Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Minta kepastian sama ada Semua data yang dikutip akan diproses / Data yang dikutip akan diproses. Staf sekolah itu diwajibkan hadir ketika perhimpunan/semua staf sekolah itu diwajibkan hadir ketika perhimpunan Yang mana betul ? Terima kasih. Ng Chee Huay | Kata bilangan "semua" perlu hadir dalam ayat tersebut. 1. Semua data yang dikutip akan diproses. 2. Semua staf sekolah itu diwajibkan hadir ketika perhimpunan. | Tatabahasa | 11.07.2013 |
Penggunaan Tatabahasa Ayat: 1. Semua pelajar tingkatan 1, 2, 3, dan 4 diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah yang lengkap. 2. Semua pelajar tingkatan 1, tingkatan 2, tingkaan 3, dan tingkatan 4 diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah yang lengkap Soalan: Ayat mana yang betul, 1 atau 2?. Apakah kesalahannya? Terima kasih. | Kedua-duanya betul dan gantikan perkataan menggunakan kepada memakai. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Penggunaan "salutation" YBhg,, Yg Berhormat dan sebagainya didalam surat menyurat atau ucapan adalah diwajibkan. Bagaimana pula didalam aturcara program (brochure)? Terutamanya apabila senarai nama didalam program semuanya adalah VVIP (menteri, ahli korporat - Tan Sri, Dato, dll). Adakah wajib meletakkan "salutation" di setiap senarai nama individu? | Dalam penulisan rasmi, bagi menunjukkan kesantunan berbahasa, kata sapaan wajib dimasukkan dengan gelaran kehormat individu. Untuk rujukan berkaitan kata sapaan, sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi & Amalan (tulisan Moktar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri, terbitan DBP). | Tatabahasa | 12.11.2013 |
apakah dasar penggunaan bahasa melayu di institusi pengajian tinggi swasta? | Dalam sistem persekolahan kerajaan, penggunaan bahasa Melayu diwajibkan sebagai bahasa pengantar utama dari peringkat sekolah rendah, menengah dan seterusnya ke institusi pengajian awam. Bagi pusat pengajian tinggi swasta, tidak dapat dipastikan tentang penggunaan bahasa Melayu. Sila rujuk Jabatan Pengajian Tinggi (Swasta), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. | Lain-lain | 19.02.2008 |
Tuan, saya berhasrat membuat papan iklan pada tiang lampu di dalam kawasan Kuala Lumpur dan dibawah PBT DBKL. Oleh itu, syarat diwajibkan untuk menghantar sesalinan cetakan papan iklan tersebut pada DBP untuk semakan bahasa. Jadi soalan saya, apakah talian, pegawai bertugas, dan alamat yang perlu saya hantar. Soalan ke2, bolehkah saya mewakilkan hal ini kepada pekerja saya? | Untuk mendapatkan khidmat pengesahan teks bahasa Melayu dalam iklan, sila datang ke Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Tingkat 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Tuan atau wakil tuan boleh datang membawa visual iklan ini. Sekiranya tuan hendak menghantar visual melalui faks, sila gunakan nombor 03 - 21422029. | Lain-lain | 13.06.2010 |
Perkataan 'justeru' bukan penanda wacana. Jika 'justeru' bukan penanda wacana, mungkinkah 'justeru' berperanan sebagai kata hubung ? Adakah ayat di bawah boleh diterima? 1. Justeru, para pelajar diwajibkan hadir pada petang ini. 2. Hujan yang turun tanpa henti-henti, justeru menyebabkan banjir kilat berlaku. | Justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Contoh; "Kuasa melalui proses undang-undang diiktiraf oleh mahkamah. Undang-undang bukan sahaja menentukan bahawa kuasa itu sah, justeru(malahan) menentukan bahawa kuasa itu digunakan dengan munasabah, adil, jujur dan saksama." Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525 atau merujuk terus penulis buku tersebut seperti Datuk Dr. Nik Safiah Karim. Penggunaan justeru dalam kedua-dua contoh ayat yang diberi adalah kurang tepat. | Tatabahasa | 10.04.2010 |
Ex-gratia | Tuan Haji Ramli, Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun maksud perkataan ini ialah : diberikan atau dibuat sbg suatu pemberian atau tanda persahabatan, bukan diwajibkan di sisi undang-undang: bayaran ~. | Lain-lain | 22.02.2010 |
Selamat Pagi. Saya ingin mendapatkan persetujuan/perakuan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bagi Nama Bangunan/Skim Pembangunan. Saya akan berasa sukacitanya sekiranya tuan/puan dapat memberitahu tatacara mendapatkan surat tersebut.Surat ini diwajibkan oleh Jabatan Perancang Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Terima kasih. | Sila gunakan borang kuning yang diperoleh daripada Jabatan Pelesenan DBKL. Dalam borang tersebut, nyatakan kenapa nama yang dicadangkan tersebut diminta perakuan untuk pengesahan dan DBP akan memberi ulasan dalam ruangan DBP. DBP akan memperakui penamaan yang menggunakan bahasa Melayu yang betul dan baik serta menggambarkan citra Malaysia. | Lain-lain | 21.11.2011 |
Carrefour mempunyai 2 jenis perniagaan iaitu pasar raya besar (logo biru merah) dan market (logo merah). Kami akan membuka satu cawangan Carrefour Market baru di Jalan Ipoh dan untuk permohonan lesen perniagaan oleh DBKL, diwajibkan untuk mendapat kelulusan daripada pihak tuan. Kami lampirkan kedua-dua logo kami untuk rujukan. Untuk makluman pihak tuan, perkataan 'market' dibawah logo kami adalah sebahagian daripada logo itu sendiri seperti yang diluluskan oleh pihak atasan ibu pejabat di Perancis. | Penggunaan bahasa dalam logo yang dilampirkan betul. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 04.09.2012 |
tuan, kedua-dua orang pegawai atau kedua-dua pegawai ? TQ | Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya beratus-ratus orang penonton dan kelima-lima ekor kambing. Lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya. Oleh itu, penggunaan penjodoh bilangan adalah tidak diwajibkan dalam konteks ini dan kedua-dua contoh yang dikemukakan adalah betul. | Tatabahasa | 18.01.2012 |