Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
SAYA INGIN TAHU PENGGUNAAN PERKATAAN TENTANG DAN TERHADAP. | Kata sendi nama 'terhadap' digunakan digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh: i. Seorang ketua harus bersikap adil terhadap anak buahnya. ii. Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang. Kata sendi nama 'tentang' digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: i. Mereka berbincang tentang masalah negara. ii. kami perlu merujuk ketua kami dahulu tentang kelewatan bayaran. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 14.10.2013 |
apakah perbezaan antara "terhadap" dan "tentang"? terima kasih.. | Saudara Khor Wooi Teck, Kata sendi nama 'terhadap' digunakan digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh: i. Seorang ketua harus bersikap adil terhadap anak buahnya. ii. Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang. Kata sendi nama 'tentang' digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: i. Mereka berbincang tentang masalah negara. ii. kami perlu merujuk ketua kami dahulu tentang kelewatan bayaran. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 17.04.2010 |
adakah perkataan 'sapu-menyapu' boleh digunakan sebagai kata ganda? | Perkataan sapu-menyapu tidak boleh digunakan sebagai kata ganda. Kata ganda yang betul ialah menyapu-nyapu yang membawa maksud mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap. | Tatabahasa | 07.02.2013 |
Hi, boleh kah "bagaimanapun" digunakan sebagai ganti untuk "walau bagaimanapun" dan "sesetengah" untuk menggantikan "setengah-setengah"? | Kedua-duanya boleh digunakan sebagai pilihan sebagai pilihan. | Tatabahasa | 04.12.2007 |
Kata Ganti Nama Diri Ketiga 'DIA' Bolehkah 'dia' digunakan sebagai objek? Contohnya, 'Saya berjalan selepas dia' Bolehkah 'dia' digunakan sebagai pemilik? Contohnya, 'Ini baju dia' Sekian, terima kasih | Kata ganti nama dia boleh menjadi objek yang melengkapkan ayat seperti dalam ayat contoh yang diberikan. | Tatabahasa | 28.11.2011 |
Tuan yang bijaksana. Dalam buku tatabahasa ada tertulis, kata sendi "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Frasa yang mengikuti kata sendi "tentang" menjadi hal yang diperlakukan. Kata sendi "terhadap" pula digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu seperti manusia, haiwan, atau benda. Oleh hal yang demikian, adakah penggunaan kata sendi "tentang" dalam ayat di bawah ini salah: 1. Kami sudah menguji orang yang terdahulu daripada mereka. Nyata apa yang diketahui oleh Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta. | Penggunaan "tentang" dalam ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 01.04.2013 |
Benarkah perkataan "justeru" tidak boleh digunakan sebagai penanda wacana dalam penulisan karangan? Tolong jelaskan cara penggunaan perkataan tersebut ( dengan beberapa contoh ) supaya kami tidak mengulangi kesilapan penggunaannya pada masa akan datang. | Justeru bermaksud 1. kebetulan,tepat,kena benar. 2. malahan,bahkan.Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Contoh; kuasa melalui proses undang-undang diiktiraf oleh mahkamah. undang-undang bukan sahaja menentukan bahawa kuasa itu sah, justeru(malahan) menentukan bahawa kuasa itu digunakan dengan munasabah,adil,jujur dan saksama. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut tentang penanda wacana. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
sesuai digunakan sebagai bahan perasa untuk semua bahan makanan | perasa/ perisa | Lain-lain | 18.06.2008 |
terangkan perbezaan pengunaan kata 'tentang', 'mengenai' , 'terhadap' | Saudara, Kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum atau mujarad.Kata nama atau frasa nama yang mengikutinya menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Kata sendi nama tentang boleh bertukar ganti dengan mengenai. Kata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. | Tatabahasa | 02.08.2010 |
Salam sejahtera. Saya ingin tahu :Adakah frasa"akhir sekali" atau "akhirnya" dapat digunakan sebagai penanda wacana untuk penutup perenggan seperti penanda wacana lain "kesimpulannya" ,"Tuntasnya" dan "Konklusinya"? ribuan terima kasih kepada tuan/puan | Ungkapan 'akhir sekali' sering dikaitkan dengan perkara yang paling akhir dilaksanakan dan hanya digunakan dalam bahasa lisan. Manakala 'akhirnya' boleh digunakan sebagai penanda wacana iaitu penanda penghubung tempoh. Penghubung tempoh ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. | Tatabahasa | 23.02.2013 |