Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah maksud perkataan "dikeluarkan oleh"? adakah perkataan ini membawa maksud diperbuat oleh ataupun diedarkan oleh atau sebaliknya... | Dikeluarkan oleh boleh membawa maksud diperbuat oleh, walau bagaimanapun diedarkan oleh tidak membawa maksud diperbuat oleh. | Makna | 05.07.2007 |
Skema jawapan sudah diberikan guru kepada pelajar setelah kertas jawapan diedarkan.(BETULKAH AYAT INI?KALAU ADA SALAH TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH.) | Ayat "Skema jawapan sudah diberikan guru kepada pelajar setelah kertas jawapan diedarkan" betul. | Tatabahasa | 29.07.2012 |
1. Saya adalah Setiausaha PIBG yang baru. Pada mesyuarat kali pertama yang lalu saya telah ditanya tentang minit mesyuarat AJK PIBG. Soalan saya, adakah perlu diedarkan minit mesyuarat yang lalu untuk disahkan kerana mesyuarat baru-baru ini adalah yang kali pertama. 2. Adakah sah laku sesuatu pekeliling kementerian yang tidak ditandatangani tetapi hanya terdapat nama sahaja. | Minit mesyuarat hendaklah diedarkan pada setiap kali mesyuarat tersebut diadakan walaupun saudara/ saudari setiausaha yang baru. Soalan ke-2, tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa yang disediakan. Harap maklum. | Tatabahasa | 26.07.2008 |
Buku teks Bahasa Melayu tahun 6 telah diedarkan kepada murid-murid tetapi buku panduan bagi guru yang hendak mengajar mata pelajaran tersebut tidak dihantar. Ada atau tidak buku panduan guru pada tahun ini | Buku Panduan Guru (BPG) Bahasa Malaysia Tahun 6 dihantar ke setiap sekolah sebanyak enam naskhah. Sila rujuk pihak pentadbiran sekolah atau Guru Besar yang berkenaan. Sekiranya sekolah tidak menerimanya, sila tulis surat kepada pihak Ketua Bahagian Buku Teks, Dewan Bahasa dan Pustaka, agar pihak kami dapat menguruskan penghantaran buku tersebut. | Lain-lain | 11.01.2008 |
Apakah maksud terperinci dan perbezaan maksud di antara: 1.Pekeliling Kerajaan (PKPA) 2.Surat Pekeliling Kerajaan 3.Surat edaran 4.garis panduan | Pekeliling kerajaan dan surat pekeliling ialah perkara yang sama, iaitu surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengtahuan umum seperti yang lazimdiedarkan dalam sesebuah organisasi. Garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dan sebagainya) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan. | Makna | 31.12.2012 |
Salam, Saya ingin menulis artikel berkaitan MEB/ MBE untuk buletin yang akan diedarkan kepada jabatan-jabatan kerajaan Wilayah Selatan. Memandangkan istilah ini kata nama khas, mohon bantu saya pengesahan dari aspek penggunaan istilah yang betul sama ada: i. Model Ekonomi Baru ATAU Model Baru Ekonomi ii. Model Ekonomi BAHARU/ Model BAHARU Ekonomi ATAU yang betul salah satu para (i) Mohon kepastian segera daripada pihak tuan. Terima kasih. | Istilah yang betul Model Ekonomi Baru. | Istilah | 18.04.2011 |
Apakah tafsiran yang tepat 'Pekeliling Perkhidmatan'. | Pekeliling perkhidmatan ialah surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Pekeliling perkhidmatan sama dengan Pekeliling kerajaan dan surat pekeliling. | Tatabahasa | 15.04.2013 |
apakah perbezaan surat pekeliling dengan pekeliling | Surat pekeliling ialah surat pengumuman rasmi kerajaan yang dicetak dan diedarkan manakala pekeliling merujuk jalan yang berpusing atau beredar biasanya ditambah dengan perkataan lain untuk menjadikan perkataan itu bermakna, seperti jalan pekeliling atau surat pekeliling. | Makna | 22.10.2009 |
Salam, saya ingin bertanya bagaimana boleh saya mendapatkan contoh perjanjian antara penulis dengan penerbit. | Dokumen perjanjian adalah satu dokumen kontrak bertaraf sulit antara penerbit dengan penulis. Oleh itu ia tidak boleh diedarkan untuk tatapan/rujukan awam. Waima contohnya sekalipun. Sekiranya saudara ingin mendapatkan maklumat umum tentang isi dokumen perjanjian ini, sila rujuk buku Penulis dan Undang-Undang yang ditulis oleh Kamal Halili Hasan. | Lain-lain | 30.06.2010 |
apakah cara penulisan yang betul apabila merujuk kepada jabatan/agensi/bahagian di bawah kementerian, adakah menggunakan huruf besar di depannya seperti Jabatan/Agensi/Bahagian di bawah Kementerian atau mengguna huruf kecil sahaja. Contoh ayat "Senarai maklumat sedia ada telah diedarkan kepada Jabatan/Agensi/Bahagian di bawah Kementerian untuk tindakan." | Jabatan/agensi/bahagian ialah kata nama khas yang ditulis dengan huruf kecil, kecuali ada frasa yang berkaitan menjadikannya kata nama khas seperti Jabatan Penerbitan dan Bahagian Penguatkuasaan. | Tatabahasa | 17.04.2012 |