Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam, Saya ingin menanyakan apakah perkataan yang sesuai untuk sukan kereta drift? Saya pernah terbaca drift yang diterjemahkan sebagai hanyut, melayang dan lain-lain. Oleh itu, saya ingin mendapat pendapat dari pihak DBP apakah istilah yang sesuai untuk perkataan drift ini? Terima kasih. | Kami mencadangkan sukan drift sebagai padanan dalam bahasa Melayu untuk sukan perlumbaan kereta yang dimaksudkan. | Istilah | 22.05.2019 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya tuan dapat berikan terjemahan yang sesuai bagi istilah berikut: 1. Blind Spline Broaching Machine 2. Drift Spline Broaching Machine Sekian , terima kasih. | Terjemahan yang dicadangkan bagi istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. Blind Spline Broaching Machine - Mesin Penebukan Gelugur Buta 2. Drift Spline Broaching Machine - Mesin Penebukan Gelugur Hanyut | Istilah | 10.02.2016 |
Apakah aliran / kabus semburan pestisid menepati "pesticide spray drift" ? | Istilah "kabus semburan pestisid" boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konsep dan maksud yang ingin disampaikan. | Istilah | 26.05.2016 |