Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Dalam kamus DBP "faham" dan "fikir" dimasukkan sebagai entri di bawah "faham: fikir". tetapi apabila mendapat imbuhan "faham" menjadi "memahami" dan "fikir" menjadi "memikirkan" seolah-olah daripada kata "paham" dan "pikir". Mengapakah /f/ itu tidak digantikan dengan /p/ sahaja? Mengapakah ini dijadikan satu kekecualian sedang kedua-dua kata sudah mantap dalam bahasa Melayu? | Rumus tatabahasa, kata dasar yang bermula dengan huruf f akan megalami pengguguran huruf pertama (f) dan digantikan dengan huruf m apabila menerima apitan me-...-i, me-...-kan, me-...-an. Hal kekecualian juga ditetapkan oleh penyusun buku tatabahasa kerana penggunaan yang sedia ada telah diterima dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
Salam sejahtera, Saya ingin tahu perbezaan perkataan 'fikir' dan 'berfikir' dan penggunaan kedua-duanya sebagai kata kerja. Boleh tolong beri contoh ayat? Terima kasih. | Untuk makluman, fikir merupakan kata nama yang bermaksud: 1. Akal: renungan, tanggapan, pendapat, anggapan, ingatan, menungan, tafakur dan angan-angan. Contoh: “Fikir itu pelita hati.” dan “Tidak habis fikir.” 2. Anggapan, pendapat, sangka, kira. Contoh: “Dia fikir bahawa wang itu lebih berharga daripada nyawanya." Manakala, berfikir merupakan kata kerja yang bermaksud memerah otak, menggunakan akal, bermenung, mempertimbangkan, beranggapan, bercadang, berasa dan mengingat. Contoh: “Dia berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk bekerja di Singapura.”
| Tatabahasa | 26.11.2019 |
adakah kedua-dua ayat di bawah membawa maksud yang sama atau sebaliknya 1) saya fikir saya tidak boleh lakukan 2) saya tidak fikir saya boleh lakukan ayat asal dalam bahasa inggeris iaitu: I don't think I can do | Ayat mengikut struktur bahasa Melayu yang betul adalah seperti yang berikut: - Saya fikir saya tidak boleh melakukan
- Saya tidak fikir yang saya boleh melakukan
Namun begitu, lazimnya lebih bersahaja dalam bahasa Melayu untuk menggunakan perkataan “rasa”. - Saya rasa saya tidak boleh melakukan
- Saya tidak rasa yang saya boleh melakukan
Sekian. Terima kasih. | Tatabahasa | 04.10.2017 |
Seperti yang diterangkan melalui Khidmat Nasihat, singkatan bagi kata ganti diri aku dan kamu, iaitu ku and mu, tidak boleh di pisahkan dengan perkataan yang ada sebelum atau sesudahnya. Bagaimana pula dengan contoh berikut: "tidak ku fikir" atau "tidakku fikir". Adakah terdapat situasi dimana ianya boleh dipisahkan? Terima kasih! | Kata ganti nama diri singkat ku dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain. Jadi perkataan yang betul ialah "tidakku fikir". | Tatabahasa | 29.04.2020 |
Tuan, antara "pohon" dengan "mohon"; "pinta" dengan "minta"; "pikir" dengan "fikir"; "paham" dengan "faham", yang manakah bentuk baku? Minta tuan tinjau WordPad saya kajian tentang masalah ini dan anjurkanlah pendapat tuan. Yang salah tentunya "fikir" dan "faham", sepatutnya dua kata itu berbentuk "pikir" dan "paham"! | Perkataan pohon dan mohon mempunyai persamaan makna kerana perkataan pohon selain bermaksud pokok, juga mempunyai maksud meminta dengan halus (dengan hormat). Dalam bahasa Melayu, penggunaan perkataan sama ada pinta atau minta, pikir atau fikir merupakan satu variasi dan menunjukkan keunikan bahasa Melayu. Penggunaan perkataan tersebut bergantung pada konteks ayat. Sesungguhnya kita tidak boleh menghukum mengatakan bahawa sesuatu ejaan tersebut salah kerana sifat bahasa yang unik bagi konteks penggunaan p atau m. Pihak kami hanya menjawab berdasarkan data rujukan kami, iaitu buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan serta bahan rujukan terbitan DBP. Bagi merungkai permasalahan yang lebih lanjut, puan/tuan bolehlah merujuk yang lebih arif tentang kajian atau pendapat puan/tuan. | Tatabahasa | 19.12.2016 |
diafikir ATAU dia fikir, diarenung ATAU dia renung, diarasa ATAU dia rasa. saya terjumpa beberapa perkataan ini dalam bahan bacaan saya. saya mohon pengesahan daripada pihak DBP untuk mengesahkan, yang mana satu adalah betul. sekian, terima kasih. | Jawapan yang betul ialah dia fikir, dia renung, dan dia rasa. Perkataan 'dia' ialah kata ganti nama diri ketiga, tidak ada dalam bentuk kependekkan. Bentuk kata ganti nama diri yang dieja rapat contohnya kufikir, kurenung, kurasa, atau fikirku, rasaku adalah disebabkan 'ku' adalah kependekkan daripada kata 'aku'. | Ejaan | 04.01.2011 |
Adakah perkataan "kira" salah digunakan dalam contoh ayat ini? Saya kira usaha ini harus bermula daripada pihak atasan. Jawapan yang dicadangkan ialah "kira" salah digunakan, tetapi menurut Kamus Dewan edisi ke4, kira bermaksud fikir, rasa, anggap, contohnya Saya fikir malam nanti baru ia tiba di sini. | Berdasarkan huraian dalam Kamus Dewan, perkataan kira boleh digunakan dalam konteks ayat contoh yang tuan berikan "saya kira usaha ini harus bermula daripada pihak atasan". | Tatabahasa | 15.10.2012 |
Maaf tuan, sayapun fikir begitu, tapi ada soalan utk sekolah rendah mcm tu... pilihannya antara percik atau cebis. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat dan Tatabahasa, perkataan tersebut sudah boleh memberi makna tanpa penjodoh bilangan. Jika hal ini berkaitan dengan peperiksaan, saudara perlu merujuk Majlis Peperiksaan Malaysia. | Tatabahasa | 25.02.2013 |
Bolehkan menggunakan tanda baca ini (') jika seseorang itu bercakap dalam hati? 'Apakah yang patut aku lakukan sekarang?' fikir Hisham. | Tiada maklumat dalam data kami. Walau bagaimanapun menurut Gaya Dewan Edisi Ketiga tanda petik tunggal ('') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. "Amboi! Sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak nampak," sindir Hasyim. | Lain-lain | 03.11.2015 |
Assalamualaikum 1. Mengapa perkataan yang bermula dengan huruf konsonan f digugurkan apabila menerima imbuhan meN seperti faham menjadi memahami dan fikir menjadi memikirkan dan mengapakah konsonan ini tidak tergolong dalam kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s yang digugurkan. | Dalam buku Tatabahasa Dewan, contoh berkenaan diterangkan di bawah tajuk Bentuk Awalan meN- tanpa menjelaskan alasan rumus tersebut ditetapkan sedemikian. Berdasarkan huraian dalam buku Tatabahasa Dewan bentuk tersebut terpakai bagi kata jati Melayu dan kata yang telah lama diserap masuk dan diterima sebagai kata Melayu. Contohnya faham, berubah menjadi memahami tetapi tidak bagi perkataan fitnah yang berubah menjadi memfitnah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 152. | Tatabahasa | 30.04.2013 |