Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah yang dimaksudkan dengan drama-drama absurd beserta contohnya | Drama absurd secara amnya ialah persembahan sama ada drama atau teater yang menggabungkan antara realiti dan bukan reliti (khayalan), contohnya teater Jangan Bunuh Rama-rama dan Tiang Seri Tegak Berlima. | Makna | 18.01.2011 |
huraikan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan drama-drama absurd beserta contoh-contohnya... | Drama absurd secara amnya ialah persembahan sama ada drama atau teater yang menggabungkan antara realiti dan bukan reliti (khayalan), contohnya teater Jangan Bunuh Rama-rama dan Tiang Seri Tegak Berlima. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan. | Makna | 18.01.2011 |
1. apakah maksud mystery play dalam bahasa melayu? lakun misteri atau drama misteri? apakah maksud passion play? drama penyaliban atau drama takziah atau drama tabui atau lakon derita? harap dapat penjelasan. | Mystery play juga dikenali sebagai miracle play yang bermaksud drama keagamaan. | Istilah | 29.10.2009 |
SAYA INGIN MENGETAHUI MENGENAI KONSEP DRAMA PENTAS DAN KAEDAH MENULIS SKRIP DRAMA PENTAS YANG MENGAMBIL MASA 30 MINIT PEMENTASAN. SAYA HARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA DALAM MASALAH INI. | Konsep drama pentas adalah bergantung kepada pemilihan pengarang sama ada menghasilkannya dalam aliran realisme, absurd, surealis atau lain-lainnya. Jadi konsep tersebut berdasarkan pemilihan aliran ini kerana setiap aliran mempunyai ciri-ciri tertentu dalam bentuk penulisan dan pementasannya. Saudara boleh merujuk buku-buku drama seperti Drama-drama Pilihan Usman Awang untuk aliran realisme, Angin Kering (karya Johan Jaaffar) untuk aliran absurd, Yang Menjelma dan Menghilang (karya Anwar Ridhwan) untuk aliran surealis dan sebagainya. Untuk kaedah penulisan drama pentas, kami telah menyediakannya dalam laman DBP dan saudara bolehlah merujuk makalah dalam laman tersebut. | Lain-lain | 02.05.2007 |
Salam, 1. Ayat 'Dalam drama kejar-mengejar...' dikatakan betul. Kenapa ayat tersebut dikatakan betul sedangkan kata drama bukan manusia yang mengejar seseorang? Mohon penjelasan tuan. Terima kasih. | Drama juga membawa maksud kiasan situasi atau urutan peristiwa penuh emosi, tragik, atau bergelora, seperti contoh yang diberi dalam pangkalan data kami drama tembak-menembak. Oleh itu, drama kejar-mengejar juga betul. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
Apa perbezaan antara penyelesaian dan peleraian dalam penulisan skrip drama? | Saudara perlu menghubungi pusat atau latihan seperti di ASWARA atau IPTA/IPTS yang mengendalikan kursus drama dsb. untuk mendapatkan perbezaan antara penyelesaian dan peleraian dalam penulisan skrip drama kerana ia merupakan antara teknik atau kemahiran dalam penulisan drama yang mempunyai makna khusus. | Lain-lain | 25.11.2008 |
saya ingin menayakan tentang bagaimana mahu memulakan sesuatu drama?? dan apakah perlu saya buat apabila drama sekolah tersebut gagal?? | Untuk memulakan pengarahan sesuatu drama atau pementasan, amat perlu terlebih dahulu mengenalpasti skrip yang sesuai dan bermutu. Berdasarkan kepada skrip tersebut (setelah dianalisis), baharulah boleh mencari pelakon. Walaupun demikian, teks (skrip) dengan pengarahan adalah dua perkara yang berbeza. Andai skrip memerlukan 10 orang pelakon, seseorang pengarah yang bijak dan kreatif boleh menjadikan hanya empat (4) orang pelakon sahaja. Dalam hal ini, kegagalan sesuatu pementasan sering dikaitkan dengan kegagalan pengarah memindahkan inti cerita teks kepada bentuk gerak dan lakonan yang bermutu. Sekian. | Lain-lain | 16.02.2009 |
Apakah dialog yang lebih mudah difahami bagi drama tingkatan lima iaitu Jangan Bunuh Rama-Rama? | Dialog yang lebih mudah difahami bagi drama Jangan Bunuh Rama-rama, sewajarnya dirujuk dalam perbincangan kumpulan bersama-sama dengan guru. Dalam hal ini, pada kebiasaannya dalam dialog drama mengandungi dua sisi yang harus difahami iaitu dialog secara langsung dan dialog secara kiasan. Oleh yang demikian, ia perlu dibincangkan bersama-sama bagi maksud pemahaman cerita. Sekian. | Lain-lain | 02.03.2009 |
Bagaimana saya boleh tahu dengan lebih terperinci tentang zaman transisi daripada tradisional ke moden dalam hal -hal kesenian seperti permainan boneka , penglipur lara dan drama tari . | DBP telah menerbitkan pelbagai buku mengenai sejarah perkembangan sejarah drama di Malaysia. Salah satunya ialah Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Drama oleh Abdul Rahman Napiah. KN DBP mencadangkan saudara merujuk bahan-bahan untuk tugasan tersebut di atas perkara drama. Bahan-bahan tersebut boleh di dapati di perpustakaan atau di laman web dengan menaip kata kunci drama. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 04.10.2009 |
teks drama remaja | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan ini. Mohon nyatakan soalan dengan jelas, terima kasih. | Lain-lain | 30.07.2010 |