Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam. Bolehkah saya tahu padanan yang sesuai bagi istilah flat-packed building. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, istilah "flat-packed building" tiada dalam data rujukan kami. Walau bagaimanapun, padanan yang paling hampir dan sesuai dengan konsep istilah "flat-packed building" ialah binaan pasang siap. | Istilah | 04.11.2013 |
contoh ayat : suatu pameran dan ceramah antidadah telah _____ oleh Persatuan Penduduk Flat Damai. Mana satu jawapan yang betul : (a)diadakan (b) dianjurkan Apakah perbezaannya? | Suatu pameran dan ceramah antidadah telah ____dianjurkan_ oleh Persatuan Penduduk Flat Damai. Perkatan yang lebih tepat ialah dianjurkan. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih gramatis ialah " Suatu pameran dan ceramah antidadah telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Flat Damai dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan. Diadakan bermaksud dijadikan ada manakala dianjurkan bermaksud mengemukakan sesuatu.
| Tatabahasa | 31.05.2013 |
KESAN KEKASARAN PERMUKAAN KE ATAS LAPISAN SEMPADAN PADA PLAT RATA. SOALAN SAYA : Adakah perkataan ke atas itu perlu dijarakkan atau tidak dan ejaan "plat rata" dari perkataan inggeris " Flat plate". Terima kasih. | Ayat yang betul - Kesan kekasaran permukaan pada lapisan sempadan plat rata. Padanan flat plate dalam bahasa Melayu ialah plat rata. | Tatabahasa | 15.06.2009 |
Saya ingin bertanya beberapa istilah Indonesia. Saya menerima surat yang datang dari Indonesia, tapi saya kurang faham mengenai maksudnya. Contohnya, Hunian, Rumah Susun, cp. | 1. Hunian bermaksud tempat yang dihuni /tempat tinggal/ kediaman 2. Rumah Susun bermaksud rumah atau bangunan bertingkat yang terbahagi kepada beberapa tempat tinggal (masing-masing untuk satu keluarga) / flat | Makna | 28.05.2008 |
Apakah perbezaan maksud bagi istilah 'rumah pangsa' (flats), 'pangsapuri' (apartment), dan 'kondominium'? | 1.kondominium - bangunan pangsapuri yang setiap pangsapurinya dimiliki secara perseorangan dan bahagian-bahagian tertentu dimiliki bersama. (selalu dikaitkan dengan kos mewah) 2.pangsapuri - rumah pangsa moden yang lazimnya besar dan luas, dengan disediakan beberapa kelengkapan dan kemudahan. (selalu dikaitkan dengan kos sederhana) 3.flat - sama konsep dengan rumah pangsa tetapi dalam kos yang rendah.(selalu dikaitkan dengan kos rendah) | Tatabahasa | 30.07.2007 |
Saya menghadapi masalah dengan terjemahan WALK -IN SHOWER. Adakah menggunakan BILIK MANDI PANCURAN LUAR terjemahan yang tepat atau PANCURAN KHAS ? Saya percaya Pancuran Khas adalah lebih tepat, minta bantuan pihak Tuan merujuk ayat-ayat di bawah: 1. Complete with double King size bed, walk-in shower and separate bath as well as those all important extra Mal ingredients. 2. Every suite at Hotel Skyler in Syracuse has a private bedroom, safe, iron/ironing board, iHome clock radio, walk-in shower, flat-panel TV, HDTV, and free high-speed wired and wireless internet. All suites also have a refrigerator and desk, and all are smoke-free. 3. If you want to build a custom walk-in shower with curved walls, for example, you will use a custom-floated concrete shower pan. Terima kasih. | Untuk makluman puan, dalam data kami tiada padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi perkataan "Walk In Shower". Berdasarkan carian kami, perkataan "walk in shower" boleh diterjemahkan kepada "pancuran mudah alih". | Istilah | 17.10.2013 |
Nama saya Arena Che Kasim, pensyarah di UKM dan sekarang sedang bercuti belajar di Wales, UK selama 3 tahun bermula Januari 2008. Saya ingin bertanya tentang cek untuk bayaran royalti buku yang telah dikeluarkan telah tamat tempoh sah lakunya dan bagaimana saya boleh dapatkan balik bayaran tersebut (ini kerana semasa cek tersebut tiba di pejabat saya telah pun berada di UK). Detail maklumat bayaran: Voucher No: 0001171/08 Cheque No: 159691 Tarikh: 24/01/2008 Jumlah: RM107.36 Mohon sekiranya dapat dikeluarkan cek baru dan dihantar ke alamat berikut: Arena Che Kasim No.15, Jalan 3/71 Damai Impian Seksyen 3 43650 Bandar Baru Bangi Selangor. atau Arena Che Kasim Ground Floor Flat Timberdene 13 Station Terrace Lampeter Ceredigion SA48 7HH UK Terima kasih. | Untuk makluman tuan, Bahagian Hak Cipta DBP telah pun mengambil tindakan dengan menghantar memo ke Bahagian Kewangan DBP untuk mengeluarkan cek yang baru sepertimana yang tuan kehendaki. Terima kasih. Nor Hashimah Ali Ketua Bahagian Hak Cipta Dewan Bahasa dan Pustaka | Lain-lain | 29.05.2008 |