Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ingin bertanya berkaitan akronim. berdasarkan Tatabahasa Dewan, akronim ialah gabungan perkataan huruf awal dan suku kata daripada satu rnagkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar contoh Bernama, Mara, ubahsuaii. berdasarkan satu kenyataan dalam Khidmat Nasihat DBP pada 2013 (rujuk lampiran) RTM, KPM, BPR turut disenaraikan dalam akronim. Saya agak keliru sedikit. Bukankah akronim harus diujarkan sebagai satu perkataan? Maka apakah beza akronim dan singkatan? Mohon prncerahan. | Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata). Singkatan pula merupakan perkataan tertentu yang disingkatkan sewaktu menulisnya dan hendaklah berhati-hati supaya tidak mengelirukan makna. Contohnya KSU (Ketua Setiausaha), cm (sentimeter), kg (kilogram), KL (Kuala Lumpur), Nov. (November), bil. (bilangan), dgn. (dengan), dll. (dan lain-lain).
| Lain-lain | 06.09.2015 |
Apakah sebutan baku untuk perkataan "laut" dan buaian ? | "Laut" perlu dilafazkan sebagai satu bunyi kerana ia termasuk dalam kategori vokal berganding. Manakala "buaian" cara sebutannya digabungkan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dan ia dikategorikan sebagai diftong. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.
| Lain-lain | 06.07.2021 |
bolehkah diftong diterima sebagai vokal berganding | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. | Tatabahasa | 02.03.2013 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang peribahasa, 1. Seperti lampau di bawah jamban 2. Biar papa asalkan bergaya. Kedua-dua ungkapan sering dilafazkan oleh masyarakat Perak atau selalu merujuk pertuturan sesama rakyat Perak termasuklah dalam lagu. Soalan saya Adakah ungkapan ini termasuk dalam senarai peribahasa Melayu? | Kedua-dua peribahasa tersebut termasuk dalam senarai peribahasa Melayu. | Sastera | 20.05.2024 |
Rentetan soalan no.9: Bagaimana dengan vokal berganding & konsonan bergabung | Encik Badarul, Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. Konsonan bergabung dalam bahasa Melayu ialah gh, kh, ng, ny dan sy seperti dalam perkataan ghairah, khabar, nganga, nyanyi dan syarat. | Ejaan | 28.12.2010 |
boleh saya tahu maksud iman dan takwa berdasarkan Kamus Dewan Edisi Baharu(keempat) ? | Iman bermaksud keyakinan terhadap wujudnya Allah dengan hati, yang dilafazkan dengan kata-kata, dan dilaksanakan dengan amalan, manakala takwa bermaksud ketaatan mengerjakan perintah Allah. | Makna | 16.02.2011 |
Salam. Adakah perkataan "ai" dalam perkataan 'aiskrim ' itu itu merupakan vokal berganding? Terima kasih | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. Perkataan ai dalam perkataan aiskrim merupakan vokal berganding. | Tatabahasa | 13.01.2014 |
Salam, beza antara penaakulan vs pentaakulan? Terima kasih | Kata dasar yang bermula dengan huruf t akan luluh huruf pertamanya dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar iaitu n apabila bergabung dengan awalan peN-. Perkataan yang betul ialah penaakulan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2199 dan Tatabahasa Dewan (DBP, 2008) halaman 108-109. | Tatabahasa | 10.06.2024 |
apakah erti bahasa secara umumnya? dan apakah erti gender secara umumnya? | Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Bahasa menjadi medium komunikasi antara manusia. Bahasa dilafazkan melalui simbol yang diterima pakai oleh sesuatu masyarakat. Bahasa boleh digunakan sama ada secara lisan dan tulisan. Kategori bahasa dalam masyarakat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti bahasa suku kaum, bahasa daerah dan bahasa kebangsaan. Bahasa merupakan identiti sesuatu masyarakat. Ini bertepatan dengan slogan ' Bahasa Jiwa Bangsa'. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku-buku berkaitan bahasa yang ada di pasaran. Gender ialah jantina atau dalam bidang Linguistik bermaksud golongan jenis kata dalam tatabahasa seperti maskulin, feminin dan neuter. | Makna | 09.08.2008 |
apakah padanan jawi untuk perkataan KLIA,MRSM,SMK, SJK(t) / sjk(c),SAM,SMP,RISDA,MARA,UIA,ADUN,UPSI | Padanan ejaan Jawi bagi singkatan (yang dilafazkan huruf demi huruf), ditulis dengan menggunakan sebutan atau nama huruf dalam abjad Rumi yang ditulis Jawi dan dibubuh tanda titik selepas setiap huruf tersebut: KLIA - .... MRSM- .... SMK- ... SJK(t)- (.). .. SJK(c)- (.). .. SAM-... SMP-.. . UIA- ... UPSI- .... Padanan ejaan Jawi bagi akronim nama khas atau akronim kata umum dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (yang dilafaz sebagai kata) boleh ditulis lengkap sebagai kata: RISDA- MARA- ADUN- | Ejaan | 18.02.2022 |