Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. apakah makna 'elaun pakaian panas' dalam bahasa inggeris? Sesuaikah 'summer cloth allowance' dengan perkataan di atas. Minta bantuan. Sekian dulu, terima kasih. | Elaun pakaian panas ialah sejenis elaun yg diberikan kepada kakitangan kerajaan yg mengunjungi negara yg mempunyai lebih daripada satu musim. Misalnya ke Eropah atau sebagainya. 'Summer Cloth Allowance" sesuai digunakan untuk perkataan elaun pakaian panas. T.kasih. | Lain-lain | 04.09.2008 |
Untuk membina ayat contohnya: Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tuan ditempatkan sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan memangku P.T.D. Gred M44 dengan bayaran elaun memangku. Soalan: Tolong maklumkan penggunaan perkataan manakah yang lebih sesuai: dengan bayaran elaun memangku atau dengan dibayar elaun memangku. Sekian. terima kasih. | Tuan, Frasa ayat yang tepat ialah: Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tuan ditempatkan di Kementerian Pertahanan sebagai Penolong Setiausaha memangku P.T.D. Gred M44 dengan dibayar elaun memangku..... | Tatabahasa | 07.04.2009 |
betulkah tajuk surat seperti ini - "Bayaran Elaun Pengurus dan Jurulatih Pasukan Ke Kejohanan Sukan 2012"? | Ejaan yang betul ialah "Bayaran Elaun Pengurus dan Jurulatih Pasukan ke Kejohanan Sukan 2012". | Ejaan | 27.06.2012 |
adakah dewan bahasa dan pustaka mengambil pelajar untuk membuat latihan industri dan adakah akan memberi elaun ketika latihan industri? | Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa mengalu-alukan permohonan pelajar IPT untuk menjalani Latihan Industri. Kuota tahunan maksimum seramai 30 orang. Pelatih akan menerima elaun sebanyak RM10.00 sehari mengikut hari bekerja. Permohonan mestilah dikemukakan melalui pihak universiti dan permohonan secara individu tidak akan dilayan. Terima kasih atas minat dan sokongan saudara terhadap organisasi kami. | Lain-lain | 11.07.2011 |
Salam Mohon kerjasama menyalurkan pertanyaan ini kepada Pengarah Bahagian Sastera berkaitan pertanyaan susulan kepada Urus Setia PPSB mengenai bayaran tuntuntan elaun fasilitator PPSB P3 Kem Tegas Mesra Selama Perak. Setelah berjumpa Urus Setia dan Bahagian Kewangan di tingkat 27 Menara DBP pada 22.09.2010 dan pengakuan Ketua Fasilitor menyatakan borang telah dihantar di awal Ramadan iaitu seminggu selepas program diselesaikan oleh kami. Sehubungan dengan masalah yang sering berbangkit maka adalah diharapkan pengurusan DBP menyiasat siapa yang menyebabkan bayaran sering lewat. Harus juga diingatkan ada segolongan fasilitator adalah freelance bukan guru sekolah yang menghargai elaun yang disediakan oleh DBP maka janganlah ada pihak yang tak prihatin. Terima kasih menyediakan ruangan ini untuk kami bersuara secara tertutup dan masih menghormati DBP | Encik Sallehuddin, Pihak kami telah membuat semakan terhadap maklumat yang diberikan dan kami dapati borang tuntutan fasilitator PPsb Kem Tegas Mesra, Selama baru sahaj diterima pada 29 September. Pihak kami kini sedang memproses borang tuntutan tersebut dan berharap pembayaran dapat dibuat dengan kadar yang segera. Kami juga memohon maaf atas kesulitan ini. | Lain-lain | 01.10.2010 |
(Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan makna 'over and above' bermaksud di samping, selain (drpd): he gets allowances ~ and above his salary, dia mendapat elaun selain gajinya.) Terimakasih atas jawapan. Walau bagaimanapun saya ingin mendapat penjelasan lanjut tentang "over and above". Adakalanya terjemahan 'disamping' tidak sesuai digunakan., kerana "over and above" menunjukkan sesuai subjek berada pada tahap yang lebih tinggi dan melebihi subjek yang lagi satu. 'Disamping' hanya menunjukkan ianya berada pada kedudukan yang sama, dan ianya hanya menjelaskan tentang tambahan. Pohon komen tuan/puan. Sekian, terima kasih. | Penggunaan sesuatu istilah untuk terjemahan dalam ayat bergantung pada bidang/konsep/kesesuaian makna. | Istilah | 19.10.2009 |
Saya pelajar tahun 3 Program pengajian Bhasa Inggeris UKM yg akan berpraktikal pd Mei 2011. Boleh saya tahu ttg praktikal di DBP? , brapa lama?, adakah trdpt elaun dan cra mghubungi? trima ksh. shazan UKM | Untuk keterangan lanjut tentang persoalan tersebut, sila hubungi Puan Norma binti Mohd. Nazim, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, melalui no. telefon 03-21439135 atau e-mel: norma@dbp.gov.my. | Lain-lain | 09.08.2010 |
Salam.. Saya menghadapi kesukaran untuk menterjemahkan "Key Resource Allowance" dalam bahasa malaysia. Harap dapat pandangan dari pihak tuan. Terima kasih halik | Untuk makluman istilah key resource allowance tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk key ialah utama atau penting, resource ialah sumber dan allowance ialah elaun. Oleh itu, cadangan istilah bahasa Melayu untuk key resource allowance ialah elaun sumber utama. | Istilah | 11.07.2011 |
apakah maksud pengekosan sumber manusia | Assalamualaikum. Berdasarkan Kamus Dewan 4 makna "pengekosan" adalah anggaran semua kos yang terlibat dalam satu urusan misalnya perniagaan. Merujuk kepada pertanyaan tuan, perkataan pengekosan sumber manusia berkemungkinan merujuk kepada anggaran semua kos yang terlibat dalam urusan pengambilan sumber manusia seperti gaji, elaun, sumbangan KWSP, kos latihan, kos perubatan dan sebagainya. | Lain-lain | 26.02.2009 |
Tuan/Puan, Antara berikut yang manakah betul? a) mendapat rawatan b) mendapatkan rawatan Jika carian kata dalam prpm dirujuk kedua-dua frasa digunakan? Apakah perbezaan tersebut? Tolong jelaskan. Ribuan terima kasih didahulukan. | 1. beroleh, memperoleh: ~ keuntungan yg besar; ~ faedah drpd membaca buku-buku ilmu pengetahuan; 2. memperoleh, menerima, diberi: mereka masing-masing ~ hadiah; pekerja-pekerja itu ~ berbagai-bagai elaun selain gaji pokok; 3. menikmati (kemewahan, kesenangan, kebahagiaan, dll), mengalami (kesusahan, kecelakaan, dll), memperoleh: ~ rahmat drpd Allah; ~ kesenangan hidup; ~ penyakit; ~ nama buruk; 4. menerima (surat, berita, dll): dia kelihatan bermenung setelah ~ telegram drpd ayahnya; 5. menemui, menjumpai, memperoleh: ~ barang yg dicari; ~ penyelesaian yg sebaik-baiknya; ~ hati ki menerima atau memperoleh cinta (drpd seseorang); ~ khabar menerima (mendengar) khabar; ~ malu menanggung malu, diaibkan (oleh sesuatu kejadian dsb); ~ tempat diberikan perhatian (layanan, pengiktirafan, dsb), diterima (sbg berhak dsb); ~ sama berlaba, kehilangan sama merugi prb hidup yg seia sekata; 1. pergi bertemu atau berjumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, menziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati; mendapat rawatan - tepat | Tatabahasa | 03.10.2012 |