Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Dimaklumkan bahawa cuti rehat puan di luar negeri di Qatar telah diluluskan. Soalan-mohon baiki ayat ini. Tk | Ayat yang betul ialah cuti rehat puan telah diluluskan. | Lain-lain | 01.11.2010 |
Kereta kompek | diluluskan, produa akan hantar surat tentang istilah "kereta kompek" untuk penyebarkan | Lain-lain | 10.04.2007 |
Kenapa permohonan banner kedai saya tidak diluluskan | Untuk makluman, iklan tidak boleh disahkan di ruangan Khidmat Nasihat Bahasa. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 03.10.2013 |
saya nak hantar artwork banner untuk diluluskan sebelum memohon lesen. macam mana saya mesti teruskan? | Encik boleh melayari laman sesawang prpm.dbp.gov.my untuk pengesahan iklan. Klik di ruangan e-perkhidmatan. Khidmat Pengesahan Bahasa. | Lain-lain | 11.01.2013 |
Permohanan iklan papan tanda saya tidak diluluskan atas sebab "Tidak ada keterangan iklan atau teks bahasa Melayu untuk disahkan". Apa yang perlu saya perbetulkan untuk saya memperolehi kelulusan daripada pihak DBP? Sila rujuk kepada lampiran yang disertakan. Bantuan daripada pihak tuan amat saya hargai. | Sila masukkan keterangan aktiviti - PEJABAT URUSAN di bahagian paling atas. Ayat bahasa Inggeris hendaklah diterjemah ke dalam bahasa Melayu atau sediakan ayat dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris). Untuk pengesahan iklan kemukakan iklan saudara kepada portal "Khidmat Pengesahan Bahasa". | Lain-lain | 23.02.2012 |
Mohon pihak DBP menerangkan sebab paparan iklan saya tidak diluluskan dan minta tolong beri cadangan yang sesuai. Terima Kasih. | Sila terjemahkan semua teks bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Sila hantar iklan ke Khidmat Pengesahan Bahasa DBP untuk pengesahan bahasa dalam iklan. | Lain-lain | 24.04.2012 |
Adakah penulisan lirik lagu untuk lampiran kertas cakera padat atau kaset rakaman album perlu disemak dan diluluskan oleh pihak Dewan Bahasa & Pustaka sebelum dikeluarkan secara rasmi? Jika ya, apakah caranya atau bentuk dokumen yang diperlukan? Terima Kasih. | Lirik lagu tidak perlu melalui proses semakan DBP. Karya seni termasuklah lirik lagu merupakan ranah yang digemari ramai dan dapat mempopularkan sesuatu bahasa dengan cepat. Oleh itu, lirik lagu yang menggunakan bahasa yang baik dan betul dapat memperkasakan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. | Lain-lain | 13.04.2012 |
Assalamualaikum tuan.. Saya di sini ingin bertanya mengenai proses penerbitan buku, manuskrip saya berjudul 'Aku Ingin Cemerlang' telah diluluskan JKP pada 24/2/2012 dan dikhabarkan akan melalui proses pra cetak dan cetak pada akhir Jun ini. Masalahnya saya belum dimaklumkan secara rasmi berkenaan status manuskrip saya walhal kini sudah berada di akhir Jun. Adakah saya tidak perlu menandatangani apa2 surat perjanjian? Atau berlaku kelewatan? Sekian terima kasih saya ucapkan atas maklum balas yang pantas drpd pihak tuan. | Sdr. Irfan. Saya sudah pun menjawab pertanyaan sdr. pada 7/6/2012 . Setelah disemak, manuskrip sdr. berjudul Aku Ingin Cemerlang, telah lulus JKP pada 24/2/2012. Jika diteliti, agak lama tempoh perjalanan manuskrip ini dari tarikh daftarnya. Insya-Allah saya akan memantau akan perkara ini. Sebaik lulus JKP, manuskrip akan disunting oleh editor. Proses penyuntingan bergantung kepada ketebalan manuskrip. Untuk makluman sdr., semua manuskrip yang lulus JKP pada tarikh tersebut akan diserahkan ke Bahagian Penyelarasan Penerbitan untuk proses pracetak dan cetak pada akhir Jun 2012. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi editor: Puan Khatijah melalui e-mel khatijah@dbp.gov.my. Untuk makluman sdr. mss. tersebut masih dalam proses penyuntingan ( setakat 27 Jun 2012). | Lain-lain | 23.06.2012 |
saya sertakan no rujukan tersebut DBP/KPB/201203/01104 dan DBP/KPB/201203/01103 no file rujukan yang telah diluluskan | Untuk makluman, DBP tidak mengesahkan nama khas dan nama dalam bahasa Inggeris seperti SAPURA KENCANA PETROLEUM. Untuk pengesahan DBP, keterangan jenis bangunan perlu ditambah atau perkataan bahasa Melayu yang lain perlu diletakkan di bahagian atas nama tersebut. Contohnya: MENARA, BANGUNAN, PEJABAT URUSAN dan lain-lain. Permohonan pengesahan nama bangunan perlu dihantar melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. | Lain-lain | 15.05.2012 |
Apa syarat2 yg perlu ada utk manuskrip saya diterbitkan oleh dbp? | Soalan ini terlalu umum. Syarat utama ialah manuskrip itu perlu diluluskan oleh DBP sebelum boleh diterbitkan. Manuskrip yang dihantar ke DBP hendaklah lengkap, iaitu ada bahan awalan; ada bahan teks (isi kandungan); dan ada bahan akhiran (jika berkaitan). Manuskrip itu juga perlu akur pada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Dasar Penerbitan DBP. | Lain-lain | 22.03.2008 |