Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Penggunaan kata sendi nama bagi ayat-ayat berikut yang mana betul? a. Iklan ditampal di dinding- dinding bangunan atau dipasang di tepi tepi-tepi jalan. b. Iklan ditampal pada dinding-dinding bangunan atau dipasang di tepi-tepi jalan. | Ayat yang lebih gramatis ialah "Iklan ditampal pada dinding-dinding bangunan atau dipasang di tepi-tepi jalan." | Tatabahasa | 05.03.2014 |
gambar tertampal di dinding /pada dinding? | Gambar tertampal pada dinding - pada digunakan kerana menunjukkan keterangan tempat. | Tatabahasa | 24.06.2011 |
1) Apa beza antara tembok dengan dinding? 2) Tembok papan atau dinding papan? | Tembok ialah dinding yang dibuat daripada batu bata dan lain-lain, manakala dinding ialah penutup (penyekat) ruang, bangunan, bilik dan lain-lain. Berdasarkan huraian tembok adalah sebahagian daripada bentuk atau binaan dinding. Frasa yang betul dinding papan. | Tatabahasa | 27.07.2016 |
mengapa disangkut pada dinding bukan di dinding | "Disangkut pada dinding" betul kerana kata sendi nama pada digunakan dalam beberapa situasi tertentu. Salah satunya ialah sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 275. | Tatabahasa | 07.06.2009 |
di dinding atau pada dinding ? di aras atau pada aras? di perlawanan akhir atau pada perlawanan akhir ? | Frasa yang betul ialah ... di dinding, ...di bawah aras,... pada perlawanan akhir. | Tatabahasa | 31.03.2013 |
Salam sejahtera. 1. Ali menggantung gambar di dinding. 2. Ali menggantung gambar pada dinding. 3. Gambar yang tergantung di / pada dinding itu ialah gambar datuk saya. Ayat yang mana betul ? | Ayat yang betul ialah; 1. Ali menggantung gambar pada dinding. 2.Gambar yang tergantung pada dinding itu ialah gambar datuk saya. | Tatabahasa | 14.05.2013 |
Assalam, mohon penjelasan drpd pihak encik tentang konteks penggunaan "di" dan "pada", contoh: "Dua orang murid perempuan melukis jalur gemilang di dinding bangunan sekolah mereka." mana yg betul? 'di dinding' atau 'pada dinding' - terima kasih - | Yang betul ialah "pada dinding". | Tatabahasa | 18.08.2016 |
1. di meja atau pada meja? 2. di hati atau pada hati ? 3. di dinding atau pada dinding ? 4. di kerusi atau pada kerusi ? | Di atas meja, di/dalam hati, pada dinding dan di atas kerusi . | Tatabahasa | 10.07.2012 |
Dinding rumah Pak Abu yang_____itu telah ditampal dengan simen. a. Retak b. Rekah sama ada kedua-dua jawapan ini diterima? | Rekah dan retak, kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 03.05.2014 |
Jam di dinding. Jam pada dinding. Mana satu yang betul. | Salam sejahtera.... Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, waktu, masa atau zaman. Manakala kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Jadi, jawapan yang tepat ialah Jam pada dinding. | | Tatabahasa | 04.12.2012 |