragam bahasa? | Ragam bahasa bermaksud kepelbagaian penggunaan bahasa menurut konteks. Terdapat dua jenis ragam bahasa, iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Keseragaman bahasa berkaitan dgn standard bahasa yang digunakan. Bahasa baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa, menurut ahli linguistik Einar Haugen. Ia dikatakan sebagai "loghat yang paling betul" bagi sesuatu bahasa. | Tatabahasa | 26.09.2007 |
saya, pelajar asing yang mengambil kelas Bahasa Melayu 1, untuk keperluan akademik. soalan saya : bagaimanakah kita dapat menulis bahasa melayu dengan betul, dalam penulisan laporan, thesis dan sebagainya. kedua pembentangan kertas kerja menggunakan bahasa melayu formal atau tak formal? misalnya: saya atau saye ( dalam pengucapan ). terima kasih | Misinem terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Untuk soalan pertama Sdr. sepatutnya lebih banyak membuat rujukan daripada hasil tulisan pakar dalam bidang bahasa/. Buku rujukan mengenai bahasa dan penulisan memang banyak terdapat di kedai-kedai buku. Bagi soalan kedua sama ada saya atau saye bukanlah menjadi suatu masalah yang besar. Sekira Sdr. lebih selesa menggunakan sebutan baku maka sudah tentulah bunyi saya, akan tetapi jika hendaka bercakap mengikut gaya sebutan rakyat tempatan - tujuan perbualan , boleh sahaja kita sebut saye. Terima kasih | Lain-lain | 15.10.2009 |
apakah tatabahasa struktural? | Terdapat dua pengertian utama: Pada satu segi istilah ini bermaksud pendekatan analisis bahasa yang memberikan perhatian yang eksplisit kepada kepada pelbagai unsur bahasa sebagai struktur dan system ( Harimurti 1982 ). Dari segi yang lain pula istilah struktural dikatkan dengan pendekatan-pendekatan yang berkembang pesat di Eropah dan Amerika Syarikat., masing- masing dikenali dengan ciri-cir tersendiri. Dua aliran yang terkemuka ialah aliran Prague di Eropah dan aliran Deskritif di Amerika. Tatabahasa struktur Tatabahasa sturtur juga disebut tb. Formal, tetapi pengertian tb formal itu di masa yang terakhir-akhir ini telah dipecahkan kepada dua iaitu tb formal struktur dan tb formal tranformasi generatif mengimbangi bentuk dan makna. | Tatabahasa | 27.07.2006 |
Salam sejahtera. Terima kasih atas penjelasan terdahulu. Saya rujuk:'menyarankan' adalah kata kerja yang bermaksud mengemukakan sesuatu pendapat; memberi saran; atau memberi usul. Bagaimana dengan 'sarankan'? Penggunaannya dalam laman web atau bahasa sehari-hari dilihat sbg kata kerja. Adakah 'sarankan' kependekkan tidak formal untuk kata kerja 'menyarankan' (lebih formal)? Adakah 'sarankan' sebenarnya 'menyarankan' dan hanya sesuai digunakan dalam bahasa perbualan dan situasi2 tidak formal? Maklumat untuk 'sarankan' tidak terdapat dalam Kamus Dewan. Terima kasih. | Sdr. Jeanet, Maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk memberikan jawapan kerana saya terpaksa merujuk beberapa buah kamus sebelum saya menjawab soalan ini. Memang tidak terdapat perkataan sarankan dalam kamus dan saya bersetuju sarankan ada ketikanya digunakan bagi maksud menyarankan. | Tatabahasa | 26.04.2010 |
Saya ingin tahu adakah sebarang kesalahan dalam ayat di bawah? "Anda nak samakan perkataan akar, 'tengok' dan 'kejar' saya, yang ditulis secara tidak formal tanpa imbuhan dengan kesilapan anda mengeja 'taniah' dan menambah imbuhan tidak wujud seperti 'berasuah'." | Tuan, 1. Adakah sdr meminta kami menyemak ayat sdr ini yang menggunakan ayat jenis dailog (penulisan kreatif)? Anda nak samakan perkataan akar, 'tengok' dan 'kejar' saya.,yang ditulis secara tidak formal tanpa imbuhan dengan kesilapan anda mengeja 'taniah' dan menambah imbuhan tidak wujud seperti 'berasuah'."Mohon sdr memperincikan soalan ini. 2. Ejaan yang tepat ialah tahniah. 3. Kata terbitan untuk kata "rasuah" seperti perasuah dan merasuahi. | Lain-lain | 09.04.2009 |
Bolehkah frasa "tidak dapat tidak" digunakan dalam bahasa Melayu formal? Atau kita boleh menggantikan frasa ini dengan "pasti akan"? | Perkataan tersebut boleh digunakan dalam bahasa Melayu tetapi perkataan "harus" lebih gramatis kerana harus bersinonim dengan perkataan tidak dapat tidak. | Tatabahasa | 04.10.2012 |
bagaimana caranya untuk mengenalpasti kesalahan tatabahasa dalam penulisan yang formal. | Saudara, Untuk tujuan tersebut saudara perlu mengetahui dan mahir tentang rumus-rumus tatabhasa baku untuk membolehkan saudara mengenali kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam penulisan tersebut. | Lain-lain | 17.09.2009 |