Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Sambil duduk-duduk di ruang tamu, ibu dan bapa berbual-bual______kerenah anak mereka. A tentang B mengenai C oleh D dengan mUNSYI, JAWABAN IALAH B, MENGAPAKAH A TIDAK SESUAI? | Jawapan B (mengenai) adalah betul kerana kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum atau mujarad. Contohnya: Mereka berbincang tentang masalah negara. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 278. | Tatabahasa | 15.04.2012 |
'duduk inding enggang tap' Mengenai baris pantun di atas, saya faham enggang ialah sejenis burung. Tapi apakah maksud perkataan 'inding' dan 'tap'? Apakah maksud baris tersebut keseluruhannya? Tolong jelaskan. Terima kasih. | Inding membawa dua maksud iaitu 1. mengawas dan memandang dgn harapan utk mendapat sesuatu, memasang telinga kerana hendak mendengar sesuatu (rahsia dll) 2. mengecek, meminta-minta (bkn kanak-kanak). Tap ialah sadap, toreh, ketukan, ulir dalam dan tamparan. Manakala untuk mendapatkan makna kesuluruhan rangkap sila rujuk buku yang berkaitan. | Makna | 02.12.2008 |
Salam Sejahtera duduk di atas kerusi atau duduk di kerusi yang betul? Sekian | Frasa yang betul ialah duduk di atas kerusi | Lain-lain | 05.03.2012 |
Ali duduk di antara Amin dengan Aminah. atau Ali duduk di antara Amin dan Aminah. yang mana satu betul? | Yang betul ialah - Ali duduk di antara Amin dengan Aminah. | Tatabahasa | 10.10.2008 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Terima kasih. | 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Ketiga-tiga ayat tersebut betul - sedang ialah kata bantu aspek yang menimbulkan suasana perbezaan masa dan tidak menekankan perbuatan mana yang hendak didahulukan. | Tatabahasa | 07.05.2010 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang susunan kata kerja dalam ayat majmuk berikut: 1. Ayah duduk sambil membaca surat khabar di bawah pokok 2. Ayah membaca surat khabar sambil duduk di bawah pokok. Kekeliruannya ialah dengan perkataan 'duduk'. adakah susunannya dalam ayat majmuk no.2 betul? Terima kasih. | Sususan yang lebih gramatis ialah "Ayah duduk sambil membaca surat khabar di bawah pokok.". | Tatabahasa | 11.04.2013 |
Apa maksud ayat dalam Sijil Berhenti Sekolah berikut" Peperiksaan diduduki/lulus : PMR dan SPM A. Pelajar telah duduk dan lulus PMR serta SPM. B. Pelajar telah duduk PMR dan lulus SPM. C. Pelajar telah duduk PMR dan SPM. D. Pelajar telah lulus PMR dan SPM. Apakah maksud tanda "/" ? | Tanda garis miring ( / ) berfungsi sebagai pengganti kata untuk dan, atau dan per. | Makna | 21.11.2009 |
Adik duduk di hadapan kipas untuk menyejukkan badannya yang panas dan bermandi peluh. Munsyi, adakah bermandi peluh adalah salah dalam ayat ini? tk | Perkataan bermandi peluh tidak gramatis untuk ayat tersebut. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
Abang duduk di atas kerusi di ruang tamu. Ayat ini betul tak ? Terima kasih | Ayat itu betul. | Tatabahasa | 26.07.2011 |
Apakah nama tempat duduk belakang basikal? lantin basikal? | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, lantin ialah sejenis lampu, lentera. Untuk makluman tuan, lantin juga bermaksud tempat duduk belakang basikal, yang merupakan dialek negeri Perak. Sehingga hari ini, Kamus Dewan belum menerima perkataan lantin, yang membawa maksud tempat duduk belakang basikal. | Tatabahasa | 19.04.2013 |