Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang manakah ayat yang betul? (a) Peragawan-peragawan itu memperagakan fesyen-fesyen pakaian yang terbaru. (b) Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada usahanya sendiri. Jika ayat tersebut mempunyai kesalahan, minta berikan penjelasan. Terima kasih. | (a) Peragawan-peragawan itu memperagakan fesyen pakaian yang terbaru. Fesyen-fesyen sudah menunjukkan banyak, oleh itu, tidak perlu digandakan. (b) Kejayaan seseorang itu banyak bergantung pada usahanya sendiri. Kata sendi nama pada digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 275. | Tatabahasa | 07.03.2010 |
Apakah jawapan bagi soalan di bawah?( PMR 2006). I Penyanyi itu telah memperdengarkan nyanyiannya kepada penonton di dewan itu. II Peragawan-peragawan itu memperagakan fesyen-fesyen pakaian yang terbaru. III Pelajar itu mendapat hadiah daripada gurunya kerana lulus di dalam peperiksaan di sekolahnya. IV Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada usahanya sendiri. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV | Jawapan A. I sahaja yang tepat. | Tatabahasa | 08.03.2010 |
1)Para peragawan dan peragawati itu akan memperagakan fesyen ciptaan pengubah pakaian yang terkenal di Asia.2)Razak sekeluarga sudah lama meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke tempat lain.3)Gerakan mencari mangsa lemas itu akan diteruskan hingga esok pagi.(TOLONG BETULKAN JIKA ADA SALAH DALAM 3 AYAT TERSEBUT.TERIMA KASIH.) | Para peragawan dan peragawati itu akan memperagakan fesyen ciptaan pengubah (penggubah) pakaian yang terkenal di Asia. Razak sekeluarga (dan keluarganya) sudah lama meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke tempat lain. Gerakan mencari mangsa lemas itu akan diteruskan hingga esok pagi. | Tatabahasa | 12.09.2012 |
kedai butik / pakaian fesyen? | kedai pakaian / butik pakaian | Lain-lain | 04.04.2007 |
Anak saya akan menyertai pertunjukan fesyen pakaian pengantin, jadi bolehkah pihak tuan memberi maklumat atau penerangan secara jelas tentang pakaian tersebut ( dari segi sejarah pemakaian dan aksesorinya)? | Puan boleh merujuk buku seperti di bawah : 1. Pakaian Melayu sepanjang zaman Abbas Alias Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003. 2. Pakaian cara Melayu Siti Zainon Ismail Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2006. 3. koleksi pakaianku Mohammad Jalal Ahmad Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2001. 4. Adat perkahwinan dan tatarias pengantin Melayu Tengku Luckman Sinar, SH 2001 | Lain-lain | 18.10.2007 |
saya sering menemui perkataan "KETERAMPILAN' digunakan dengan meluas di majalah fesyen, iklan, buku mengenai gaya hidup. Perkataan ini seolah-olah bermaksud penampilan menarik atau berpenampilan hebat walhal setelah merujuk Kamus Dewan, ia bermaksud kecekapan atau kemampuan yang tinggi. Bolehkah tuan jelaskan apa maksud sebenar 'KETERAMPILAN" atau "TERAMPIL"? Patutkah saya rasa keliru? | Betul seperti yang saudara nyatakan terampil bermaksud cekap (dlm melaksanakan sesuatu, menyelesaikan masalah, dsb) dan keterampilan bermaksud wibawa seseorang apabila dapat melaksanakan sesuatu tugas. | Tatabahasa | 11.10.2011 |
Apakah "gitar", "gol", "gondol" dan "gila-gila" boleh di kategorikan sebagai simpulan bahasa? Sebagai contoh untuk perkataan "gitar", seperti ayat berikut, Model-model yang menjalankan persembahan fesyen itu semuanya berbadan bentuk gitar. "Gitar" disini membawa maksud bentuk badan wanita yang cantik. Mohon penjelasan DBP. Terima Kasih. | Untuk makluman tuan, simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu. Contoh perkataan yang tuan berikan bukanlah simpulan bahasa, sebaliknya ialah kata umum yang masih mengekalkan makna asalnya. Gitar dalam ayat tersebut masih bermaksud gitar dan tubuh wanita dalam ayat itu dikiaskan kepada bentuk gitar. | Tatabahasa | 07.11.2012 |
erti mode | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, mode ditakrifkan sebagai kebiasaan yang berlaku pada sesuatu waktu (pakaian, perhiasan, dll), cara (corak, ragam) yang terpakai pada waktu tertentu, fesyen. | Makna | 18.10.2013 |
APAKAH MAKSUD STRATEGI?ADAKAH SAMA MAKSUD DENGAN CARA,KAEDAH DAN PENDEKATAN? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, disertakan maksud keempat-empat istilah tersebut untuk makluman saudara, iaitu: strategi ditakrifkan sebagai 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu. Cara bermaksud 1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu: kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah; 2. gaya (spt bentuk, fesyen, rupa, dll): cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare; 3. laku, macam, ragam, seperti: elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja; 4. adat resam, keadaan (aturan) yg lazim dilakukan, kebiasaan: tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yg tertentu dan berhubung dgn ini pula terdapat larangan-larangan; 5. dlm bahasa atau loghat: bertanya ~ Cina. Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu). Pendekatan bermaksud 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka. | Istilah | 15.01.2010 |