Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
saya mempunyai penulisan ilmiah iaitu penulisan disertasi ijazah sarjana. saya ingin menghantar penulisan ini ke DBP. Tajuk disertasi saya Pantun Melayu: Satu kajian Asosiasi Lambang, Bunyi dan Makna dalam Hubungan Antara Pembayang dan Maksud. Jika pihak tuan berminat, saya ingin menghantar penulisan ini untuk tindakan lanjut sama ada diterbitkan atau sebaliknya. Harap pihak tuan dapat hubungi saya. Sekian terima kasih | Kami mencadangkan tuan berhubung terus dengan Bahagian Buku Sastera, DBP melalui Ketua Bahagian Puan Hajah Asiah Daud, 03-21479434 atau e-mel Asiah2@dbp.gov.my atau pegawai belaiu Puan Nazmah Ani, 03-21479512/nazmah@dbp.gov.my. | Tatabahasa | 19.06.2014 |
Saya merupakan pelajar Master yang sedang menulis disertasi. Saya memerlukan panduan transliterasi perkataan Arab ke Rumi. Boleh saya dapatkan panduan transliterasi tersebut sebagai panduan saya untuk penulisan disertasi saya? | Untuk makluman DBP telah menerbitkan buku Pedoman Transliterasi Perkataan Arab Ke Ejaan Rumi Edisi Kedua terbitan tahun 2008. Buku ini boleh dibeli di Kedai Koperasi DBP atau wakil penjual buku DBP yang lain. | Lain-lain | 12.01.2011 |
Saya nak tanya, adakah bersesuaian sekiranya saya gunakan rujukan disertasi saya prpm dalam talian. Contohnya saya cari makna bagi sesebuah perkataan dalam bahasa Melayu di PRPM dalam talian sahaja? Ini kerana saya melihat PRPM dalam talian adalah lebih terkini daripada DBP edisi keempat. Mohon pencerahan. | Bagi karya ilmiah seperti disertasi, jurnal dan sebagainya, disarankan rujukan dibuat menggunakan naskhah bercetak yang lengkap dengan nama judul, penerbit, tahun terbitan, halaman rujukan dan sebagainya. Rujukan dalam talian biasanya berubah-ubah dan perakamannya mengikut gaya IPT, penerbit, penulis dan sebagainya yang berbeza-beza. Data di PRPM misalnya disediakan untuk rujukan pantas masyarakat tetapi tidak lengkap maklumatnya untuk digunakan bagi tujuan penulisan karya ilmiah. | Lain-lain | 30.05.2023 |
Saya sedang menyiapkan disertasi bagi program DBA dalam bahasa Malaysia. Sukacita jika dapat dinasihatkan istilah yang sesuai bagi: 1) investee company; 2) deal origination; 3) business venture; 4) asymmetry(ic) information; 5) venture capital firm. Sekian, terima kasih. | Cadangan kami: 1. syarikat penerima pelaburan 2. pengasalan urus janji 3. usaha niaga 4. maklumat asimetri 5. firma modal urus niaga. | Istilah | 24.03.2009 |
Tuan, Saya merupakan seorang pelajar di dalam bidang keselamatan dan hubungan antarabangsa. Sedang dalam proses mengemukakan disertasi bagi kajian saya. Saya ingin bertanyakan sama ada wujud perkataan 'disinformasi' di dalam kamus DBP. Harap pihak tuan dapat memberikan respon sewajarnya. Terima kasih. Salam ikhlas, Mohd Syarizal bin Abdull Halim | Perkataan "disinformasi" masih belum terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dan kamus umum DBP yang lain. Hal ini disebabkan penggunaan perkataan tersebut masih kurang dalam penggunaan masyarakat di Malaysia. Masyarakat disarankan untuk menggunakan "maklumat palsu" atau "maklumat salah" sebagai padanan bahasa Melayu bagi "disinformation" dalam menyampaikan maksud tersebut seperti yang terakam dalam PRPM: disinformation Definisi : n maklumat palsu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) | Lain-lain | 30.05.2021 |
apakah yang dimaksudkan dengan esei dan karangan... | Esei bermaksud karangan prosa (yg biasanya lebih pendek drpd tesis atau disertasi) tentang sesuatu tajuk. Untuk keterangan lebih lanjut dan untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus DEwan Edisi Keempat. Harap mkalum. | Makna | 03.07.2008 |
Istilah akademik bagi 'proposal defense' dan 'candidature defense'. | Kami mencadangkan "proposal defense" diterjemahkan sebagai "pembelaan usul" atau "pembelaan cadangan", manakala "candidature defense" diterjemahkan sebagai "pembelaan pencalonan" atau "pembelaan pencadang". Untuk makluman, cadangan istilah ini bergantung pada konteks dan konsep, khususnya berkaitan pembentangan tesis atau disertasi oleh penuntut di institusi pengajian tinggi. | Istilah | 11.09.2020 |
Salam Tuan. Saya ada dua soalan. 1.Boleh saya tahu apakah terjemahan bagi frasa "behavioural biases"? Terima kasih. 2.Adakah DBP menyediakan perkhidmatan menyemak tesis Bahasa Melayu? Terima kasih. | Kami mencadangkan "behavioural biases" diterjemahkan sebagai "penyimpangan tingkah laku" atau "pembiasan perilaku", bergantung pada konteks dan konsep penggunaan istilah tersebut. Untuk makluman, DBP tidak menyediakan perkhidmatan penyemakan tesis atau disertasi. | Istilah | 29.08.2020 |
contoh ayat yang menggunakan perkataan di bwh utk menunjukkan mksud perkataan tersebut & kaitknnya dgn paradigmatik, sintagmatik, kebudayaan & hipotesis sapir whorf. (ibu, sastera, pendeta, putera, baju) | Soalan sdr terllalu luas bidangnya. Perlu disempitkan dan soalan tersebut lebih berbentuk ilmiah. Kalau hendak dibincangkan hipotesis sapir whorf, kami berpendapat lebih baik sdr merujuk buku atau tulisan yg membicarakan hipotesis tersebut. Untuk itu sdr hendaklah melihat tesis atau disertasi yg pernah ditulis oleh orang lain yg menyentuh persoalan tersebut. T.kasih. | Lain-lain | 12.09.2008 |