Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam, saya ingin bertanya tentang maksud 'fungsi fizikal' yang terdapat dalam ayat berikut: Kemurungan bukan sahaja akan mengganggu kesihatan emosi dan mental, malahan fungsi fizikal dan interaksi sosial pesakit turut terganggu. Terima kasih. | Kamus Dewan menakrifkan fizikal sebagai badan, fungsi badan secara amnya. Walau bagaimanapun, penulis lebih memahami maksud sebenar yang hendak disampaikan, selagi tidak tersasar daripada maksudnya yang sebenar. | Makna | 04.12.2015 |
(Orang ramai di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani.) ATAU (Ramai orang di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani.) Antara yang manakah betul dan mengapa jawapan tersebut betul? | Orang ramai sama maksudnya dengan masyarakat atau orang awam. Ramai orang merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang. Merujuk ayat saudara, ayat pertama adalah betul, iaitu Orang ramai (masyarakat) di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani. Ayat kedua kurang tepat kecuali jika ditukarkan menjadi, Banyak orang (bukan ramai orang) di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani. | Tatabahasa | 17.01.2011 |
Projek itu hendaklah (sesuai/bersesuaian) dengan keupayaan fizikal.Jawapan mana satu yang betul? | Jawapan yang betul ialah Projek itu hendaklah sesuai dengan keupayaan fizikal. | Tatabahasa | 27.01.2012 |
Salam tuan di talian. Soalan saya ialah adakah istilah selain bergaduh/ bertengkar untuk menunjukkan pergaduhan secara fizikal dalam bahasa melayu? Soalan saya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu, fight yang bermaksud pergaduhan yang melibatkan fizikal. Terima kasih. | Menurut takrifan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Fight ditakrifkan sebagai ; vt 1. do battle with, bertempur dengan: America fought Japan for three years, Amerika bertempur dengan Jepun selama tiga tahun; 2. contend with in physical combat, berlawan: my father fought the burglar with his bare hands, bapa saya berlawan dengan pencuri itu dengan tangan saja; 3. oppose, menentang: the senator fought the bill with determination, senator itu menentang rang undang-undang tersebut dengan penuh keazaman; we are going to ~ the action, kami akan menentang tindakan itu; 4. strive to overcome; a. (disease, social evil) berusaha /menghapuskan, membasmi/, (berusaha) membanteras; b. (fire) melawan; c. (fear, pain) melawan; 5. (in boxing) berlawan (tinju) dgn: he fought the champion until the third round, dia berlawan dengan jaguh itu sehingga pusingan ketiga;. Berdasarkan takrifan tersebut, berlawan dan bertempur boleh digunakan selain bertengkar dan bergaduh. | Tatabahasa | 23.04.2013 |
Jika dua ayat yang sama pada akhir ayat, contoh: teknologi maklumat dan sains maklumat, perlukah ditulis seperti contoh yang diberikan atau diringkaskan kepada teknologi dan sains maklumat. Atau dua ayat yang sama pada awal ayat, contoh: kekangan fizikal dan kekangan keutamaan. Ditulis seperti contoh yang diberikan atau diringkaskan kepada kekangan fizikal dan keutamaan. Terima kasih. | Salam sejahtera, Kekalkan kepada teknologi maklumat dan sains maklumat kerana dua bidang yang berbeza. Jadikan kepada kekangan fizikal dan keutamaan kerana menceritakan perkara yang sama (kekangan) pada dua perkara berbeza (fizikal dan keutamaan). Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 10.03.2019 |
Assalammualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan 2 ayat di bawah ini. Soalan: Adakah kedua ayat tersebuat ayat tunggal atau ayat majmuk? 1. Aktiviti fizikal ini dilakukan untuk pelbagai tujuan. 2. Semua jenis sukan yang dipertandingkan mempunyai peraturan. Sekian, terima kasih. | Ayat "Aktiviti fizikal ini dilakukan untuk pelbagai tujuan." merupakan ayat tunggal manakala ayat "Semua jenis sukan yang dipertandingkan mempunyai peraturan." merupakan ayat majmuk. | Tatabahasa | 16.05.2013 |
Apakah terjemahan yang terbaik untuk ' Substance Requirements' ? (Ekonomi) Ini bukan bahan. Ia merujuk kepada keperluan fizikal ekonomi di Labuan Contoh ayat: The substance regulation was gazetted on 31 December 2018 and took effect on 1 January 2019. With the amendments made to Labuan legislations, FHTP has concluded that Labuan IBFC is in compliance with the FHTPs standards and not harmful. | Tiada istilah khusus untuk "Substance Requirements" namun "Substance Requirements" bermaksud keperluan fizikal ekonomi. | Istilah | 27.08.2019 |
Salam Penggunaan 'di' untuk tempat fizikal dan abstrak. Saya musykil untuk menggunakannya pada ayat yang berikut: Unit itu berada di bawah Kementerian/bawah kementerian. Terima kasih atas jawapan. | Salam, Untuk makluman, kata sendi "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Akan tetapi, tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Sehubungan dengan itu, ayat yang tepat "Unit itu berada di bawah Kementerian XXX." | Tatabahasa | 05.01.2017 |
Apakah padanan yang sesuai bagi "coastal hazard"? Ia bermaksud fenomena fizikal yang mempunyai risiko untuk menyebabkan kerosakan, kehilangan nyawa dsb. Adakah "ancaman pantai" padanan yang baik? Terima kasih. | “Ancaman pantai” boleh diterima sebagai padanan bahasa Melayu untuk coastal hazard. | Istilah | 13.12.2018 |
Cikgu, jika perkataan "keluarga" ialah objek abstrak yang tidak mempunyai bentuk fizikal yang jelas, mengapakah kita menggunakan frasa "kasih sayang terhadap keluarga" dan bukan "kasih sayang tentang keluarga"? | Kata sendi nama terhadap digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan sama ada manusia, haiwan atau benda, dan keluarga ialah manusia. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 281. | Tatabahasa | 13.05.2014 |