| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| ayat 1 atau 2 yg betul 1.Dusun Pak Ali terletak di dalam hutan itu. 2.Dusun Pak Ali terletak di pinggir hutan itu. | Untuk makluman, kedua-dua ayat tersebut betul. 1.Dusun Pak Ali terletak di dalam hutan itu. 2.Dusun Pak Ali terletak di pinggir hutan itu. | Tatabahasa | 07.10.2015 |
| Adakah ayat berikut betul? Sekiranya salah, apakah justifikasinya. Terima kasih! 1. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke dusun datuk lagi. 2. Saya berharap saya dapat berkunjung ke dusun datuk lagi. 3. Saya berharap dapat berkunjung ke dusun datuk lagi. | Ketiga-tiga ayat tersebut betul. 1. Saya berharap agar saya dapat berkunjung ke dusun datuk lagi. 2. Saya berharap saya dapat berkunjung ke dusun datuk lagi. 3. Saya berharap dapat berkunjung ke dusun datuk lagi. | Tatabahasa | 11.04.2025 |
| Ayat 1 atau 2 yang betul 1. Di pinggir hutan itu terdapat dusun durian . 2. Di dalam hutan itu terdapat dusun durian. | Untuk makluman, kedua-dua ayat tersebut betul. 1. Di pinggir hutan itu terdapat dusun durian . 2. Di dalam hutan itu terdapat dusun durian. | Tatabahasa | 29.09.2015 |
| Pesta Menuai disambut oleh kaum Kadazan-Dusun. Adakah betul ejaan perkataan Kadazan-Dusun tersebut? | Menurut data kami ejaan yang betul ialah Kadazan Dusun | Ejaan | 19.05.2020 |
| HUBUNGAN BAHASA DUSUN DENGAN BAHASA MELAYU | Untuk mendapatkan maklumat tersebut, saudara perlu merujuk Jabatan Linguistik IPTA atau Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Lain-lain | 06.09.2007 |
| Selamat sejahter, Saya inginkan kepastian tentang ejaan betul yang merujuk etnik di Sabah. Kadazan Dusun atau Kadazandusun? Saya rujuk pada khidmat nasihat DBP ialah Kadazandusun tetapi bila rujuk di PRPM, Kadazan Dusun. | Salam sejahtera, Tuan, Ejaan yang betul dengan merujuk Kamus Dewan edisi Keempat iaitu Kadazan Dusun. Sekian, terima kasih. | Ejaan | 29.01.2018 |
| Saya ingin menerbitkan sebuah buku dalam Bahasa Dusun mengenai cerita legenda masyarakat Dusun Sabah tetapi tidak tahu cara-cara penerbitan buku. Bagaimana kah proses penerbitan dari mula sehingga buku siap untuk di pasarkan dan sila beritahu cara-cara pemasaran. Terimakasih. | DBP sentiasa membuka peluang kepada warga karyawan untuk berkarya. Oleh sebab sdr menetap di Sabah, sdr boleh berhubung terus dengan Pegawai Komunikasi DBP Cawangan Sabah, Puan Nelawati Ngadul di talian 088-439260 atau menulis surat kepada Pengarah DBP Cawangan Sabah, Kompleks DBP Sabah, Telok Likas, 88873 Kota Kinabalu, Sabah. | Lain-lain | 28.02.2008 |
| 1)Karung guni itu dipenuhi buah-buah durian dari dusun Pak Mail. 2)Satu karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan sedang dijalankan di pentas legar pusat beli-belah itu. Tolong betulkan.Terima kasih. | 1) Karung guni itu dipenuhi buah durian daripada dusun Pak Mail. 2) Karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan diadakan di ruang legar pusat beli-belah itu. | Tatabahasa | 29.06.2012 |
| Salam sejahtera, Kita boleh memperoleh buah-buahan di dusun,di pasar pagi,di pasar raya dan di gerai buah.(perlukah kata sendi nama "di" ditambah di depan setiap tempat ). | Tidak perlu menambah kata sendi “di” di depan setiap perkataan yang merujuk tempat kerana bersifat lewah. Ayat yang betul adalah: “Kita boleh memperoleh buah-buahan di dusun, pasar pagi, pasar raya dan gerai buah-buahan.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 265-266 | Tatabahasa | 18.11.2025 |
| "Karung guni itu dipenuhi buah durian daripada dusun Pak Mail." Ayat ini bukan lebih sesuai guna perkataan"dari"?Kenapa kena guna "daripada"? | Kata sendi nama daripada digunakan kerana merujuk sumber buah durian tersebut diperoleh dan bukannya merujuk tempat secara fizikal. | Tatabahasa | 03.07.2012 |