Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang manakah yang betul? a. i. peraduan penulisan esei ii. peraduan menulis esei b. i. cara-cara untuk menyediakan... ii. cara-cara menyediakan... c. i. berhasrat untuk melanjutkan pelajaran... ii. berhasrat melanjutkan pelajaran... Sekian, terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Peraduan Mengarang esei. Cara-cara untuk menyediakan/ cara-cara menyediakan pun diterima. Berhasrat melanjutkan pelajaran dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran pun betul. Terima kasih. | Makna | 18.04.2008 |
Assalamualaikum. Saya ingin mengetahui cara menulis esei yang terbaik . Apakah kandungan atau isi yang diperlukan bagi menghasilkan esei ilmiah yang terbaik? Saya harap pihak tuan dapat memberikan kepada saya satu contoh penulisan esei ilmiah yang terbaik kepada saya sebagai panduan secara secepat mungkin. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan. | Ciri-ciri penulisan yang baik ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai dan pemerengganan yang baik. Untuk maklumat lebih terperinci, sila rujuk buku Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah: Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja), karya Sulaiman Masri dan terbitan Karisma Publications, 2004 . | Lain-lain | 06.04.2013 |
boleh tak saya tahu bagaimana untuk mendapatkan menulis esei terbaik untuk subjek bahasa melayu di sekolah saya? | Menulis esei memerlukan kekuatan dan menguasai banyak perbendaharaan kata. Jestrtu sdr. perlu kuat atau banyak membaca rencana/esei yang bermutu serta rajin merujuk kamus. | Lain-lain | 07.02.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan esei dan karangan... | Esei bermaksud karangan prosa (yg biasanya lebih pendek drpd tesis atau disertasi) tentang sesuatu tajuk. Untuk keterangan lebih lanjut dan untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus DEwan Edisi Keempat. Harap mkalum. | Makna | 03.07.2008 |
Esei mengenai peranan tamadun Melayu Islam dalam pembinaan di Tamadun Malaysia dan cabarannya | Esei bertemakan tamadun Islam di Malaysia terkandung dalam jurnal Tamadun Islam Di Malaysia terbitan Persatuan Sejarah Malaysia dan buku-buku terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia. Sila berhubung dengan pihak berkenaan. | Lain-lain | 14.01.2008 |
saya sedang membuat esei bertajuk keberkesanan budaya senggaraan tentera darat. Apakah persiapan yang saya perlukan untuk memudahkan saya membuat esei tersebut dan apkah bahan-bahan atau isu2 yang saya boleh gunakan? terima kasih. | Saudara digalakkan membuat rujukan di Perpustakaan Negara atau mana-mana pusat sumber untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 10.04.2010 |
Assalam,tuan.Saya berharap agar lebih banyak pertandingan menulis esei dianjurkan dBP pada masa akan datan bagi merakyatkan lagi bahasa kebangsaan kepada Pelajar2 Malaysia. | Untuk makluman saudara, setiap tahun Dewan Bahasa dan Pustaka ada menganjurkan Peraduan Mengarang Esei yang terbahagi kepada tiga kategori (3), iaitu untuk Kategori A: kakitangan awam dan swasta, Kategori B: Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Perguruan Guru Malaysia, serta Kategori C: Sekolah Menengah. | Lain-lain | 24.06.2010 |
kenapa banyak perkataan bahasa inggeris di gunakan dalam bahasa malaysia. contohnya torclait, sigaret, esei, maksimum dan sebagainya. kenapa tiada istilah yang sewajarnya digantikan sebagai istilah rasmi bahasa malaysia ? | Perkataan torclait dan sigaret merupakan bentuk tak rasmi atau bahasa percakapan. Walau bagaimanapun kata esei, maksimum telah diterima sebagai bentuk variasi dalam usaha memperkaya perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 08.09.2007 |
BAGAIMANA HENDAK MENULIS ESEI DALAM LARAS SASTERA? APAKAH PANDUANNYA? DI MANAKAH DAPAT DIRUJUK ? | Pertama sekali saudara perlu kenal pasti karya apa yang saudara hendak tulis misalnya karya kreatif seperti novel, cerpen, dan puisi; atau karya umum seperti buku motivasi dan lain-lain. Untuk belajar menjadi penulis kreatif misalnya, terlebih dahulu saudara perlu banyak membaca karya orang lain. Teliti cara penulis itu menulis dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik dan lain-lain. Untuk menulis karya laras sastera, saudara perlu mempunyai ilmu yang cukup tentang bidang yang saudara hendak tulis. Kemudian bacalah buku panduan tentang teknik penulisan yang kini terdapat banyak di pasaran. Selain daripada pembacaan, saudara boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan penulis, penerbit swasta, syarikat akhbar, akademi penulis dan lain-lain. Cubalah menulis karya yang pendek dahulu seperti cerpen, puisi, atau esei dan hantar kepada surat khabar atau majalah kerana untuk menjadi penulis yang baik, ia perlu melalui proses pengalaman yang panjang. Dan, mahu tidak mahu, untuk menjadi penulis yang baik juga ia banyak bergantung kepada bakat seni yang semula jadi di dalam diri. | Lain-lain | 09.02.2013 |
apakah format menjawab esei geografi kertas 2 stpm? adakah FAKTA,HURAIAN,CONTOH | Mohon maaf, soalan Sdr tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat DBP. Sdr dicadangkan berhubung dengan pihak yang berkaitan di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan jawapan. | Lain-lain | 21.06.2010 |