Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Hi, apakah istilah "search engine" yang tepat? "Enjin carian" atau "enjin gelintaran"? | Menurut istilah "search engine" ialah "enjin carian". | Istilah | 04.08.2007 |
apa maksud penerapan menurut kamus dewan | Makna penerapan ialah perihal (perbuatan dsb) menerap atau memasang (enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb) menerapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan. | Makna | 04.10.2009 |
Adakah rangkai kata ini betul? enjin penghawa dingin | Saudara, Frasa yang betul ialah enjin penyaman udara. | Istilah | 19.10.2009 |
Tuan, Terima kasih atas jawapan tuan. Mengenai istilah "supercar" dan "superbike", apa yang saya ketahui mengenai "superbike" ialah motosikal sport yang pantas dengan saiz enjin antara 800 cc hingga 1100 cc manakala "supercar" pula ialah kereta sport dengan saiz enjin yang sangat besar serta sangat mahal kerana dibuat dengan tangan serta dikeluarkan dengan jumlah yang sangat terhad. Saya harap pihak tuan dapat membantu saya mencari istilah Bahasa Melayu yang paling tepat bagi kedua-duanya. Terima kasih. | Sdr. Mohd Hezeri, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Saya bersetuju dengan pandangan sdr. Pada kebiasaannya kita hanya menggunakan motosikal berkuasa besar. Kereta juga boleh digunakan sebagai kereta berkuasa tinggi atau besar. Terima kasih | Ejaan | 30.06.2009 |
pragmatis | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 11.11.2010 |
maksud 'lanai' | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sdr. hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba. | Lain-lain | 03.11.2010 |
maklumat berkenaan ETHNOGRAPHY OF COMMUNICATION | Anda boleh melayari enjin pencarian Googles dan banyak maklumat mengenai bahan yang anda sedang cari. Dan anda juga boleh ke Perpustakaan Negara Malaysia kerana terdapat bahan "Ethnography of communication codes in East Java / Soeseno Kartomihardjo di bahagian rujukan. | Lain-lain | 05.08.2007 |
definisi jelas | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 10.12.2010 |
Makna Stilistik | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 07.03.2010 |
telinga kuali | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). RPPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 11.08.2009 |