Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
adakah HADIAH KARYA ILMIAH DBP 2009 telah diumumkan?bila ianya akan diumumkan? | Hadiah Karya Ilmiah DBP masih belum diumumkan. Proses penghakiman telah dilaksanakan. Pengumuman tentangnya akan dibuat seberapa segera yang mungkin. | Lain-lain | 11.02.2011 |
salam...tahun lepas ada peraduan penulisan ilmiah, dan saya ada menghantar manuskrip kepada pihak tuan...saya ingin tahu sahaja, adakah pemenang peraduan itu telah diumumkan? tarikh diumumkan itu bila dan adakah keputusan telah dibuat? terima kasih. | Assalamualaikum, Pertandingan Hadiah Karya Ilmiah Tahun 2009 yang ditawarkan kepada penulis pada hujung tahun 2008 telah ditutup tarikhnya pada 30 November 2009. Semua bahan penulisan yang diterima oleh Urus Setia sedang dalam proses penilaian awal dan kemudian Panel Penilai Pakar akan dilantik untuk menilai bahan ini. Oleh yang demikian, pemenang pertandingan belum lagi diumumkan. Mohon tuan bersabar kerana Urus Setia akan memaklumkan keputusannya dalam tahun ini. Diharap saya menjawab pertanyaan tuan. Terima kasih. | Lain-lain | 06.02.2010 |
Kamala berasa ...... kerana keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu hadapan. Jawapan: gusar atau celaru | Ayat yang betul ialah, Kamala berasa celaru kerana keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu hadapan. - celaru bermaksud kacau-bilau (fikiran). | Tatabahasa | 03.05.2010 |
Bilakah keputusan peraduan mengarang cerpen dan puisi sekolah menengah 2009 akan diumumkan? Apakah media yang akan digunakan oleh anda untuk memberitahu para pemenang? | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Keputusan Peraduan Mengarang Cerpen dan Puisi Sekolah Menengah 2009 akan diumumkan selewat-lewatnya pada bulan Jun 2010. Surat akan dikirimkan kepada pemenang serta melalui laman sesawang DBP. Sekian, terima kasih | Lain-lain | 09.03.2010 |
Selamat pagi, keputusan peraduan itu sudah diumumkan belum? | Sdr Perana, Sila tidak faham apakah keputusan yang dimaksudkan. Sila jelaskan. | Lain-lain | 03.06.2010 |
Bilakah keputusan peraduan menulis cerpen dan puisi sekolah menengah 2009 akan diumumkan? | Keputusan peraduan menulis cerpen dan puisi sekolah menengah 2009 mungkin akan dikeluarkan pada bulan Mei 2010, buat masa ini pihak panel hakim masih dalam proses penilaian/penghakiman. Mudah-mudahan karya saudara dipilih sebagai salah satu karya yang memenangi hadiah. | Lain-lain | 12.03.2010 |
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi mengisi tempat kosong di bawah? Jantungnya _____________kencang semasa keputusan peperiksaan diumumkan. "Berdenyut" atau "berdegup" atau kedua-dua jawapan boleh digunakan? | Kamus Pelajar Edisi Kedua, BERDEGUP - bergerak turun naik atau kembang kempis; berdenyut Kamus Dewan Edisi Keempat-BERDENYUT--bergerak turun naik atau kembang kempis spt gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dll): Kedua-duanya boleh digunakan bagi jantung. | Tatabahasa | 07.08.2012 |
salam....saya ingin bertanya, tahun lepas saya ada menyertai satu peraduan penulisan ilmiah, saya ingin tahu,adakah peraduan telah diumumkan pemenangnya?bilakah pengumuman pemenang itu dibuat?harap kerjasama dari pihak tuan....terima kasih. | Adakah yang saudara maksudkan peraduan penulisan ilmiah itu ialah Peraduan Mengarang Esei 2009? Jika ya, keputusan Peraduan Mengarang Esei 2009 akan disiarkan dalam laman web DBP tidak lama lagi. | Lain-lain | 12.03.2010 |
salam,,,saya ingin bertanya,saya ada masuk peraduan HADIAH KARYA ILMIAH DBP 2009, tetapi sampai sekarang saya tak tahu adakah pemenangnya telah diumumkan? saya hanya ingin tahu......boleh pihak tuan membantu saya....terima kasih... | Hadiah Karya Ilmiah sedang dalam proses penilaian manuskrip dan menentukan pemenang. Saya berharap calon yang menghantar mss diharap dapat bersabar. Sekian terima kasih | Lain-lain | 12.07.2010 |
Saya berminat dan ingin bertanya tentang prosedur terperinci bagi mendapatkan dana/geran bagi penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri bulan Oktober lalu. Siapakan pegawai yang sepatutnya saya hubungi? Jika ada borang atau maklumat tambahan yang boleh saya dapat melalui laman web DBP, silalah beri pautannya. | Pihak kami sedang menyediakan tatacara dan prosedur bagi dana tersebut. Apabila siap nanti, perkara tersebut akan disiarkan dalam laman sesawang DBP. | Lain-lain | 04.01.2012 |