Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
INGIN MENDAPATKAN MAKLUMAT DAN FORMAT BARU TENTANG SURAT DAN DOKUMEN-DOKUMEN RASMI SERTA EJAAN-EJAAN TERBARU CONTOH: BARU - | Kamus mengandungi kata baru dan lama atau juga kata lama tetapi ada perluasan makna, atau makna baharu bagi kata tersebut. Panduan penulisan rasmi boleh saudara rujuk buku atau makalah tentang tajuk tersebut. | Lain-lain | 13.01.2009 |
APAKAH PERBEZAAN ARKIB DAN MUZIUM? | Arkib ialah tempat menyimpan naskhah-naskhah, rekod umum dan dokumen-dokumen sejarah sesebuah negara; manakala muzium ialah bangunan tempat menyimpan, memelihara, mengkaji, atau mempamerkan objek-objek yg mempunyai nilai sejarah, seni, saintifik, dsb. Berdasarkan makna dalam kamus perbezaan yang paling ketara ialah arkib menyimpan dokumen sejarah dalam bentuk teks dan tidak dipamerkan untuktontonanumum, tetapi muzium ialah bangunan khusus yang mempamerkan bahan-bahan sejarah. | Makna | 13.08.2008 |
Saya ingin mendapatkan definasi rasmi mengenai istilah 'Rahsia Besar, Rahsia, Sulit dan Edaran Terhad' yang sering digunakan di dalam dokumen-dokumen rasmi Kerajaan. | Sila rujuk maklumat tersebut dalam Arahan Pentadbiran dan Keselamatan. | Makna | 26.07.2007 |
Saya mempunyai satu dokumen untuk diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Bersama ini saya sertakan dokumen tersebut. Saya ingin tahu berapakah kadar bayaran dan tempoh masa yang diperlukan untuk terjemah dokumen ini? Dokumen ini adalah dokumen syarikat saya. Kerjasama dari pihak anda mat dihargai. | Untuk makluman puan kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Apa yang dapat kami bantu, puan perlu menterjemahkan dahulu teks tersebut ke dalam bahasa Melayu dan kami akan menyemak terjemahan yang telah dibuat. Walau bagaimanapun jika puan masih memerlukan khidmat penterjemah, kami cadangkan puan berhubung terus dengan Persatuan Penterjemah Malaysia (di bawah naungan DBP) di talian 03-92262506. | Lain-lain | 16.10.2012 |
Saya ingin bertanya sekiranya Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai database atau koleksi terjemahan(translated) dokumen seperti artikel,novel,jurnal dan sebagainya didalam bahasa melayu ke bahasa Inggeris yang telah diterjemahkan oleh professional. Saya memerlukan dokumen-dokumen tersebut bagi projek tahun akhir saya di university untuk digunakan sebagai data yang akan digunakan didalam system yang akan dibina ini meggunakan "Machine Learning" dimana apabila pengguna ingin mencari terjemahan perkataan di dalam dokumen yang dibaca sama ada di dalam bahasa Melayu atau Inggeris, system ini akan memberi maksud perkataan yang di minta. Saya amat memerlukan data-data tersebut bagi menyempurnakan projek ini. Sekiranya data-data ini boleh didapati, saya akan berhubung dengan pihak DBP dengan segera. Saya berharap pihak DBP dapat memberi respon dengan segera. Sekian terima kasih. | Kami tidak mempunyai koleksi terjemahan yang khusus seperti yang saudara maksudkan. Sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu di DBP atau pusat bahasa di IPTA/IPTS untuk mendapatkan maklumat tersebut. | Lain-lain | 22.12.2009 |
Saya memerlukan definisi terperinci mengenai dokumen pengurusan dan apakah yang dikategorikan sebagai dokumen pengurusan. Saya juga memerlukan definisi terperinci mengenai setiap kategori dokumen pengurusan tersebut. Terima kasih | SEcara amnya dokumen pengurusan merupakan dokumen yang digunakan dalam melaksanakan kerja dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Sdr. boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinciri dengan merujuk buku-buku tentang bidang pengurusan yang ada dalam pasaran. | Lain-lain | 27.10.2007 |
Manakah yang betul ? Dokumen permohonan atau permohonan dokumen ? Digunakan sebagai tajuk kepada surat yang akan dihantar kepada pembayar cukai. Bantuan tuan amat dihargai. TK | Dalam penulisan judul surat berkenaan memohon sesuatu, yang betul ialah Permohonan Dokumen. | Tatabahasa | 24.11.2011 |
dokumen | do-ku-men | Lain-lain | 02.12.2008 |
Salam, saya ingin bertanya bagaimana boleh saya mendapatkan contoh perjanjian antara penulis dengan penerbit. | Dokumen perjanjian adalah satu dokumen kontrak bertaraf sulit antara penerbit dengan penulis. Oleh itu ia tidak boleh diedarkan untuk tatapan/rujukan awam. Waima contohnya sekalipun. Sekiranya saudara ingin mendapatkan maklumat umum tentang isi dokumen perjanjian ini, sila rujuk buku Penulis dan Undang-Undang yang ditulis oleh Kamal Halili Hasan. | Lain-lain | 30.06.2010 |
Bolehkah saya dapatkan contoh perjanjian penerbitan versi Bahasa Inggeris daripada DBP? Adakag perkhidmatan ini dilakukan oleh DBP? | Tidak ada contoh dokumen yang diperlukan dalam pangkalan data yang boleh kami capai. Dokumen perjanjian ialah dokumen sulit dan tidak boleh diakses oleh semua pegawai. | Lain-lain | 15.05.2012 |